29.9.08

selamat hari raya 2008

lama x update sbb x ada mood sbnrnya. adalah atas sbb2nyer.
apa2 apa pun aku nak ucapkan selamat hari raya utk semua ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan semua umat islam di mana saja anda berada. semoga raya kali ini membawa seribu makna yang tersirat dan tersurat. selamat hari raya dari aku n famili.


16.9.08

jln2 cari pasal

hee...heee.. topik diatas dipilih sbb angah suke ckp mcm tu. org jln2 cari mkn tp angah jln2 cari pasal. 10 hari di jhr aku sempat bawa my famili pegi angsana, tebrau city, kotaraya, TJ mart , ioi mart, ioi mall n bazar ramadhan di kulai. bazar bkn aku yg bawa pun, angah yg bawa. angah dah tau jln kulai. setakat bazar temenggong ngan terminal no hal punyer.

gambar mami ngan fayyad kat rumah cat.

sebenarnya aku nak masukkan gambar angah ngan bdk2 masa kat angsana tp malas lah pula nak transfer dari hp. jadi jwbnyer kemudianlah yer.





ini usu yang tgh melayan fayyad minum susu.

7.9.08

Puasa... makan...tidur...makan... n makan

aduhhhhh... sepatutnya bulan puasa bulan utk mengurangkan makan. mengingati mereka yg susah, bgmn rasanya lapar agar kita lebih bersyukur lebih menghargai rezeki yg ada. tapi.... puasa kali ini jadi sebaliknya. beli... makan...beli... makan. yg pasti asyik beli dan makan jerlah. kali ini waktu berbuka puasa awal, masak utk berbuka memang x sempat sbb sampai rmh jer dah kul 6.30 ptg jadi memang x sempat. penyudahnyer beli kat bazar. beli dah satu hal biler beli x nak beringat. kuih kekadang sampai 5 jenis. peningg222 aku.

bukannya apa, penyudahnyer aku gak yg mak mente suruh habiskan. mak mente makan memang x banyak. jadi lepas berbuka tu lauk ngan kuih memnag banyak lebih. biasanya balik terawih baru buat air dan makan lagi. tp tetap ada balance. kekadang tu sampai ke sahur sambung lagi. aku gak yg kena... sbb hubby x mkn masa sahur. hanya mkn kurma dan susu jer. maka aku berazam utk tidak membeli mengikut nafsu tp biar nafsu yg ikut akal.

sebabnyer:-
- kocek sakit
- pembaziran sbb lauk x habis terbuang bgt shj
- perut aku pun sakitttttttt ( mkn banyak)
- tp yg penting...pinggang aku lagi sakit... (nnt raya x leh pki kebaya...uwaaa.....)

maka aku berazam hanya akan beli lauk sejenis ngan sayur 1 @ 2 jenis shj. harap2 berjaya lah azam ku ini. he...he...

masa famili sabah ada ari tu kita org sempat berbuka kat luar sebanyak 2 x. pertama kita org mkn kat lapan kati. masa tu sbb dah lewat nak balik umah rasanya x sempat nak masak lagipun my beloved hubby sian kat aku tkt aku penat (luv u sayang) jadi kita org decide berbuka kat 8 kati. masa kita org sampai dlm kul 6.30 ptg hanya ada 2 famili jer iaitu kita org ngan lagi 1 famili. hubby sengih2 jer sbb kata hubby agaknya org x berbuka kat luar sbb baru puasa kedua. he...he... tp bila dah kul 6.50 dah ramai. cuma kita org terawal. sbb kalau masa kat kl ngan UiTM shah alam dulu kalau nak berbuka kat kedai kena book tempat seawal pkl 6 ptg. pernah aku ngan member nak berbuka kat KFC PKNS terpaksa chop tempat dgn letak brg kul 5.30 ptg lagi. kalau lambat x leh pilih tempat. penyudahnyer kita org letakkan brg mcm beg ke buku atas meja lepas tu melilau kat dlm sementara nak tunggu berbuka dan memang ramai org buat cara tu.

satu yg aku suka kat 8 kati ni ialah servis yg cepat ngan makanan yyg sedap dan lain dari kdi seefood yg berlambak bila mlm. sbb tu aku suka. kalau bkn bln puasa pun biasanya selepas 10 mnt order biasanya mkn dah sampai.
rupanya ayah sabah mcm musykil jer bila kita org ajak berbuka kat 8 kati sbb nama kdi tu lain mcm jer kata ayah. sebenarnya 8 kati ni kedai chinese muslim. pernah berborak ngan bos dia, dia yg ckp dia msk islam. business kad pun tertulis bin Abdullah.

