27.1.12

Tazkirah Jumaat

Fuhhh... sekejap jer seminggu berlalu. aritu rasanya mcm baru jer post salam jumaat, ari ni dah post tazkirah jumaat pula. kat bawah ni aku nak kongsi sedikit ilmu utk semua. aku jumpa kat blog manatah x ingat, aku copy jer.... Selamat Beramal.....


Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.


Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak...

P/S : sedekah yg plg mudah tapi tinggi pahalanya:-



20.1.12

salam jumaat

Salam jumaat. Apa cer? He… lama x update. Ntahlah maals pun yer x ada citer pun yer. Alhamdulillah hari2 ku berlalu dengan indah. Walaupun bak kata hubby ibu ni asyik menjerit jer…kalau kat umah. Tapi itulah salah satu keindahan menjadi seorang ibu. Setiap hari akan berperang ngan anak2. He… kena pula yg kecik skrg semakin rajin mengemas. Kalau aku tgh masak dia tolong aku kemas cabinet. Abis segala neka Tupperware (w/pun hanya bekas butter tp aku ttp namakan dia Tupperware) dia keluarkan dan main). Bila dah boring dia tinggal macam tu jer… aduhhhh… tu yg mak dia jadi tarzan. bila suruh kemas ngan pelat menjawab "na..nak".

X sempat nak kemas yg kat dapur dia keluarjkan pula mainan n sepah kat depan. Aduuiiii lah anak. Tu yg kekadang x boleh nak kawal, jadilah tarzan. Lagu satu tabiat baru adik ialah nak semua benda yg dipegang oleh abg ayyad. Melalak2 nak kan benda yg sama. Tp bila dah bagi dan abg ayyad amik yg lain, yg abg ayyd pegang itulah dia nak juga. Emmmm ibu dah no komenlah.

Ari ni nak citer pasal bekal anak pegi sekolah . ari ni anak2 u all bawa bekal aper? Sure special. Utk fauzan sama seperti semalam bawakan bekal roti sapu butter & nutela. Fauzan kata sedap n kawan2 dia pun suka. Oleh kerana nak cepat ahak… maka bekal fauzan ari ni ulang tayang jer. Alhamdulillah Fauzan anak yg baik, x cerewwet bab bawa bekal. kalau x sempat aku bagitau n bagi duit lebih spy dia blh beli makan lebih skit. walaupun bawa bekal tp duit pun kita org bawakan. x banyak pun cuma RM2 jer. RM1 sek ag & RM1 sek kebangsaan. tp x tentu juga, kekadang duit abis masa sek ag lagi, kekadang x guna masa sek ag dia abiskan sek kebangsaan. kekadang dah balik baru dia guna n siap beli utk adik. pandaiiii abg.

kalau tanya dia lebih suker bawa bekal naget, burger, roti sosej dan seangkatan. kekadang aku bawakan juga tp thn ni aku berazam x nak bawakan fastfood kerap sangat. sprt thn lepas dlm seminggu sure ada naget & burger. tp thn ni x nak buat mcm tu sbb mknn tu x berapa sihat. sejak sekolah baru sekali dia bawa burger utk thn ni. lebih kp roti jer kali ni. goreng2 fauzan x nak mcm nasi goreng ker, mee goreng ker. x tau knp maybe dia krg minat sbb dah sejuk.

inilah bekal fauzan utk semalam ngan ari ni.


+
+

+

+
inilah hasilnya cuma kalau aku aku buang tepi roti sbb fauzan x mamam.

tapi kalau aku bawakan bekal mcm ni rasa-rasa nya sure x makan fauzan. sbb tgklah mata aponge bob tu mcm marah jer kalau nak amik roti tu.k kah...kah...

5.1.12

Hi.. ini fauzan

asalammualaikum. saya fauzan. saya sekarang dah darjah 2. saya belajar di kelas 2 delima. jap yer, saya nak makan pizza dulu.


Haha.... kata2 kat atas tu merupakan ayat2 abg ojan masa kita org latih dia untk menggunakan komputer. tapi masa ni dah mlm lbh kurang kul 10.30 mlm. sekali baru nak cuba2 menaip dgn lbh laju, pizza yg diorder dah sampai. tu yg putus mcm tu jer citer dia. lepas makan biasalah mata dah kuyu, jadi x adalah abg ojan sambung berblogging. kah..kah... comel jer rasanya tgk ojan terkial2 menaip. dah besar anak ibu ni. Luv u sayang. Ibu n abah sayang abg ojan, abg ayyad n baby furqan.

anak ibu yg dah besar, semakin cerdik n semakin rajin membantu ibu n abah.

SaiFuL's family