hari selasa lepas aku ngan hubby amik cuti nak bawa our hero beli baju kurung raya 'backup'. he.... bukan apa, baju raya dah lama aku antar tempah. 3/ 4 bulan lepas. aku beli back up sbb memandangkan bdn2 anak2 ku yg hebat2 belaka risau baju yg ditempah ari tu x muat. ada juga aku call akak tu minta besarkan tp dia dah siap potong baju tu, tp dia akan cuba jahit sebesar yg boleh katanya. minta2lah muat.
lagi pun beli yg back up saje jer utk tukar pakai sbb aku suka tgk lelaki yg berbaju kurung. nampak kemas, segak, kacak dan comel. jadi sempena raya ni aku akan pastikan hero2 ku yg kecik akan mengenakan baju kurung melayu sekerap yg boleh. my hubby x yah cakap, memang sepanjang bulan syawal dia akan mengenakan baju kurung melayu kalau duduk kat umah manalah tau ada tetamu. kalau bulan biasa lepas isyak jer tukar baju rumah tp sepanjang syawal hubby akan berbaju kurung lengkap cuma x pakai songkok ngan samping jelah. aku pun sama, biasanya aku akan pki baju kurung walaupun duduk kat umah sempena syawal. namanyer pun raya. kalau ada tetamu dtg sukerrr dia tgk tuan rumah kemas. kalau selekeh mang mcm x dialu2kan pula.
raya puasa kat johor memag best giler. memang sepanjang bln syawal tu memang raya betulllahhh. kalau mcm kat sabah biasanya 2 minggu jer paling lama, lepastu mcm hari2 biasa. tp kat johor sepanjang 30 hari syawal tu sentiasa ada function. ada org jemput utk rumah terbukalah, utk jamuan raya setiap jabatanlah, nanti setiap unit pun nakbuatjamuan pula, kalau kat tempat kerje aku ni majoriti wad akan buat jamuan raya sendiri. sentiasa ada jamuan. mcm mana kg aku x meningkat.
begitu juga dari segi kueh raya hingga 30 syawal kita org tetap hidangkan biskut raya ngan bagi duit raya kat bdk2 yg dtg umah. soooo.. bayangkanlah duit raya yg perlu disediakan. tp semuanya ikut kemampuan. kalau ada lebih bagilah lebih kalau x cukup syarat jelah. Kahh...kahhh....
tp dari segi hidangan pula, kalau kat johor biasanya hidangkan kuih raya sajer, walaupun utk raya pertama. melainkan relatives, yes dia org hidangkan yg berat2. tp kita org kat sabah x kira siapa yg dtg kita org akan hidang kan hidangan yg kita org nasak utk raya. kalau kat umah aku biasanya sampai raya ke-5 kita org akan masak. raya pertama masak nasi dagang + lauk pauk, lemang segera, kari, rendang dan ayam masak kuning. raya kedua biasanya masak nasi putih lauk kg, raya ketiga biasanya buat ketupat, sambal kacang dan kari ayam. raya ke-4 kekadang nasi ayam dan yg ke-5 nasi minyak. hari2 lain kita org gorengkan mee jelah bila ada tetamu.
walaupun sambutan nyer gaak berbeza sedikit tapi apa yg penting masa raya nilah kita akan berjumpa sahabat handai yg jarang sekali kita jumpa. bila berjumpa akan riuhlah rumahhhh... bestttttttnyer.
raya tahun ni aku beraya kat johor jer. tahun lepas dah raya kat Sabah. aku ngan hubby buat sistem gilir tp sistem gilir yg longgar. mean x semestinyer tahun ni raya jhr, thn depan raya sabah, ikut faktor sekelilinglah. mcm aku dah 2 thn aku beraya jhr baru aku beraya kat sabah, then thn ni aku beraya jhr lagi. aku x kisah sangat raya kat mana yg penting aku beraya ngan hubby dan anak2. walau dimana aku beraya yg pasti mesti ada hubby ngan anak2. rindu pada famili memang ada tp bukan bererti bila x beraya dgn famili sabah aku dah x sayang. sayang aku tetap sama cuma aku mengingati mereka dgn selalu berhubungan, selalu mengingati saat2 bersama mereka dan mereka sentiasa tersenarai dlm doa harian ku. itu cara aku, setiap org ada caranya yg tersendiri.
lagi satu aku amat bersyukur bila raya menjelang ialah perjalanan balik kg. tp bg sesetengah org mereka suka krn bg mereka itu salah satu keunikkan menyambut raya. mcm sekarang aku memang stay ngan mak mertua dan berulang ke tempat kerja setiap hari kulai - jb. jadi bila raya menjelang kita org x payah nak bersusah payah nak packing barang nak balik kg, x payah menempuh jalan yg jam berjam2, x penat beraya dlm perjalanan dan banyak lagi. setengah org sabtu nak raya hari khamis dah kena cuti nak balik awal risaukan jam. kita org esok nak raya ari ni msh blh kerja lagi. memang bestttt...
lagi satu sbb kampung dekat yelah area semenanjung jer, raya pertama kat umah mak mertua raya kedua nak balik umah mak sendiri supaya adil. penat travel jam x hilang lagi dah kena gerak pula. kalau setakat jb melaka bolehlah terima. kena jb - kedah... fuyooooo nangissss oooooooooo. sbb tu aku kata penat beraya dlm perjalanan. mcm aku alhamdulillah amik cuti semingguuu... semingguuu tulah kita org gunakan utk ronda rumah sanak saudara kat jhr. x pyh berebut2 atau terkejar2. mcm tu juga bila aku balik sabah kiranya seminggu cuti utk kita org habiskan kat sabah jer. x yah terkejar2. best......
aku terfikir benda ni sbb masa raya 2005 ari tu, ada mek mertua biras mak mertua aku meninggal kat kuala kangsar, perak. mak agak rapat dan memang kenal jadi mak naklah pergi menziarah. hubby pun kata ok, bersiaplah kita org nak pergi menziarah. dia meninggal pg rayakedua dlm kul 4 pg. kita org pun bertolak dari jhr dlm kul 8 pg sbb siapkan bdk2. bertolak dari jb kul 8 pg sampai k.kangsar dlm kul 6.30 ptg. bayangkan betapa penatnyer perjalanan tu. jadi lambat sbb jln jam ngan hujan. ingatkan jln raya lenggang sbb org beraya, rupanya lagi teruk jadinyer. dah tu ingatkan nak bermalam kat ipoh tp makcik yg sorang tu nak balik juga sbb esok tu ada kengkawan anak2 dia nak dtg beraya dia nak masak. nak tak nak kena teruskan perjalanan. kita org gerak dlm kul 10 mlm dari hentian tapah sampai jb dlm kul 6 pg. betapa penatnyer my hubby. bagi aku itulah pengalaman raya yg plg x seronok dan aku dah serik.