kita org order ikan siakap msk sweet sour, ayam lemon, udang butter, chap chai ngan tomyam campur (alamak.. air liur nak meleleh) he..... ikan besar, ayam, udang, tomyam n chap chai semuanya size M. mkn memang puas hati. aku suka hubby pub suka. kita org mkn utk 6 org dewasa ngan 2 kanak2. kurma disediakan. semuanya baru RM123 itupun tercampur ngan bil air meja sblh rm2.50. aku x perasan tp c angah yg perasan. biasalah org kerja bank ni bab duit perihatin. tp x pelah sbb dah sampai rumah baru perasan. terlebih bayar sikit x pe jgn terkurang byr.masa berbuka kat 8 kati pun they all siap bukan kan radio best 104 jadi kita taulah masa berbuka.

berbeza ngan kedai seefood tempat kita org berbuka kali kedua. kali ni hubby dgn ajak mak mente n adik ipar & husband dia sekali. kita org berbuka kat A...N Seefood. biasanya kedai ni memang masak sedap dan murah. tp kiranya kali ni 1st timelah nak berbuka kat Azlan. kita org sampai dlm pkl 6.40 terus order. org dah memang ramai. tp hampehhh tul services masa tu.
- jam dah pkl 7.15 mlm tp org rmi masih tertoleh2 teragak2 nak berbuka sbb ikut time 7.10 dah masuk tp azan x kedengaran. itu kira kedai melayu.
- air pun lambatnyer sampai. kita org berbuka ngan kurma dulu 5 minit kemudian baru air sampai.
- nak tunggu mknn air dah habis baru mknn sampai. kiranya mknn sampai lbh kurang pkl 7.40 mlm. makkk aiii lambat nyer
- dahlah makanan lambat, rasa pula x ada. agaknya sbb org rmi sgt jadi masak tu dah berubah. memang jauh beza ngan yg selalu kita org mkn. yg ketara sekali telur bistik. beza betul rasanya.

apapun mknn semuanya habis sbb lapar. dan bil yg hubby byr mlm tu ialah RM190 utk 9 org dewasa dan 2 org kanak2. aku cuma x puas hati sbb rasa x sedap. dari segi harga kalau sedap ok sebenarnya.

1.9.08

Selamat Berpuasa 2008


Tahun ni famili sabah berpuasa di jhr utk 1 minggu. yahooooo!!!! dah lama x berpuasa ngan famili. yelah last berpuasa bersama thn 2006 masa kita org blk beraya kat kg. lagipun bkn senang they all nak berpuasa tmpt lain. dptlah aku masakkan sahur utk famili. walaupun gorengkan ikan ngan masak sayur air jer tp besttttt.... n puas. famili sbh kalau sahur jarang sgt mkn pedas2, rempah atau lemak. kalau famili kulai x kisah. kari pun ok, masak lemak pun ok, goreng pun ok. aku???? seperti biasa semua pun okkk... he... bak kata my hubby "ibu sentiasa berselera... kah2" tp kalau x nak perut pedih aku mesti mkn kurma ngan minum susu masa sahur. kalau x mkn n mnm susu n kurma nnt perut rasa semacam jer. silap2 haribulan boleh berbuka pukul 12 tghri. kah...2x tp alhamdulillah setakat ni x pernah jadi lagi. ada gak terfikir kalau masa perut tu pedih2 tp bila ingat pahala berpuasa bln ramadhan yg banyakkkkkkkkkk...... ngan nak mengganti. aduhhhh x rugi aku menahan pedih perutku sekejap.

ingatkan thn ni dpt puasa penuh. tp nampaknya x dpt. setakat ni dah 3 hari kena ganti. skt org pompuan. yg aku kelakar biler berbuka fauzan ngan fayyad pula yg beriya mkn kuih. kalau ada epok2 (karipap) n tako dah oklah tu. apa2 pun. aku sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu kenikmatan, keberkatan dan kebahagian dlm hidup kita.


Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1428 Hijrah


saiful abdullah, noor faizah mohd fauzi, muhammad fauzan amiruddin bin saiful, muhammad fayyad amiruddin bin saiful

SaiFuL's family