27.5.13

cuti sekolah

sempena cuti sekolah kali ni ibu cuti 1 minggu. satu sbbx berapa sihat lagi dan satu saja nak bermanja ngan hero2 sbb cuti kali ni x pegi mana pun. melainkan sbb abah dah x der cuti + ibu x sihat maka makan n lepak jelah kat umah. cuma pada 25 &  26 mei abah duty n petrosains ada buat karnival matematik. maka ahad tu kita org ikut abah n lepak kat off abah sehari suntuk. best!!!

sempena karnival tu dia ada buat beberapa game. main game tu kumpul point nanti dapat kupon n kupon tu tukar ngan hadiah. hadiah memang best!!! ngan ibu sekali pun main gak. dartlah, tembak2lah dan sebagainya. furqan pun terror banyak kumpul point. game tu buat kat perkarangan lib jer.

masa tengahhari kita org lunch kat kafe bawah n after lunch, lepak kat bilik abah. sempat tertidor gak sbb sofa ikea bestttt!!! hasil dari titik peluh kupul kupon akhirnya dapat tukar ngan 4 racer dan 3 tabung dinosour. 1 racer tu tukar masa awal2 rupenyer petang tu thay all buat lelong dari 500 point turun ker 300 point. tu yg tunggu dah petang baru tukar masa lelong n dapat lagi 3 racer. tapi lagi 1 racer bagi pada bb faiz. sajer..jer... abg2 pun terror main game. fayyad terror main dart. abg ojan pun x kurang hebat blh dpt sampai 20 kupon. bestttt!!!!!

YG PENTING BUDAK2 SUKER N MAK BUDAK SEKALI!!!

19.5.13

Abah duty ganti LInda & Cheongdamdong Alice

he..he... sajer jer letak tajuk mcm tu. kata diary... catit jelah ikut suker. he..he.... ahad abah yer duty gantikan kawan off yer linda. siannn abah, penat tp x per nanti blh dapat cuti ganti. lebih kurang kul 7 lebih baru abah  gerak gi kerja sbb ahad kete x banyak so blhlah keluar lambat sikit. w/pun kaunter buka kul 9 pagi tp punch kad ttp kul 8. lagi pun within sejam tu abah yer kena susun n kemas2 dulu sebelum perkhidmatan di buka pada awam.

biler abah dah gerak ibu seperti biasa melayan budak sambil melayan citer korea. he..he.... skrg ni aku tgh layan citer cheongdamdong alice. tp x delah layan sangat pun. kalau sempat tengok x sempat x per. aku cumer suker awek tu comel. tp kata abah tak. saborrr jelah.

oleh kerana citer tu dah abis dan biasanya yg ahad ni dia buat marathon tu yg aku tgk ulangan jer. tp 2 episod yg terakhir jelah sbb yg lain dia dah tayang minggu sebelum tu. tp dari 16 episod yg aku tgk betul2 agaknya dlm 5/6 episod jer. he...he.... dan seperti citer2 yg lain for surelah happy ending... i like


inilah hero n heroin yer. yg girl : Moon Geun Young dan yg boy : Park Shi Hoo ( baru ni aku tau nama pelakon ni sbb nak cari gambar citer tu he....) - Tq Mr Google



lagi satu gambar yg aku suker


lepas layan citer korea barulah bermula operasi kemas mengemas dan masak memasak. tapi..... aku kan x berapa sihat lagi jadi aktiviti tu kemas dan masak memasak tu sebenarnya aku buat dlm keadaan yg santai saja. x derlah beriya. masak pun aku masa macaroni n cheese versi aku. resepi jgn tanya sbb kalau tanya pun aku dah x ingat sbb masa masak campak bahan ikut suker. he......


lebih kurang mcm nilah wajah macaroni aku warna putih bukannya kuning. tp versi aku campur meat ball sbb ayad tgh suker makan meat ball. tp ayad x berapa minat, ojan suker. pada aku pula mcm lemak sangat. 

utk petang sblm abah yer balik aku masak kari daging n lempeng. ini gara-gara kecur tgk syura masak lempeng masa kat master chef semalam. he...he.....  abg ojan mamam banyak. ayad pula cuma maken sekeping. ibu pula makan nasi ngan ayam goreng  ngan kicap. kata pantang. pantang sikit2 jerlah.


lebih kurang mcm nilah yg aku masak. tp ni aku amik dari blog Cik Mat Gebu. sorryyyy bukan yg aku masak. he..he.....

oleh kerana mamam awal so malamnyer lepak jer gan bdk2 sambil layan master chef n running man. kata dah blh rekod. rekod n ulang tayang jelah. (tukar dvd pada 14/5/13 ari tu)

18.5.13

Aku alah pada tarikh 17 hb

dah 2 kali tarikh 17hb membawa berita duka kepada ku. tarikh 17 ogos 2008 aku telah mengalami keguguran yg pertama utk baby yg ke-3 iaitu sebelum furqan. masa tu baby dah berusia 11 minggu. aku siap admit kat spital kulai sbb nak tunggu sampai janin tu keluar. alhamdulillah esoknyer kul 12 tengahari janin tu dah kuar ngan selamat dan tanpa rasa sakit.

