28.6.07

BULAN OUT STATION

mula minggu ni abg dah mula sibuk. asyik kena kerja luar. kata abg maybe berterusan sampai bln dpn. sekarang ni ok gak out station tp msh blh blk hari, minggu dpn out station kena bermalam, tu yg malas tu. penyudahnyer, dari ari senin sampai semalam aku bawa kete. baru ari ni naik kete ngan abg. bawa kete sdr2 ni x best, sbb apa2 hal masa nilah aku nak bual ngan abg terutama hal2 yg sensitif, jadi bila bawa kete sdr xleh nak bual. kat umah ada mak, segan kalau mak dengar. he...he... kalau ikutkan sok kena bawa sendiri lagi tp esok aku cuti so x yahlah bawa kete. sok cuti mak nak gi kl, sbb tu aku cuti nak jaga baby. sekali2 bg mak pula bercuti. tp bkn bercuti pun sbb nak tolong adik ipar kemas2kan brg nak pindah. cian atuk penat.penat jaga hero dua org yg terror, yg comel, yg aktif, yang manja dan yg baik tu. kena tolong ucu pula, siannnn.




insya allah malam ni aku dptlah p-nut cuppies, yahooo!!! suker giler. sbb cuppies tu lawa dan comel tu yg teringin nak makan. aku minta p-nut antarkan ke rumah adik ipar kat kajang utama, sbb mlm ni dia nak blk jhr, tu yg blh kirim. actually jln nak ke kajang utama dari p/jaya lurus jer, tp kena lalu tol rm1.pastu adalah sign board so follow jer, insya Allah blh. p-nut x tau area kjg utama tp nanti bila dia dah pegi sure p-nut ok. sian p-nut aku dera.

Fayyad
adik dah pdi jln dah. sekarang asyik jalan jer, x nak merangkak lgi. kiranya dah jauh dah adik jln cuma kekadang tu ada gak jatuh. ari tu aku cuba pkikan kasut dan ajak jln, adik x nak. agaknya dia x reti lagi jln pki kasut. adik asyik belek kasut jer nak tgglkan. kelakarlah adik ni. 9 bln dah jln ikut abg tul. tp adik lagi terror dari abg, adik nampak diam jer tp aktif, lenguh ibu nak adik kerjakan. abg pula kepoh asyik berbual jer tp manja dan pdi main sdr. adik x leh main sendiri mesti nak ada teman. apa yg pasti adik sejibik mcm abah, pediam dan abg sejibik mcm ibu, kepohhhhh.. he....he... anak ibu ngan abah. esok ibu cuti ibu ajak jln ekkkk. kita ajak usu gi ioi okay?


26.6.07

P-nut cuppies

dari ari tu aku cuba nak order cup cake p-nut tp blm berjaya. yelah aku johor p-nut p/jaya. jadi banyaklah sikit halangan. tp aku akan cuba gak mengorder cup cakes p-nut. ingatkan nak kirim kat adik ipar last week tp memandangkan masa yg terlalu singkat, aku terpaksa mengcancelkan order. aku cuba pula order minggu ni, insya Allah mlm ni compem mcm ner. aku suka tgk p-nut puyer cuppies. nampak kemas. sbb kalau compare ngan org lain lagilah serabai. icing hiasan p-nut pun nampak lebih lembut dan gebu. aku ulas dari apa yg aku nampak kat internet lah. :d

insya Allah nanti aku teringin gak buat cup cakes ni. tp utk mkn sendirilah. bkn nak niaga. x sesuai gitu nak niaga. but i like something yg kreatif ngan someting yg colourful. sbb tu aku kecur tgk cup cakes p-nut dan teringin nak buat. sajer nak cuba kebolehan dlm masak satu hal lagi satu kebolehan dlm bermain warna. sekali tuppp... jadi cup cakes depavali. kohh...kahh...kohh... kah....x pe yg penting cuba. bak kata p-nut dlm masak memasak nikan "try and error session."

kat bawah ni aku letak gambar2 cupcake yg aku minat


19.6.07

Happy Father's Day

17.06.2007 ahad ari tu merupakan hari Bapa sedunia. Happy father's day kpd semua bapa2 dan kpd mereka yg bakal menjadi bapa. Semoga tabah dlm memimpin keluarga. kejayaan sesebuah keluarga terletak dibahumu. apa yg pasti kesabaran amat dituntut.

