29.11.11

American b/fast

wahhh!!! sure u all terliur baca tajuk entry kali ni. hah.... sajer jer. belum terlambat rasanya nak ucapkan salam Awal Muharam. pegi mana sempena cuti 3 hari? sure ramai yg jalan2 makaan angin. yelah cuti 3 hari, sek pun dah mula cuti apalgi jalan jommm....

tapi aku n family x pegi mana pun. lepak2 kat umah n jalan2 dekat jer. sabtu pagi hubby ajak b/fast kat Mc D. ingatkan nak kuar awal tup2 dak siap2, kemas2 umah, sidai2 kain yg berlambak kul 10 pg we all pegi b/fast. bf apa? big b/fast McD ler... sbb hero2 ku suker makan telur tu. order BB sbb nak makan telur tu jer. he.... itu fayyadlah tu.

lepas b/fast aku ajak hubby gi tesco nak belanja sikit. sekali on the way nak gi tesco hujan telah turun dengan lebatnya... lebat yg amat sangat. maka dengan ini baju2 yg dah 6 x basuh sbb berlambka itu pun dah selamat basah dek hujan. UWAaaaaa!!! rasa macam nak menangis pun ada sbb tp i/allah adalah hikmat disebaliknya. hu..hu... sebelum kuar hubby dah ingatkan supaya angkat tp aku dgn confiden jwb x per sbb skrg hujan petang. sempat balik dari tesco baru angkat. rupenyerrrr.... selamat... hu...hu....

hari ahad lak hubby ajak gi IoI sbb ada terbaca iklan yg IoI dah baru n ada perubahan. utk b/f hubby beli roti canai. yahooo!!! x yah buat span sbb dah x tau ak bfast aper. after zohor n rehat2 kita org gerak gi IOI. sampai ioi punyalah banyak kete n ramainyer org. maybe sbb hujung minggu. sampai2 kita org santap kat mama chop & papa Gril. lepas mamam ronda2 IOI jap n masuk giant. beli sikit2 lepas tu terus balik umah. lepak2 samapi malam... ZZZZZZZZZZ
inilah restorannyerrr.... halal n owner melayu.

hari isnin memang x ada g mana2 sbb esok dah keje, so rehat jer kat uma. ingat nak buat mee hoon goreng jer tp anak2 request american b/fast. lagi suker ibu yer sbb senang. ngan bb sekali b/fast americano style. yg kelakar masing2 dapat 2 batang sosej termasuk furqan... tapi rupenyer utk c kecik x cukup sbb dia x mamam pun roti n telur goreng tu jadi dgn selamba dia amik sosej pinggan sebelah. kah..kah... comellll jer...

inilah ruper american b/fast. tp ini bukan versi yg aku masak. ini aku amik gambar kat google. lebih kurang jelah.

hero2 ku yg suker mamam american b/fast.

sekian cerita sempena cuti awal muharam kita org.

P/s : hero2ku sekarang tgh sibuk dgn gajet baru yg abah dia dapat sempena birthday ari tu... he..he...

24.11.11

Tabasco HARAM!!!

(sila klik gambar utk lebih jelas)


Hah!!! aku baru dapat tahu pasal benda alah ni yg HARAM utk dimakan kerana ada DNA tutt.... kalau x silap dulu kat Pizza Hut ada sos ni. sekarang.... ada tempat ada, ada tempat dah x letak sos ni. aku n hubby memang x makan sbb welll... tau... ajelah tekak melayu tulen ni. kalau ganjil sikit jerr.... memang x teringinlah nak cuba. kalau sos, biasanya guna jenama maggie, kimball, life jelah, itu pun sos cili n sos tomato je. he..he.... selain tu x teringin nak cuba.

makanya... kepada mereka2 yg rajin mencuba dan sll teringin nak mencuba benda baru sila berhati2 yer... paling senang baca dulu info kat botol dan kalau rajin balik cari kat web site JAKIM utk benda2 makan terutamanya yg dari obersea.

sekian dan terima kasih

23.11.11

Harimau Baham Garuda

sedap yer rimau mamam garuda?

kah...kah... suker aku baca topic kat atas. belum terlambat rasanya aku ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia sempena Sea Games ari tu. tahniah juga kpd harimau muda kita sempena kemenangan Bola Sepak Mas Vs Indon. sukerrrrr sangat. masa penalti aku ngan budak2 siap menahan napas takut kalau bernafas terkena angin kat bola nanti mas x gol. kah..kah... over sangat. tapi masa badrol bakhtiar score siap suruh anak2 selawat biar masuk dan bila bola tu terkena kaki GK n bergolek jer masuk gol rasa macam nak putus jantung menanti. apa yang pasti Malaysia telah menambah lagi satu pingat emas menjadikan ianya kpd 59 emas..... BEST!!!!!!!!!

