31.10.07

birthday fauzan 3 tahun

raya ke-2 ari tu 14/10/2007 genap umur heroku yg pertama 3 thn. rasa mcm baru jer aku bersalinkan fauzan. pengalamn ditolak ke dewan bedah pun masih terbayang2 kat mata. tapi alhamdulillah semuanya selamat. oleh kerana kat umah kulai semua adik beradik dtg so aku ngan abg decide nak buat makan2 sikit. ajak adik beradik, maklong, cik, ucu ngan anjang jer. mak utih aku x ajak sbb diaorg ni big family aku tkt aku x larat nak masak. almaklumlah first time nak ajak org makan, masak sendiri. lagipun perkakas masak i semuanya kecik2 coet jer. x blh nak masak banyak sekali gus. itu pun banyak guna perkakas mak. TQ mak mertua.

kerana excited tgk decaration kek kat internet maka aku pun kononnya nak buat kek edible image utk fauzan kali ni. tp mengenangkan aku x sempat nak buat kek sendiri maka ku tempahlah kek coklat ngan member 2 biji. sayangnyer kek tersebut bentat, x naik dan jadi amatlah nipis. maka ku tindihkan dan tinggallah sebiji. frust gak sbb aku byr agak mahal gak tp keknyer x jadi. what to do... terpaksa terima. utk image kek aku pilih tema transformers yg aku tempah dari loveliana cafe. dipendekkan cerita kek birthday fauzan x seindah yg aku bayangkan. sbb 4 ur all punyer info ini 1st time aku decorate atau pegang kek. aku biasanya amik kontak berkenaan biskut jer kek x pernah, kek lebih kpd mak ngan angah. sooo... teramatlah banyaknyer kesilapan. utk penilaian sendiri lihatlah kek ku yg kelakar, tp alhamdulillah fauzan suker. asyik nak potong kek robot jer. mungkin sbb x pernah dia jumpa kek birthday serupa itu (ha...ha...ha....) luv u fauzan.


tapi pastu ucu ngan mak ngah fauzan belikan lagi kek utk fauzan, agaknyer risau nengok kek ku yg kecil dan x jadi. kahhhh..kahhh... penyudahnyer utk birthday fauzan yg ke-3 thn, fauzan dpt 3 biji kek. taraaaaa.....



utk melihat kemeriahan bierthday party fauzan, lihatlah gambar2 kat bawah ni. masa tiup lilin pun kelakar. fauzan x reti nak tipu dah 3 kali nyanyi pun lilin x padan. akhirnya dgn bantuan amir ferhan terpadam gak lilin fauzan. KAHHH... KAH...KAH....






hah ini pula menu utk jamuan birthday fauzan. ketupat segera, rendang daging, sambal kacang, ayam masak kuning, bihun goreng, naget ayam, naget sotong dan selainnya adalah biskut raya. selamat menjamu mata. hubby kata aku menu malah sedapppp... suker giler dengar.



26.10.07

bestnyer raya....



alhamdulillahhhh 1 syawal dah berlalu. tapi kemeriahan masih terasa. cuma rasanya tahun ni tetamu yg dtg kurang skit. maybe ramai yg balik kg sbb cuti 1 minggu. kanak2 pun mcm kurang beraya. maybe sbb mak bapak takut nak lepaskan anak2 jln sendiri. agaknya, risau kes arwah nurin berulang. maybe... semuanya kemungkinann...

tp aku ttp rasa meriah. thn ni rumah kulai meriahhh sbb semua famili balik beraya kat kulai. bestt.... pagi raya bestttt siap ada sesi posing2 lagi utk setiap famili sbb cameraman profesional famili kita org ada ( abg azmi -BIL aku. kalau x caya pegi tgk fotopage abg azmi - hatira.foto.pages.com .) kiranya gambar sape yg ada jerlah pagi raya tu. besttt.....

walau apapun aku tetap bengang ngan lampu raya aku, beriya beli lampu lip lap tup tup, warna merah ngan kuning x nyala. biru ngan hijau jer. sakittttttttnyer.. hati, dah x meriah lampu tu bila pasang. tapi aku x kisah, aku pasang gak. yg penting ada lampu.

