9.11.11

Bekal anak2 ke sekolah

salam, teringin nak bercerita tapi idea nak menulis x kunjung tiba. sebagai permulaan kita citer pasal bekal anak2 yer.

fauzan:- ari ni berbekalkan roti sosej. aku masakkan 3 biji roti sosej.1 utk sarapan kat umah, 1 utk bekal masa rehat kat sekolah nantidan lagi 1 aku potong kecik2 sbb sprt biasa fauzan amat jarang makan bersendirian pasti berteman dan temannya juga pasti akan merasa bekalan yg fauzan bawa.
(gambar hanya hiasan semata2 sbb aku lum terrer lagi nak masak mcm tu. ini hanya utk membuat engkorang terliur)

AKU SUKER :- sbb dia x berseorang semasa rehat, sentiasa berteman.selain itu kira bersedekah sekali sbb bagi kawan2 dia makan bekalan dia walaupun kawan2 x pernah meminta tapi membuat bekalan tersebut seperti mereka punya. (pernah sekali aku cuti dan hantarkan bekalan utk fauzan. aku bawakan nasi lemak ayam utk fauzan. sedang aku buka bekalan utk fauzan dan fauzan baru sekali suap kawan dia dtg duduk sebelah fauzan dan terus makan bersama2 tanpa bertanya atau berbunyi. hendak di tegah kasihan, penyudahnya aku biarkan sahaja.)


KEKADANG AKU GERAM :- sbb awal pagi aku bangun sediakan bekalan utk fauzan agar dia selesa semasa belajar kerana perut selesa xlapar dan x kenyang tp kawan2 yg habiskan bekalan.

TAPI AKU SEDIHHHHH:- bila aku bawakan 10 ketul naget tp fauzan hanya dapat mkn 1 ketul shj. aku tanya knp dpt 1 jer? nnt fauzan terangkan.... "kwn yg ini mkn 2, kwn yg ini mkn 1, kwn yg ini mkn 3,pastu abg besar kat sebelah minta 1, pastu dia minta lagi 1 utk kwn dia. baru abg nak amik kwn yg ini dah amik." aku...???????????? penyudahnya duit rm2 yg aku bawakan dia beli naget semula kat kantin bersama2 kwn2 yg makan bekal dia sbb kwn2 tersebut pun ada duit cuma they all beli selepas mkn bekal fauzan. aduuuaiiii.... anakkkk....

tapi aku x salahkann sesaper sbb mereka hanyalah kanak2 yg penat belajar dan bersekolah. kalau aku tgk kat kantin sek tu masa rehat, memang rata2 semuanya share bekal thay all. kesian pun ada sbb mee yg secoeettt pun kongsi beramai2. 4 org mkn sorang sekali suap dah habis.

fayyad: ari ni seperti selalu, fayyad hanya berbekalkan air liur krn dia x nak bersarapan. ini kerana setiap kali bersarapan dia pasti akan rasa loya n nak muntah. bekal pun x dibawakan kerana sudah disediakan di taska/tadika.

furqan : seperti selalu juga berbekalkan susu Dugro setiap pagi sebelum ke taska. cuma ari jer x nak minum susu. agaknya kerana masih mengantuk n kenyang kerana bersahur milo ais n roti sebelum tidur semalam. inilah botol susu yg furqan guna. pada aku amat mahal (maybe pada u all biasa jer) tapi berbaloi sbb furqan jarang kembung perut krn angin x masuk perut masa menyusu. sbb tu biler dia terkentut... dia rasa hairan dan buat muka pelik sbb furqan amat jarang kentut.


sekian celoteh seorang ibu pada ari ni. dan terima kasih pd en. google atas gambar2 diatas.

No comments:

SaiFuL's family