27.2.08

Kacang Gajus Bersalut Coklat

sorrylah yer, ari ni bukan aku nak berkongsi resepi tp aku nak berkongsi lawak. cite lawak ni aku peti dari majalah rapi bil 84 - 15Jan 2008. semoga terhibur ngan moralnyer lain kali nak buat menda bagi salam dulu. kahhhhh3x
KACANG GAJUS BERSALUT COKLAT
suatu hari, Lina berkesempatan memperkenalkan Shafie kpd neneknya. Shafie dengan tenang menunggu di ruang tamu sambil mengunyah kacang gajus sampai habis semangkuk. tidak lama kemudian, nenek Lina keluar lalu Shafie bersalam dengan sopannya sambil berkata, "maaflah nek, habis semangkuk kacang tu saya makan, sedaplah pulak", katanya. "takpe, Lina ni memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang gajus ni. gigi nenek dah x ada , jadi nenek suka hisap coklatnya je. kacangnya nenek tingalkan kat mangkuk tu", kata nenek dengan selambanya.
arghhhhh... 10% nyerrr.......

25.2.08

gambar lama

ari ni aku x ada mood nak berceloteh. aku masukkan gambar2 jer yer.

ini gambar masa kat Melaka. hari keluarga PPAJ



21.2.08

Lagi gambar koleksi bunga

saje nak tayang gambar orkid aku.













20.2.08

Lama x update blog

Assalammualaikum,

lama x update blog. ini disbbkan kerja yg melambak2 dicampur lagi ngan komputer yg BODOOOO.... cuaca yg panas, maka lamalah blog aku terperap. selama terperap ni mcm2 cite aku nak tulis tp bila dah kat dpn PC ni dah x tau nak tulis apa.

skrg aku tgh kemaruk nengok bunga orkid. maka bermulalah koleksi orkidku, tp koleksi yg kecil-kecilan jer. setakat ni ada dlm 15 jenis jer. tapi semuanya orkid murah2 ngan sikit pokok2 hijau. ari tu aku beli 4 pasu jer pkp hijau tapi sekarang aku dah jadikan 9 pasu (termasuk pasu kecik) sbb bila dah ada anak aku pindahkan. sukerrr giler... tgk bila lps pindah pokok tu hidup. sbb kekadang kalau salah pindah pokok baru blh mati, ni dah 2 minggu aku pindahkan masih segar lagi.

cuma aku penin tgk orkid aku. sbb masa beli punyalah gemuk giler tapi bila dah 2 minggu ngan aku, ada yg nampak mcm x sihat. tp ada gak yg ok siap ada tumbuh anak baru, ada tunas baru dan ada gak yg dah nak berbunga. cuma aku mcm kekurangan pasu jer skrg sbb ari tu mak mente banyak bg orkid cutting utk aku. insya allah nanti blk k'gau aku nak tapau pula orkid mak sabah, emmm... sure kekurangan pasu. kalau ikutkan hati nak jer beli tp banyak2 kang x ada tempat nak letak. sbb kalau dah crowded pun skt mata pula. aku tnm pkk utk segarkan bkn nak sktkan mata. apa2 pun akan aku uruskan. emmmm...

antara koleksi orkid ku


nama orkid ni jgn tanya aku x tau




inilah taman kesayangan ku.

cite psl2 hero2 ku pula. Ya Alllahhhh.... peninnnnn aku. tp aku bersyukur sebenarnya di kurniakan anak2 yg aktif. sbb bila mereka aktif mereka sihat sbnrnya. cuma nak dibdgkan keaktifan mereka ngan keaktifan aku, kalah aku. hero2 aku ni jenis x diam walau seminit terutama yg adik. kalau yg abg tu diam, yg adik pula mengajak abg main, di acah2 nyer abg dia sampai abg dia panas maka bermula adengan kejar-mengejar. setakat adengan kejar-mengejar jer aku x kisah yg aku x larat siap ngan sound effect tu yg aku geram. nak tgk tv pun dah x dgr apa. masa tu mulalah ibu dia pun buat sound effect. emmm... hero2 ku yg terror.

kekadang aku marah gak tp lepas tu aku kesian pula. tp sbb aku geram tu yg x dpt den nak tahan. nak tak nak kena marah gak bdk2 tu. sdgkan apalah yg mereka tau, selain main. yg abg tu baru 3 thn lbh skt yg adik pun baru 1 thn 5 bln. tp bila main yg kecik tu perasan dia dah 5 thn. siap panjat sofalepastu lompat atas abg. terror tul adik... mcm manapun aku x serik nak menambah bil ahli keluarga. sib baik aku ni operate, kuota maybe 3/4 jer. harap2 4. itupun kalau ada rezeki. kita merancang tuhan yang menentukan.



SaiFuL's family