6.6.07

HATI

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra...
(petikan lagu To' ki)

susahnya bila mempunyai hati yg sensitif,
susahnya bila mempunyai hati yg degil,
susahnya mempunyai hati yg kecil,
susahnya mempunyai hati yg besar,
tp lagi susah bila x mempunyai hati...

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat
dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan
itu.... janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja..
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman
mata kailmu dan mungkin
akan menderita selagi
ia masih hidup.

Begitulah juga setelah
kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga
hatinya.janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja, kerana dia
akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak.
tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. akhirnya
ia dibuang, sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi

Begitu juga jika kamu
memiliki seseorang terimalah
seadanya. Janganlah kamu
terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali
dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya. Sedangkan jika
kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.


Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi yang kamu
pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan, Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan.
yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu. Menyayangimu,
Mengasihimu, Mengapa kamu
berlengah,cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya
dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

SaiFuL's family