BAdrol Bakhtiar - ketua pasukan harimau muda sea games. memainkan peranan yg amat penting. Syabas & tahniah!!!

keeper fahmi... itulah gelaran hero2 aku utk KFCM. salah satu penyebab kemenangan harimau muda kerana berjaya menagkis serangan lawan. tahniahhh!!! antara GK yg best pada aku. tapi apa2 pun abg Van juga tetap no. 1.


lagi sorang pemain yg pd aku bermain dgn cemerlang kerana rajin kejar bola dan sangat fit. bagus.... Ambumamee Thanil Arasu. engkau belasah jer si diego tu biar dia balik belanda. kah..kah....

x lupa juga pada pemain muda ini nazmi faiz yg baru berusia 17 thn. sanggup x amik SPM sbb nak ke Sea Games. x per... berkorban utk negara tp jgn lupa amik SPm thn hdpan yer... Akademik pun penting gak..

wajah2 hero negara yg menyumbangkan 1 emas kpd malaysia sempena sea games 2011

wajah2 happy pemain setelah berjaya membahan pasukan lawan, walaupun terpaksa bermain >< 120 minit. aduhhh penatnyerrrr... TAHNIAH!!!

Kepulangan hero malaya disambut meriah oleh penyokong ditanah air.



P/s: sesaper yg duduk kat area bukit jalil bolehlah sokong harimau kita malam ni dalm game menentang Syria utk kelayakan Olimpik. aku doakan mereka berjaya. Insya Allah.

* seperti biasa, gambar2 kat atas aku amik dr pakcik google yerrr... *

15.11.11

LIBAS

bukan main lagi tajuk. LIBAs!!! ini sempena demam libas yg melanda hero2 aku. ari tu they all tgk citer Libas lakonan Rosyam Noor, johan n scha al-yahya. bukan main suker budak2 tu. pd aku citer tu ok n ada kelakar tp syangnya x dpt sambutan. x sure knp. maybe kurang promosi. tapi pd aku ok berbanding citer2 lain yg dpt juta2 tp x ada apa pun. oppsss.... cite apalah tu????

layan gambar hero2 ku bila disuruh posing utk bergambar. lebih kurang tak?

SAborrrrrr...jelahhhh. siap minta belikan bola takreaw sbb nak buat libas. ari tu masa jln2 fayyad ternampak bola pusaka libas dan siap minta beli. kah...kah..... x beli pun sbb bola tu keras kang terkena yg lain x pasal2 lebam anak2 aku. makanya sekarang kalau x bola sepak dia buat mcm bola takraw, they all gumpalkan kertas n main...


MAS vs Thai.

14.11.11

Batu pahat, Johor

12.11.11- gerak ke batu pahat utk menghadiri jemputan kahwin anak member hubby. oleh krn nak memenuhi jemputan sambil bawa bdk jalan2, makanya kita org stay kat BP utk 1 mlm. lepas dari jemputan kita org gerak gi check in. kali ni tggl kat Hotel Katerina. budak2 bukan main excited masa dah masuk bilik. agaknya dah lama sangat x masuk hotel. (aikkkk tapi bln 5 ari tu dah gi Pd. raya bln 9 aritu pun dah gi ranau & KK). ntahlah... tapi bkn main excited lagi hero ber-3 ni. nama pun kanak2. enjoy...


lepas check in kita org rehat2 jap dlm bilik. kuyuuuu jer mata sbb kat sini cuacanyer sejuk sgt. dah tutup aircond pun msh sjk sbb kat luar hujan. dari sampai hingga ke mlm hujan turun renyai2 jerrr....

dah mandi dan sebagainyai, petang tu hubby ajak ronda BP. kita org pergi BP mall. dah ronda2, perut pun lapar, mamam time. mamam kat FC jer. aku mkn k/teow kantonis, rasa ok sbb ada pedas2.hubby makan mee bandung 7 beradik. sedapppp....... itu baru 7 beradik, kalau dia ada 11 beradik macamlah rasanya ekkk..? he..he... fauzan n fayayd makan maggie goreng, tp oleh kerana maggie tu pedas, ayyad x mamam pun. penyudahnya masa balik drive thru jer kat MCd. hero2ku yg tengah bermassage. tapi yg masuk duit cuma sorang jer. yg lain tu tumpang duduk. abaikan cara furqan massage badan yer. jgn tiru aksi tersebut.

esoknya lepas sarapan kita org posing kat swimming pool dia. pool dia kecik jer tapi deco santikkkk.... aku suka...aku suka... hubby pun suka. fayyad x sabar nak mandi tp sbb hubby dah ajak gi wet world, sooo... x yahlah mandi pool hotel. posinggggg jerlah.... model kecik ibu.

lepas rehat n lepaking kat bilik, around 11 lebih kita org check out ke Wet World BP pulak. WW batu Pahat here we come..... >< 10 mnt kita org pun sampai.. dekat jer. utk masuk sila bayar rm15 utk dewasa, rm 12 utk knk2 dan free utk baby. ikut ketiinggian sebenarnya. itu harga hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. hari selain dari itu sila tolak rm3 utk dewasa dan rm2 utk knk2. hah..baper? dah kira jwab dlm hati jer yer.