untuk tarikh 17hb kedua pula jatuh pada 17 hb mei 2013. sekali lagi aku kehilangan baby yg berada dl kandungan. tapi kali ni rasanya amat sakit. x seperti yg pertama. may be itulah rasanya mcm mana nak bersalin. tapi sib baik aku hanya sakit dari pukul 10 mlm hingga 3.30 pagi. lepas keluar jer barulah rasa lega sedikit.

masa cek dr. kalau ikut perkiraan aku sepatutnya dah berusia 10 minggu tp berdasarkan scan dr ianya seperti baru 7 minggu berdasarkan size jain tersebut. tapi bak kata dr jamiah, kalau x der rezeki dia hanya akan keluar mcm sarong jer sbb janin tu kalau 7 minggu mash kecil.

akhirnya pada pukul antara 3.15-3.30 sarung tu pun keluar. lepas cek dr ari sabtu dia kata x yah cuci sbb dah keluar. masa scan pun dah clear. x peralah belum ada rezeki kata hubby. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.



Hanya pada Mu aku berserah Ya Allah.

17.5.13

al fatihah

al fatihah. baru sebentar tadi aku call farah jiran masa kat umah mak. dia bagitau yg ayah dia Othman bin Midon  atau lebih dikenali dengan pangglan Pak man telah meninggal dunia akibat strok. arwah dah se minggu kena serangan dan dari hari rabu masuk ICU hsa. mereka terpaksa membuka oksigen ke badannya apabila semua organ dalamn dia menolak segala ubat yg diberikan. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh beliau - Bilal Surau Rumah Murah . AL- FATIHAH

16.5.13

cerita tauladan -kisah sedih dan pilu di kantin sekolah

aku terbaca citer ni kat fb. menangis aku ketika baca. betapa jauh bertuahnya aku anak beranak. knp masih kurang ucapan syukur setelah apa yg kami nikmati hingga ke hari ini.


Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah....

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.

P/S : Mereka yang pernah merasai betapa peritnya hidup dalam kefakiran, akan mempunyai jiwa yang kental untuk menempa kejayaan. Go Amira Go !! Fighting !! 








Top of Form
Bottom of Form

15.5.13

Puding Triffle

bahan-bahan yg mesti ada utk buat puding triffle.



potong kek dan masukkan dalam mangkuk

penyek2kan kek tu sampai padat.. bubuh sikit air dari fruit cocktail tu supaya lembap2 sikit kek tu

1 tin susu cair + 1 tin air kosong (guna tin susu cair tadi)

3 sudu besar membumbung tepung kastard + 3 sudu gula pasir

kacau sampai mendidih dan hampir pekat

bila dah meletup2 pekat, matikan api dan curah ke dalam mangkuk plastik tu

susun buah dalam mangkuk tu

yang tang kristal jelly atas tu aku guna brand Nona. mmg paling sedap .. dan biasanya orang guna kaler merah rasbery baru cun, sebab nampak layer dia tp sebab dah abis, aku beli perisa manggo... sumpah sedap.. cara nak masak kristal jelly ni korang follow jek sebijik sebijon kat belakang kotak Nona Jelly Kristal tu yer.. compem menjadi



 sumber resepi dan gambar adalah dari blog :- http://farhan-emily.blogspot.com/




                                                



                                                

14.5.13

Mee kari nyonya


-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mi kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam dan daging ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
1/2 paket Fish ball dan 2 ketul tahu goreng yang dipotong nipis
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.
( Kalau nak tambah dengan 1/2 batang carrot  yang dihiris seperti anak mancis pun boleh)
Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan juga cili kisar. tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan, air dan fish ball serta hirisan tahu goreng. kacau sentiasa.
4. bila kuah telah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan, sesuaikan rasa, tambah garam.
5. Sediakan bahan sampingan mi kari nyonya, rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mi kuning dan curahkan kuah kari nyonya, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba





  1. bawang merah, bawang putih, halia ngan udang kering blend sampai lumat.
  2. serbuk kari - aku campur babas sikit, adabi sikit.
  3. sebiji kentang rebus pastu blend sampai hancur, nak bagi kuah kari tu pekat n lemak sikit.
  4. air kepala n kulit udang yg aku dah rebus pastu blend amik airnye ajek.