For my beloved husband, thanks 4 being a great abah for my children. hope they can be a great leader when they have their own family someday, just like you. i'm so proud be ur soulmate. (sorang jer, x mau kongsi2.... lokekkkkkk)kahhh...kahhh...



sempena father's day ari tu x ada buat apa pun, busy membersihkan umah cat. ingat nak buat kek 4 my hubby tp x sempat. penyudahnyer, ibu belanja abah, atuk, abang ngan adik mamam kat '8 kati' jer. 8 kati merupakan kedai makan cina muslim yg berlokasi kat indahpura. kalau kita org nak tukar selera, biasanya makan kat sinilah. masakan best, service bagus, harga pun berpatutan. lepas order biasanya 5 minit kemudian, dah sampai order. x yah tggu lama. masakan pun lain, x lah mcm makan kat seafood. asyik2 ala thai, tomyam, ikan 3 rasa, udang/sotong goreng tepung, hah asyik itu jelah. dari segi makan abah suka, cuma abah boring sbb kdi ni x ramai pelanggan dlm satu2 masa. kalau ramai pun sekejap jer sbb order cepat dpt. abah perasan yg pekerja restoran tu asyik tgk kita org jer sbb x rmi pelanggan. kahhh...kahh...apalah abah ni kelakarlah...

mlm tu i order, kata mak i pdi order makan. :)) bab makan kasi kat menantu mak ni, beressss.... ini senarai order kita org termasuk harga sekali.
- nasi putih 3 - rm3
- ikan siakap msk vietnam -rm45 (besar giler, sedappppp)
- udang butter (s) - rm13 ( sedappppp, pojan mamam banyakkkkkk)
- lala masak spicy (s) - rm10 ( kureng skit sbb ltk tempoyah, i kurang minat)
- chap chai (s) - rm7
- tomyam seefood (s) - rm8

makan memang kenyang betullllll. blk umah dah tersandar. adik fayyad sampai umah jer terus babam. kenyanggggg. pojan blh sambung lagi, mkn coklat pula sampai umah. alamak, sebut coklat ingat kek coklat Secret Recipies yg abah belanja ari tu. nyummmm...nyummmm sodappppppp.... brownies dia pun sedap.

fauzan sekarang, sblm tidur mesti nak tgk cite the wild. pening ibu. nanti kul 1 pagi baru tidur sbb tggu citer tu abis. itu sib baik kalau pasang awal. kalau pasang lewat, lagi lewatlah abang fauzan tido.

14.6.07

bual kosong

rasanya lama gak tak mencoteng dlm blog ni. idea banyak sgt sampai x terconteng. x tau nak luah mcm mana, akhirnya satu apa pun x tertulis :).alhamdulillah setakat ni kesihatan kesemua ahli keluarga sihat walafiat, semuanya sihat. bdk2 jelah selsema sikit tp aktif tetap aktif. adik fayyad dah pandai berjalan. dlm usia yg baru mencecah 9 bln adik dah dpt melangkah sebanyak 5/6 langkah. alhamdulillah. sama mcm masa abg gak dulu. 9 bln dah mula melangkah. terrorlah adik abg. x lama lagi siaplah umah atuk. bila dua2 hero dah blh berkejar-kejaran, dah blh sepak bola, semakin meriahlah rumah. sekarang pun adik ngan abg dah main bola same2. tp adik kejar bola merangkak jelah. bila abg rebut bola adik suka melekek2. adik, abg buat apa pun ok jerrrr....semuanya kelakar.



minggu lepas mlm sabtu ngan mlm ahad kita org dah tidur kat umah cat. fauzan gelar umah cat sbb ari tu setiap hujung minggu kita org pegi umah tu cat rumah. tu yg fauzan panggil umah cat. fauzan suka kat umah cat, masuk umah jer sibuk nak masuk bilik dia. blm ada apa pun lagi cuma abah baru cat ngan letak meja serta kerusi ngan mainan sikit2. langsir pun blm pasang. nanti yer sayang.

kekadang kalau lepas jln2 dia ajak blk umah cat. x nak balik umah atuk. agaknya kat umah cat dia bebas tgk cd. ibu ngan abah sibuk nak layan dia sbb kemas umah, tu yg pasangkan cd spy dia x kacau. nanti adik pun diam jer tgk cd. kalau x asyik nak dokong jer. rumah tu kita org dah dpt thn lepas lagi tapi buat skit2 sbb kita org x berebut nak tggl situ. sekarang pun blm siap sgt. masih banyak yg perlu di buat, perlahan2.langsir bilik ngan dapur blm ada, perabot blk pun blm ada dan banyak lagi. x pe skit2. hanya hujung minggu baru kita org lepak kat situ. tp kalau mlm kita org keluar mesti lalu kat umah tu. x jauh pun dari umah mak.