raya kali ni aku amik kontrak masak rendang daging ngan masak kuah/sambal kacang. biasanya mak mertua yg masak tp sbb aku malas nak buat last minit( nanti tdr lamabt) aku masak. alhamdulillah abang kata ok cuma rendang tu pucat kata abang. menu lain yg menjadi kebiasaaan famili kat johor utk raya ialah ketupat, kari ayam, sambal kacang, rendang dg & lodeh. besttttttttttttt.....

tahun ni tema baju raya kita org hijau lumut. ari tu hubby kata warna x best tapi bila dah siap hubby kata ok. alhamdulillah semuanya ok. cuma aku hampir2 bengang dan rasa mcm hampir serik nak hantar baju kat org tu. bayangkan aku dah hantar lama 4 / 5 bln dulu tapi ptg raya baru siap. peninggggggggg..... tp akak tu jahit ok pula. cuma ianya terlalu lambat. kalau aku nak hantar lagi aku akan pastikan ianya bukan baju raya.

lihatlah gambar2 raya myfamili posing. aksi2 manja hero2ku, fauzan & fayyad + abah yer. luv u allll. luv u so much.... terpikatnyer i tengok jejaka melayu yg lengkap berbaju melayu, bersamping dan bersongkok.

11.10.07

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Insya Allah, sabtu ini seluruh umat ISlam akan menyambut hari raya khususnya rakyat malaysia. dikesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya. maafkan lah segala salah dan silap. halalkan makan dan minum.

salam sayang dari kami sekeluarga,

SAIFUL ABDULLAH
NOOR FAIZAH MOHD FAUZI
MUHAMMAD FAUZAN AMIRUDDIN
MUHAMMAD FAYYAD AMIRUDDIN

4.10.07

22 ramadhan 1428

hari selasa lepas aku ngan hubby amik cuti nak bawa our hero beli baju kurung raya 'backup'. he.... bukan apa, baju raya dah lama aku antar tempah. 3/ 4 bulan lepas. aku beli back up sbb memandangkan bdn2 anak2 ku yg hebat2 belaka risau baju yg ditempah ari tu x muat. ada juga aku call akak tu minta besarkan tp dia dah siap potong baju tu, tp dia akan cuba jahit sebesar yg boleh katanya. minta2lah muat.



lagi pun beli yg back up saje jer utk tukar pakai sbb aku suka tgk lelaki yg berbaju kurung. nampak kemas, segak, kacak dan comel. jadi sempena raya ni aku akan pastikan hero2 ku yg kecik akan mengenakan baju kurung melayu sekerap yg boleh. my hubby x yah cakap, memang sepanjang bulan syawal dia akan mengenakan baju kurung melayu kalau duduk kat umah manalah tau ada tetamu. kalau bulan biasa lepas isyak jer tukar baju rumah tp sepanjang syawal hubby akan berbaju kurung lengkap cuma x pakai songkok ngan samping jelah. aku pun sama, biasanya aku akan pki baju kurung walaupun duduk kat umah sempena syawal. namanyer pun raya. kalau ada tetamu dtg sukerrr dia tgk tuan rumah kemas. kalau selekeh mang mcm x dialu2kan pula.

raya puasa kat johor memag best giler. memang sepanjang bln syawal tu memang raya betulllahhh. kalau mcm kat sabah biasanya 2 minggu jer paling lama, lepastu mcm hari2 biasa. tp kat johor sepanjang 30 hari syawal tu sentiasa ada function. ada org jemput utk rumah terbukalah, utk jamuan raya setiap jabatanlah, nanti setiap unit pun nakbuatjamuan pula, kalau kat tempat kerje aku ni majoriti wad akan buat jamuan raya sendiri. sentiasa ada jamuan. mcm mana kg aku x meningkat.

begitu juga dari segi kueh raya hingga 30 syawal kita org tetap hidangkan biskut raya ngan bagi duit raya kat bdk2 yg dtg umah. soooo.. bayangkanlah duit raya yg perlu disediakan. tp semuanya ikut kemampuan. kalau ada lebih bagilah lebih kalau x cukup syarat jelah. Kahh...kahhh....



