11.9.20

Jengah Arnab Apin2

kali ni balik kg macam sekejap sangat. dapat balik seminggu jer sbb ana2 cuti pun seminggu jer. sampai Sabah sabtu ptg raya... esoknyer raya.... isnin rehat2 n siap2 utk masak kenduri esok. Selasa buat kenduri arwah.  Rabu angah n mami ajak gi apin2 tgk arnab.. he..he.. n khamis gi melawat kawasan kat Tenom. Jumaat balik johorrr... padat tul jadual.. hehehe...

Rabu tu 19/8/2019 Angah n mami ajak gi tengok arnab. kita org gerak naik 2 kereta. jauh gak keningau ker apin2. lbh kurang 45 minit gak lah... jln2 slow2 jer.


ojan tgh bagi mamam arnab

selain arnab, ada gak haiwan lain.. cumer x banyak.



hero2 yg ikut

heroin pun ada

ini antara arnab yg ada.. comel n besar



nak masuk kat sini dikenakan bayaran RM3 sorang. n blh beli makanan arnab rm1 sepeket. bila tabur jer makanan tu datanglah cik2 arnab yg comel utk makan. banyakkkk tp kata angah last year di dtg lagi banyak arnab2 tu. maybe ada yg dah mati...hu..hu...

1.7.20

Tazkeerahh

salam,

saja2 aku masukkan cerita kat bwh. Semoga menjadi pengajaran kpd kita terutama sbgi peringatan kpd diriku sendiri.

Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“TERUS terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

12.8.19

Raya Haji Balik Kg


Image result for selamat hari raya haji


Alhamdulillah,

kali ini Allah bagi rezeki Ibu, abah n anak2 beraya ngan mami angah dan keluaga Sabah. Mulanya nak balik hari Jumaat, tapi x der rezeki tiket abis... baliklah sabtu, petang raya baru sampai kg... yg penting selamat....

raya haji kita sambut sederhana jer... x ke mana pun.... balik solat raya, makan2 n rehat2. mlm nyer lepak2 tgk tv. Menu sperti biasa, nasi dagang n nasi impit kuah kacang.

Image result for selamat hari raya haji
tahun ni x buat pun ibadah korban. Insya Allah bila ada rezeki nnt kita buat yer.

sorrylah... punyer simple nau raya sampai gambar raya pun x der... he..he..he... kita tepek gambar nak balik beraya jelah.

lepak2 ngan ojan sementara tunggu abah n adik antar kereta balik.


ngan ayyad sekali... bertiga sementara tunggu abah n adik


baby yg excited terlebih nak blk kg beraya. kul 4.30 am dah bangun siap2 nak  balik kg.

dah dlm flight


jom intai kepak besi

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ


naik ni pun jadilah

barang dah sampai... tunggu mami angah lak blm sampai

kanak2 happy dpt blk kg

besttt yerr sayang


Image result for alhamdulillah






7.6.19

2nd day raya Aidilfitri

alhamdulillah,

raya kedua baru sempat posing berlima.. itu pun posing kat luar rumah jer sblm gerak nak gi beraya. sementara panaskan enjin kereta jom kita posing..


bukan main senyuman abg ayyad











Yeayyy... ada gambar berlima... Syukur alhamdulillah


6.6.19

citer 1st day raya

raya pertama lepas siap2 tunggu hero2 blk dari solat n kita org pun mamam... lepas mamam...kemas sikit2 n gerak gi umah mak... nnt adik beradik husband akan kumpul sini. tahun ni uda x raya kulai... Uda raya kat Pahang n esok Kak ni akan balik raya kat Sabah.


family kak ni @ mak ngah


wan n family

dari umah mak kita org gerak gi umah cik lak... kat umah cik ada ucu sbb turn ucu raya kat kulai. mlm lak husband ajak lepak kat umah kita org... balik dari umah cik berdesup balik sbb nak panaskan lauk bagai... hee.hhee...

antara acara kegemaran kanak2.. main bunga api

mak ngan adik beradik dia

long baru sampai n baru nak makan

5.6.19

Minal Aidil Walfaizin ( من العائدين و الفائزين (

1 st day raya / 1 Syawal 1440 / 5 Jun 2019 (Rabu)

Image result for minal aidin wal faidzin

ni jelah gambar raya pertama.. x sempat pun posing berlima.. he..he...


hero2 nak bersantap balik dari solat Raya


laparr yerr sayang2 ibu....


 hero kecik siap angkat jari sbb suker sangat


Hero no 1 dah join



ni masa kat umah mak...


My baby.....


SELAMAT HARI RAYA...
DARI KAMI



4.6.19

Salam Lebaran 2019

 Image result for assalamualaikum in jawi
Related image


Salam Lebaran,

Alhamdulillah... tahun ni aku beraya kat Kulai, Insya Allah raya Haji kita beraya kat Sabah pulak....

seperti biasa aku akan cuti awal sbb petang raya dah nak masak... kiranya style aku kalau berbuka last ramadhan tu dah berbuka ngan lauk rayalah.. hee..he... nnt utk  lauk raya kita masak lain pula.. tp biasa utk lauk yg mudah basilah mcm lodeh... yg lain Insya Allah tahan...

menu biasa di hari raya... Nasi Impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam masak merah, rendang hati lembu ngan lemang segera yg tak jadi...huhuhu...

Image result for nasi impit  Image result for ketupat adabi
nasi impit ibu rebus 21 biji. biar lebih jgn kurang... he..he...he.. itu moto ayah Sabah kalau nak ajak org makan kat umah... mesti masak lebih supaya tetamu kenyang sebagi meraikan tetamu.

Image result for kuah kacang
kuah kacang... resepi kuah kacang ibu guna resepi mak mertua... Alhamdulillah... sentiasa mendapat pujian dari hubby n anak2.

Image result for lodeh putih johor
sayur lodeh putih, ibu memang masak putih style kalau utk raya... sebiji mcm gambar atas cuma sayur lodeh ibu... ibu akan lebihkan kuah sbb hero2 hirup kuah jer... isi biasanya ibu yg habiskan... he...he... still guna resepi mak mertua...muahh....muahhh

Image result for ayam masak merah 
ayam masak merah... resepi sendiri punyer... dari resepi mak mertua n mak sabah kita gabungkan n otter ikut suker... he..he..he...


Image result for rendang hati lembu
rendang hati lembu.... kali ni ibu masak 2 kg hati lembu... alhamdulillah sedap n cukup...sbb last year x cukup masak 1 1/2 kg... he..he... ibu buat style mcm kat atas tu biar dia basah2 sikit...baru umphhhh... he..he...

Image result for lemang segera
dan antara menu wajib setiap tahun...lemang segera... tp kali ni lemang x jadi.....huahh...hua...hua..... sedihh tul. lemamg tu terlebih masak n x blh nak kukus... penyudahnya makan mcm tu jer pulut tu tanpa dibungkus menjadi lemang. kata hubby.. rasa dah ada tp rupa x jadi....

Image result for selamat hari raya


SaiFuL's family