9.11.10

TDI 9th Ihtifal


5 nov 2010 ari tu kita org menghadiri majlis ihtifal fauzan. kali ni tadika dia buat kat The Zon Hotel. Amboiii bukanmain lagi siap buat kat hotel. utk ayyad kena tmbah rm20 n kita org ajak Atuk sekali dan tambah Rm35. utk ibu abah n fauzan dah siap2 masuk ngan bayaran baju, gambar dll ari tu.

Best tgk bdk2 buat persembahan. tp mas persembahan fauzan sedikit sedih sbb fauzan diletakkan kat belakang jadi x nampak sgt. dah tu biler amik gamabr semua blur. almaklumlah ibu yer teramat mahir menggunakan camera. tp saper yg ada camera SLR wahhh nampak mcm best jer sbb dari tempat duduk zoom jer. ngeri tgk zoom yg canggih2 tu. baper rmlah agaknyer yer?

masa fauzan terima sijil ala2 mcm konvo rasa sedh pula ibu yer. ntahlah mcm terharu pun ada gak sbb mcm anak dah besar sangat. tp ku pujuk hatiku itu hanyalah tadika. jadi x yahlah over sangat. Insya Allah kalau ada rezeki biarlah aku rasa terharu biler dia dah besar n berjaya. AMINNN.....

yg kelakar ialah abg ayyad. yelah selama ni dia x pernah pisah ngan abg dier. dia pisah pun masa pegi sekolah itu pun masih bangunan yg sama. jadi 5 hb ari tu fauzan dikehendaki berada kat hotel dlm kul 8 pg. jadi pagi2 lagi they all dah bangun n bersiap. mas isi minyak belikan sikit jajan utk fauzan utk alas perut sbb lum s'pan. tapi nanti s'pan ada disediakan oleh tadika dia. kul 8 pg kita org sampai n nampak cikgu dia tgh tggu bdk2 ni. ada yg dah naik n ada yg baru sampai. lepas salam n cium2 fauzan naik ikut teacher dia. memandangkan kita org belum sarapan hubby ajak b/f kat situ jer. kita org pun naik tingkat 5 n b/f buffet. abg ayyad pula sambil makan sibuk tanya kul baper amik abg. abg tggl kat situ ker? dan banyak lagi soalanmengenai abg. rupernyer member dah rindu abg. kah...kah....

posing masa antar abg fauzan pagi


ayyad posing mas ab/fast

jadi kenalah terangkan ngan abg ayyad. abg ada latihan persembahan sbb nanti kita nak tgk abg selawat masa abg konvo. nanti kita balik rehat2 dulu dah tengahari kiter gi amik atuk n bawa atuk gi umah hotel. nanti lepas abah sembahyang jumaat kita tgk abg dlm pukul 2. nanti lepas abg buat persembahan baru kita amik abg bawa balik. barulah ayyad diam seketika. (seketika sahaja yer)

oleh kerana ari tu ari jumaat n majlis tu x ada no. seat saper dtg dulu blh pilih tempat jadi dlm kul 12 kita org dah gerak gi jb lepas amik mak. sementara tggu hubby sembahyang kita org lepak dlm kereta jer. ayyad n furqan siap tido lagi. ibu ada gak terlelap sekejap.. he..he... siap sembahyang terus gerak gi hotel n buat pendaftaran dan masuk cari seat. mula2 ingat nak duduk belakang tp kang x nampak fauzan maka aku pun gerak kehadapan n kebetulan row ke-5 ada kosong. alhamdulillah nampaklah fauzan.


SaiFuL's family