BESHHHHHH!!!! kata furqan. mau x best berendam 2 jam lebih. bestttlah. abg2 pun suker sangat. tapi sian anak2 ibu, ibu x pkikan sun block. penyudahnya muka semua terhangus dek sang mentari. aduhhh...pedihhh jer rasa....

9.11.11

Bekal anak2 ke sekolah

salam, teringin nak bercerita tapi idea nak menulis x kunjung tiba. sebagai permulaan kita citer pasal bekal anak2 yer.

fauzan:- ari ni berbekalkan roti sosej. aku masakkan 3 biji roti sosej.1 utk sarapan kat umah, 1 utk bekal masa rehat kat sekolah nantidan lagi 1 aku potong kecik2 sbb sprt biasa fauzan amat jarang makan bersendirian pasti berteman dan temannya juga pasti akan merasa bekalan yg fauzan bawa.
(gambar hanya hiasan semata2 sbb aku lum terrer lagi nak masak mcm tu. ini hanya utk membuat engkorang terliur)

AKU SUKER :- sbb dia x berseorang semasa rehat, sentiasa berteman.selain itu kira bersedekah sekali sbb bagi kawan2 dia makan bekalan dia walaupun kawan2 x pernah meminta tapi membuat bekalan tersebut seperti mereka punya. (pernah sekali aku cuti dan hantarkan bekalan utk fauzan. aku bawakan nasi lemak ayam utk fauzan. sedang aku buka bekalan utk fauzan dan fauzan baru sekali suap kawan dia dtg duduk sebelah fauzan dan terus makan bersama2 tanpa bertanya atau berbunyi. hendak di tegah kasihan, penyudahnya aku biarkan sahaja.)


KEKADANG AKU GERAM :- sbb awal pagi aku bangun sediakan bekalan utk fauzan agar dia selesa semasa belajar kerana perut selesa xlapar dan x kenyang tp kawan2 yg habiskan bekalan.

TAPI AKU SEDIHHHHH:- bila aku bawakan 10 ketul naget tp fauzan hanya dapat mkn 1 ketul shj. aku tanya knp dpt 1 jer? nnt fauzan terangkan.... "kwn yg ini mkn 2, kwn yg ini mkn 1, kwn yg ini mkn 3,pastu abg besar kat sebelah minta 1, pastu dia minta lagi 1 utk kwn dia. baru abg nak amik kwn yg ini dah amik." aku...???????????? penyudahnya duit rm2 yg aku bawakan dia beli naget semula kat kantin bersama2 kwn2 yg makan bekal dia sbb kwn2 tersebut pun ada duit cuma they all beli selepas mkn bekal fauzan. aduuuaiiii.... anakkkk....

tapi aku x salahkann sesaper sbb mereka hanyalah kanak2 yg penat belajar dan bersekolah. kalau aku tgk kat kantin sek tu masa rehat, memang rata2 semuanya share bekal thay all. kesian pun ada sbb mee yg secoeettt pun kongsi beramai2. 4 org mkn sorang sekali suap dah habis.

fayyad: ari ni seperti selalu, fayyad hanya berbekalkan air liur krn dia x nak bersarapan. ini kerana setiap kali bersarapan dia pasti akan rasa loya n nak muntah. bekal pun x dibawakan kerana sudah disediakan di taska/tadika.

furqan : seperti selalu juga berbekalkan susu Dugro setiap pagi sebelum ke taska. cuma ari jer x nak minum susu. agaknya kerana masih mengantuk n kenyang kerana bersahur milo ais n roti sebelum tidur semalam. inilah botol susu yg furqan guna. pada aku amat mahal (maybe pada u all biasa jer) tapi berbaloi sbb furqan jarang kembung perut krn angin x masuk perut masa menyusu. sbb tu biler dia terkentut... dia rasa hairan dan buat muka pelik sbb furqan amat jarang kentut.


sekian celoteh seorang ibu pada ari ni. dan terima kasih pd en. google atas gambar2 diatas.

2.11.11

AL-FATIHAH

28.10.2011 -
tepat detik 12 tgh malam, hp hubby berbunyi. masa tu jantung aku dah bergetar sbb amat jarang sekali hp kita org berbunyi tgh2 mlm ni. di hati dah terdetik pasti ada kecemasan. bila mendengar perkhabaran di hp, ternyata betulll... ucu - adik iparku memberitahu yg mak ucu- adik ipar mak mertuaku telah pergi utk selamanya pd pukul 11 lebih tadi. menitis air mataku bila mendengar. belum sempat aku menizarah arwah dihospital, kini arwah telah pergi utk selamanya. aku n hubby x dpt menziarah kerana hubby terpaksa bertugas. hanya iringan doa sahaja yang mampu kami hulurkan.

AL-Fatihah utk arwah MAk ucu - Zailila Binti Adnan. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan menjadi ahli syurgaMU Ya Allah. AMIN...

1.11.11

tips ari ini

aku copy dari fb. hanya utk dikongsi bersama


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.

SaiFuL's family