5.6.07

cuti sekolah = majlis kahwin

Sempena cuti sekolah yg sedang berlangsung, banyak gak jemputan majlis kahwin yg kita org dpt. jauh dan dekat, sedara dan kengkawan, jiran dan taulan. mana yg mampu kita org pegi, kita org pegi. mana yg x dpt soryy banyak2. setiap minggu ada jemputan (naiklah berat badan). setiap sabtu dan ahad ada jemputan. 02/06/07 ada 3 jemputan tp hanya 2 jemputan yg mampu kita org pegi sbb lagi 1 kat k'tan (pia, i call u mlm x angkat yerr... x kan kul 9.30 mlm dah tido? pengantin baru katakan) he..he.... mula2 gi jemputan dekat umah, jemputan Pak Daud. yg pegi my famili, mak, aida ngan ayil dan nani ( wakil kak ani). dari situ baru kita org konvoi gi jemputan sedara abg kat Felda Lenga, Muar, rumah Tok Elham. jauh gak dlm 1 1/2 jam perjalanan. kita org konvoi 3 kete. bestttt jln ramai2 ngan famili. Tok Cik sekali kita org angkat. sepanjang perjalan fauzan x tido. semenjak abah dah pasang player kat kete kalau jln dekat2 sure x tido. asyik tgk cd. sekarang tgh minat tgk cite The Wild. asyik pasang cite lionnn jer. kalau marah sikit sibuk nak mengaum. apalah pojan ni.


masa kat majlis, adik fayyad dpt kawan baru. ada awek tu asyik ushar adik jer. sampai adik nak gerak pun x leh, dipeluklah, dia peganglah, dia cium pipilah. kelakar betul. ahkirnya adik rimas, merengekkkkkk... yg abg pula sibuk main kat pelamin ngan kak alin ( sepupu yg tua sebulan jer dari fauzan )nak amik gambar pun payah. x duduk diam. abg kalau dah jumpa sepupu dia dah x nampak ibu ngan abah. kalau x asyik "apa bu?" skjp2 cari ibu, cari abah. dlm kete pun duduk ngan kak nani.

sekarang fauzan tgh sukalah sbb sepupu dia ada kat umah. kak sal dari s'ban 2 balik jhr kemarin. kak nani pun ada kita org import dari tmn melor, jb. meriah rumah bila bdk2 ni jumpa.

3hb jemputan kat senai, bekas jiran lama mak. anak dia yg sebaya abg pun kira best prend abg. pegi pun dah agak lewat skit. ingat nak pegi lps zoho tp siapkan bebudak apa semua, dlm kul 3 lbh baru pgi. lepas makan jer hujan pun turun. lebat betulll. abis kete abg baru basuh.

SaiFuL's family