tp dari segi hidangan pula, kalau kat johor biasanya hidangkan kuih raya sajer, walaupun utk raya pertama. melainkan relatives, yes dia org hidangkan yg berat2. tp kita org kat sabah x kira siapa yg dtg kita org akan hidang kan hidangan yg kita org nasak utk raya. kalau kat umah aku biasanya sampai raya ke-5 kita org akan masak. raya pertama masak nasi dagang + lauk pauk, lemang segera, kari, rendang dan ayam masak kuning. raya kedua biasanya masak nasi putih lauk kg, raya ketiga biasanya buat ketupat, sambal kacang dan kari ayam. raya ke-4 kekadang nasi ayam dan yg ke-5 nasi minyak. hari2 lain kita org gorengkan mee jelah bila ada tetamu.

walaupun sambutan nyer gaak berbeza sedikit tapi apa yg penting masa raya nilah kita akan berjumpa sahabat handai yg jarang sekali kita jumpa. bila berjumpa akan riuhlah rumahhhh... bestttttttnyer.

raya tahun ni aku beraya kat johor jer. tahun lepas dah raya kat Sabah. aku ngan hubby buat sistem gilir tp sistem gilir yg longgar. mean x semestinyer tahun ni raya jhr, thn depan raya sabah, ikut faktor sekelilinglah. mcm aku dah 2 thn aku beraya jhr baru aku beraya kat sabah, then thn ni aku beraya jhr lagi. aku x kisah sangat raya kat mana yg penting aku beraya ngan hubby dan anak2. walau dimana aku beraya yg pasti mesti ada hubby ngan anak2. rindu pada famili memang ada tp bukan bererti bila x beraya dgn famili sabah aku dah x sayang. sayang aku tetap sama cuma aku mengingati mereka dgn selalu berhubungan, selalu mengingati saat2 bersama mereka dan mereka sentiasa tersenarai dlm doa harian ku. itu cara aku, setiap org ada caranya yg tersendiri.

lagi satu aku amat bersyukur bila raya menjelang ialah perjalanan balik kg. tp bg sesetengah org mereka suka krn bg mereka itu salah satu keunikkan menyambut raya. mcm sekarang aku memang stay ngan mak mertua dan berulang ke tempat kerja setiap hari kulai - jb. jadi bila raya menjelang kita org x payah nak bersusah payah nak packing barang nak balik kg, x payah menempuh jalan yg jam berjam2, x penat beraya dlm perjalanan dan banyak lagi. setengah org sabtu nak raya hari khamis dah kena cuti nak balik awal risaukan jam. kita org esok nak raya ari ni msh blh kerja lagi. memang bestttt...

lagi satu sbb kampung dekat yelah area semenanjung jer, raya pertama kat umah mak mertua raya kedua nak balik umah mak sendiri supaya adil. penat travel jam x hilang lagi dah kena gerak pula. kalau setakat jb melaka bolehlah terima. kena jb - kedah... fuyooooo nangissss oooooooooo. sbb tu aku kata penat beraya dlm perjalanan. mcm aku alhamdulillah amik cuti semingguuu... semingguuu tulah kita org gunakan utk ronda rumah sanak saudara kat jhr. x pyh berebut2 atau terkejar2. mcm tu juga bila aku balik sabah kiranya seminggu cuti utk kita org habiskan kat sabah jer. x yah terkejar2. best......
aku terfikir benda ni sbb masa raya 2005 ari tu, ada mek mertua biras mak mertua aku meninggal kat kuala kangsar, perak. mak agak rapat dan memang kenal jadi mak naklah pergi menziarah. hubby pun kata ok, bersiaplah kita org nak pergi menziarah. dia meninggal pg rayakedua dlm kul 4 pg. kita org pun bertolak dari jhr dlm kul 8 pg sbb siapkan bdk2. bertolak dari jb kul 8 pg sampai k.kangsar dlm kul 6.30 ptg. bayangkan betapa penatnyer perjalanan tu. jadi lambat sbb jln jam ngan hujan. ingatkan jln raya lenggang sbb org beraya, rupanya lagi teruk jadinyer. dah tu ingatkan nak bermalam kat ipoh tp makcik yg sorang tu nak balik juga sbb esok tu ada kengkawan anak2 dia nak dtg beraya dia nak masak. nak tak nak kena teruskan perjalanan. kita org gerak dlm kul 10 mlm dari hentian tapah sampai jb dlm kul 6 pg. betapa penatnyer my hubby. bagi aku itulah pengalaman raya yg plg x seronok dan aku dah serik.

SaiFuL's family