13.5.13

mamam ais krim baskin robins

seperti biasa isnin adalah hari aku dating ngan hubby. sbb isnin jer hubby x der duty. ari lain duty x leh kuar. he..he.... oleh kerana cik nab kwn setugas hubby cuti bersalin, makanya hubby kena cashkan dulu cek utk beli stem. lepas pegi bank muamalat, kita org pegi pejabat pos. dah krm kopi mami aku pun beli stem sebanyak 410 keping = rm205 / 50 sen.

dah seattle kerja we all gi mamam, krn cuaca panas maka CS jelah jawabnyer. sbb sejuk n dah dekat. ari ni mamam kat sedap corner. apalagi yg nak di makan pun dah x tau. menu seperti biasa mee goreng mamak n mee bandung. lepas mamam gerak gi populor jap cari box utk drawing abg. ari tu dah beli satu ni beli lagi satu sbb lukisan thay all jatuh ari yg sama. jadi kalau 1 jer jadi sudah. so beli lagi satu dan beli buku2 latihan skit utk abg2.

lwpas beli buiku tu yg kita org lepak kat BR. sbb nampak abg mcm x larat jer. maka dengan itu terhasillah gambar seperti di bawah ini. sian anak2 ibu. nanti cuti kita ajak abah gi mamam aiskrim BR yer.

kita org x ckp2 pun dgn abg2 abb takut they all kecur. sekalinya c kecik kepoh sbb dia nampak gambar yg aku amik kat galaxie. kah..kah... kantoiiii ibu n abah


sedapnyerrr.......

6.5.13

kecur spaghetti master chef celebriti 2

hari sabtu hari tu tgk rancangan master chef ngan anak2. masa penyingkiran selebriti yg tercalon telah memilih masak spaghetti. apalagi... hero2 kecik ku kecur tgk spaghetti yg tekah dimasak. fauzan n fayyad memang suker makan spaghetti terutama yg putih kalau x silap aku karbonara. pernah gak aku masak tp guna sos pregolah n bahan pun campak ikut suker.



oleh kerana kesian tgk bdk2 yg tengah bersemangat nak makan spaghetti esok nyer aku ajak hubby pergi berbelanja kat TJ mart. kebetulan lauk kat peti ais pun dah tggl skit. so lepas mengundi kita org pegi ke tj mart. cari punya cari x jumpa daaa... prego sos karbonara. tp oleh kerana hero2 ku dah teringin sos yg tradisional pun jadilah.
inilah spaghetti yg dimasak oleh radhi Oag. simple giler tp sib baik dia x tersingkir. suker gak tgk radhi w/pun nampak x berapa pandai masak tp dia nak cuba dan berani mencuba. kalau kerja berkumpulan nampak dia seorang yg rajin tolong kwn2 dia.

setelah siap belanja bahan2 yg di cari. on the way balik singgah umah ma,k lepak sampai nak maghrib. bila dah sampai umah aku terus bersilat n masak spaghetti. tapi seperti yg ku jangka, mereka x berapa nak spaghetti yg merah sbb masam. akhirnya ibu yg harus menghabiskan. fauzan makan x bertambah n ayyad hanya bertambah udang n meat ball sahaja. abah memang x makan sbb x minta. furqan pun x mamam sbb awal2 dah terbongkak akibat kepenatan ikut ibu n abah mengundi. he....



lebih kurang mcm nilah rupa spaghetti yg aku masak sbb aku gaul sekali. cuma aku tambah udang sbb biasalah hero no dua aku makan udang jer. kononya meat ball utk ibu yer sbb bdk2 x suker makan sekali bila dah masak rupanya ayad suker makan meat ball. kah..kah... ojan jgn ckplah memang makan mee jer. udg x nak, meat ball pun x mau.


semenjak master chef selibriti yg pertama kita org dah rajin melayan master chef ni. best gak tgk gelagat manusia-manusia yg memasak. ada yg kreatif, ada yg kelakar dan macam2 gaya lagi.

5.5.13

PRU 13 - 05.05.2013


mengikut rancangan, kita org nak keluar awal utk mengundi sbb takut ramai orang. sekali nyer 11.30 pagi baru dapat keluar sbb malam tu biasalah hujung minggu. tido lambatlah layan Running Man MArathon. he..he....

ini kali ke-2 aku mengundi dan kedua2 nya di sek rendah bukit liki, kulai. cuma berbeza masa tahun 2008 x delah ramai dangat org. tp kali ni wahhhh ramai dan beratur panjang. hampir sejam gak kita org beratur. fauzan n fayyad kita org suruh tunggu kat pondok berhampiran. masa beratur pun blh nampak. yg si kecik terpaksa aku angkut masuk bilik mengundi sbb suruh tinggal ngan abang dia tak nak. sib baik adik polis tu bagi aku bawa furqan.



tp yg kelakarnya masa awal2 tu dia diam. time aku nak memangkah tulah dia berinteraksi ngan abg dia dari luar. kelam kabut aku memangkah dan melipat kertas undi. saborrrr jelah yelah risau kalau orang lain terganggu. inikan untuk menentukan masa depan negara. walaupun keputusan masih berpihak pada Bn tp aku agak sedih bila mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen. kat johor saja 4 kerusi parlimen terlepas ke DAP. parlimen kulai, kluang, bakri  n gelang patah, Batu PAhat pula terlepas ke PKR. begitu juga DUN banyak yg terlepas. mmmmm.... 4 utk PAS, 1 utk PKR n 13 utk DAP dari 56 kerusi DUN yg dipertandingkan.

tp apa yg penting sebenarnya adalah keamanan dan keselamatan negara.



SaiFuL's family