14.6.07

bual kosong

rasanya lama gak tak mencoteng dlm blog ni. idea banyak sgt sampai x terconteng. x tau nak luah mcm mana, akhirnya satu apa pun x tertulis :).alhamdulillah setakat ni kesihatan kesemua ahli keluarga sihat walafiat, semuanya sihat. bdk2 jelah selsema sikit tp aktif tetap aktif. adik fayyad dah pandai berjalan. dlm usia yg baru mencecah 9 bln adik dah dpt melangkah sebanyak 5/6 langkah. alhamdulillah. sama mcm masa abg gak dulu. 9 bln dah mula melangkah. terrorlah adik abg. x lama lagi siaplah umah atuk. bila dua2 hero dah blh berkejar-kejaran, dah blh sepak bola, semakin meriahlah rumah. sekarang pun adik ngan abg dah main bola same2. tp adik kejar bola merangkak jelah. bila abg rebut bola adik suka melekek2. adik, abg buat apa pun ok jerrrr....semuanya kelakar.



minggu lepas mlm sabtu ngan mlm ahad kita org dah tidur kat umah cat. fauzan gelar umah cat sbb ari tu setiap hujung minggu kita org pegi umah tu cat rumah. tu yg fauzan panggil umah cat. fauzan suka kat umah cat, masuk umah jer sibuk nak masuk bilik dia. blm ada apa pun lagi cuma abah baru cat ngan letak meja serta kerusi ngan mainan sikit2. langsir pun blm pasang. nanti yer sayang.

kekadang kalau lepas jln2 dia ajak blk umah cat. x nak balik umah atuk. agaknya kat umah cat dia bebas tgk cd. ibu ngan abah sibuk nak layan dia sbb kemas umah, tu yg pasangkan cd spy dia x kacau. nanti adik pun diam jer tgk cd. kalau x asyik nak dokong jer. rumah tu kita org dah dpt thn lepas lagi tapi buat skit2 sbb kita org x berebut nak tggl situ. sekarang pun blm siap sgt. masih banyak yg perlu di buat, perlahan2.langsir bilik ngan dapur blm ada, perabot blk pun blm ada dan banyak lagi. x pe skit2. hanya hujung minggu baru kita org lepak kat situ. tp kalau mlm kita org keluar mesti lalu kat umah tu. x jauh pun dari umah mak.



walaupun umah tu kecik tp puas hati sbb umah sdr. sekurang2nya bayar bln2, duit habis, insya allah umah tu akan jadi milik kita. kalau menyewa, bayar bulan2 duit habis umah x dpt.. tp yelah x semua org mampu nak beli umah. kalau menyewa bayaran memanglah rendah berbanding bayaran kalau beli. terutama kalau loan bank. aduhhhhhhhhhh... kalau aku x mampu rasanya guna bank loan beli umah. kalau beli umah loan bank , nak 10% deposit, tahun ikat lama tp bayaran msh tinggi. fuhhhh sakit. umah ni kita org buat loan gov, banyak kelebihannya. oleh itu sesape yg layak buat loan gov utk beli umah, gunalah kemudahan yg diberikan. banyak faedahnya. l


agi satu sekiranya apa2 jadi kat peminjam, insya allah ahli keluarga kita org dah ada umah utk berteduh. dan apa yg aku tau kalau loan gov ni jika si pemimjam meninggal dunia ahli keluarga x yah bayar/tanggung loan tersebut. ntahlah. harap2lah. sbb tu aku ngan hubby gagahkan juga beli umah. kalau nak tggu ada duit memang x terbelilah jwbnya. tp memanndangkan umur semakin meningkat, kebajikan anak2, kita org pun beli. lagipun kalau beli sekarang masa abis bayar ni kita org dah nak pencen. mean duit pencen nanti x delah kena potong loan umah sbb dah langsai sblm pencen. amannnnn...

SaiFuL's family