walaupun umah tu kecik tp puas hati sbb umah sdr. sekurang2nya bayar bln2, duit habis, insya allah umah tu akan jadi milik kita. kalau menyewa, bayar bulan2 duit habis umah x dpt.. tp yelah x semua org mampu nak beli umah. kalau menyewa bayaran memanglah rendah berbanding bayaran kalau beli. terutama kalau loan bank. aduhhhhhhhhhh... kalau aku x mampu rasanya guna bank loan beli umah. kalau beli umah loan bank , nak 10% deposit, tahun ikat lama tp bayaran msh tinggi. fuhhhh sakit. umah ni kita org buat loan gov, banyak kelebihannya. oleh itu sesape yg layak buat loan gov utk beli umah, gunalah kemudahan yg diberikan. banyak faedahnya. l


agi satu sekiranya apa2 jadi kat peminjam, insya allah ahli keluarga kita org dah ada umah utk berteduh. dan apa yg aku tau kalau loan gov ni jika si pemimjam meninggal dunia ahli keluarga x yah bayar/tanggung loan tersebut. ntahlah. harap2lah. sbb tu aku ngan hubby gagahkan juga beli umah. kalau nak tggu ada duit memang x terbelilah jwbnya. tp memanndangkan umur semakin meningkat, kebajikan anak2, kita org pun beli. lagipun kalau beli sekarang masa abis bayar ni kita org dah nak pencen. mean duit pencen nanti x delah kena potong loan umah sbb dah langsai sblm pencen. amannnnn...

6.6.07

HATI

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra...
(petikan lagu To' ki)

susahnya bila mempunyai hati yg sensitif,
susahnya bila mempunyai hati yg degil,
susahnya mempunyai hati yg kecil,
susahnya mempunyai hati yg besar,
tp lagi susah bila x mempunyai hati...

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat
dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan
itu.... janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja..
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman
mata kailmu dan mungkin
akan menderita selagi
ia masih hidup.

Begitulah juga setelah
kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga
hatinya.janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja, kerana dia
akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak.
tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. akhirnya
ia dibuang, sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi

Begitu juga jika kamu
memiliki seseorang terimalah
seadanya. Janganlah kamu
terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali
dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya. Sedangkan jika
kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.


Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi yang kamu
pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan, Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan.
yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu. Menyayangimu,
Mengasihimu, Mengapa kamu
berlengah,cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya
dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

5.6.07

cuti sekolah = majlis kahwin

Sempena cuti sekolah yg sedang berlangsung, banyak gak jemputan majlis kahwin yg kita org dpt. jauh dan dekat, sedara dan kengkawan, jiran dan taulan. mana yg mampu kita org pegi, kita org pegi. mana yg x dpt soryy banyak2. setiap minggu ada jemputan (naiklah berat badan). setiap sabtu dan ahad ada jemputan. 02/06/07 ada 3 jemputan tp hanya 2 jemputan yg mampu kita org pegi sbb lagi 1 kat k'tan (pia, i call u mlm x angkat yerr... x kan kul 9.30 mlm dah tido? pengantin baru katakan) he..he.... mula2 gi jemputan dekat umah, jemputan Pak Daud. yg pegi my famili, mak, aida ngan ayil dan nani ( wakil kak ani). dari situ baru kita org konvoi gi jemputan sedara abg kat Felda Lenga, Muar, rumah Tok Elham. jauh gak dlm 1 1/2 jam perjalanan. kita org konvoi 3 kete. bestttt jln ramai2 ngan famili. Tok Cik sekali kita org angkat. sepanjang perjalan fauzan x tido. semenjak abah dah pasang player kat kete kalau jln dekat2 sure x tido. asyik tgk cd. sekarang tgh minat tgk cite The Wild. asyik pasang cite lionnn jer. kalau marah sikit sibuk nak mengaum. apalah pojan ni.


masa kat majlis, adik fayyad dpt kawan baru. ada awek tu asyik ushar adik jer. sampai adik nak gerak pun x leh, dipeluklah, dia peganglah, dia cium pipilah. kelakar betul. ahkirnya adik rimas, merengekkkkkk... yg abg pula sibuk main kat pelamin ngan kak alin ( sepupu yg tua sebulan jer dari fauzan )nak amik gambar pun payah. x duduk diam. abg kalau dah jumpa sepupu dia dah x nampak ibu ngan abah. kalau x asyik "apa bu?" skjp2 cari ibu, cari abah. dlm kete pun duduk ngan kak nani.

sekarang fauzan tgh sukalah sbb sepupu dia ada kat umah. kak sal dari s'ban 2 balik jhr kemarin. kak nani pun ada kita org import dari tmn melor, jb. meriah rumah bila bdk2 ni jumpa.

3hb jemputan kat senai, bekas jiran lama mak. anak dia yg sebaya abg pun kira best prend abg. pegi pun dah agak lewat skit. ingat nak pegi lps zoho tp siapkan bebudak apa semua, dlm kul 3 lbh baru pgi. lepas makan jer hujan pun turun. lebat betulll. abis kete abg baru basuh.

SaiFuL's family