aduhhhhh... sepatutnya bulan puasa bulan utk mengurangkan makan. mengingati mereka yg susah, bgmn rasanya lapar agar kita lebih bersyukur lebih menghargai rezeki yg ada. tapi.... puasa kali ini jadi sebaliknya. beli... makan...beli... makan. yg pasti asyik beli dan makan jerlah. kali ini waktu berbuka puasa awal, masak utk berbuka memang x sempat sbb sampai rmh jer dah kul 6.30 ptg jadi memang x sempat. penyudahnyer beli kat bazar. beli dah satu hal biler beli x nak beringat. kuih kekadang sampai 5 jenis. peningg222 aku.
bukannya apa, penyudahnyer aku gak yg mak mente suruh habiskan. mak mente makan memang x banyak. jadi lepas berbuka tu lauk ngan kuih memnag banyak lebih. biasanya balik terawih baru buat air dan makan lagi. tp tetap ada balance. kekadang tu sampai ke sahur sambung lagi. aku gak yg kena... sbb hubby x mkn masa sahur. hanya mkn kurma dan susu jer. maka aku berazam utk tidak membeli mengikut nafsu tp biar nafsu yg ikut akal.
sebabnyer:-
- kocek sakit
- pembaziran sbb lauk x habis terbuang bgt shj
- perut aku pun sakitttttttt ( mkn banyak)
- tp yg penting...pinggang aku lagi sakit... (nnt raya x leh pki kebaya...uwaaa.....)
maka aku berazam hanya akan beli lauk sejenis ngan sayur 1 @ 2 jenis shj. harap2 berjaya lah azam ku ini. he...he...
masa famili sabah ada ari tu kita org sempat berbuka kat luar sebanyak 2 x. pertama kita org mkn kat lapan kati. masa tu sbb dah lewat nak balik umah rasanya x sempat nak masak lagipun my beloved hubby sian kat aku tkt aku penat (luv u sayang) jadi kita org decide berbuka kat 8 kati. masa kita org sampai dlm kul 6.30 ptg hanya ada 2 famili jer iaitu kita org ngan lagi 1 famili. hubby sengih2 jer sbb kata hubby agaknya org x berbuka kat luar sbb baru puasa kedua. he...he... tp bila dah kul 6.50 dah ramai. cuma kita org terawal. sbb kalau masa kat kl ngan UiTM shah alam dulu kalau nak berbuka kat kedai kena book tempat seawal pkl 6 ptg. pernah aku ngan member nak berbuka kat KFC PKNS terpaksa chop tempat dgn letak brg kul 5.30 ptg lagi. kalau lambat x leh pilih tempat. penyudahnyer kita org letakkan brg mcm beg ke buku atas meja lepas tu melilau kat dlm sementara nak tunggu berbuka dan memang ramai org buat cara tu.
satu yg aku suka kat 8 kati ni ialah servis yg cepat ngan makanan yyg sedap dan lain dari kdi seefood yg berlambak bila mlm. sbb tu aku suka. kalau bkn bln puasa pun biasanya selepas 10 mnt order biasanya mkn dah sampai.
rupanya ayah sabah mcm musykil jer bila kita org ajak berbuka kat 8 kati sbb nama kdi tu lain mcm jer kata ayah. sebenarnya 8 kati ni kedai chinese muslim. pernah berborak ngan bos dia, dia yg ckp dia msk islam. business kad pun tertulis bin Abdullah.
kita org order ikan siakap msk sweet sour, ayam lemon, udang butter, chap chai ngan tomyam campur (alamak.. air liur nak meleleh) he..... ikan besar, ayam, udang, tomyam n chap chai semuanya size M. mkn memang puas hati. aku suka hubby pub suka. kita org mkn utk 6 org dewasa ngan 2 kanak2. kurma disediakan. semuanya baru RM123 itupun tercampur ngan bil air meja sblh rm2.50. aku x perasan tp c angah yg perasan. biasalah org kerja bank ni bab duit perihatin. tp x pelah sbb dah sampai rumah baru perasan. terlebih bayar sikit x pe jgn terkurang byr.masa berbuka kat 8 kati pun they all siap bukan kan radio best 104 jadi kita taulah masa berbuka.
berbeza ngan kedai seefood tempat kita org berbuka kali kedua. kali ni hubby dgn ajak mak mente n adik ipar & husband dia sekali. kita org berbuka kat A...N Seefood. biasanya kedai ni memang masak sedap dan murah. tp kiranya kali ni 1st timelah nak berbuka kat Azlan. kita org sampai dlm pkl 6.40 terus order. org dah memang ramai. tp hampehhh tul services masa tu.
- jam dah pkl 7.15 mlm tp org rmi masih tertoleh2 teragak2 nak berbuka sbb ikut time 7.10 dah masuk tp azan x kedengaran. itu kira kedai melayu.
- air pun lambatnyer sampai. kita org berbuka ngan kurma dulu 5 minit kemudian baru air sampai.
- nak tunggu mknn air dah habis baru mknn sampai. kiranya mknn sampai lbh kurang pkl 7.40 mlm. makkk aiii lambat nyer
- dahlah makanan lambat, rasa pula x ada. agaknya sbb org rmi sgt jadi masak tu dah berubah. memang jauh beza ngan yg selalu kita org mkn. yg ketara sekali telur bistik. beza betul rasanya.
apapun mknn semuanya habis sbb lapar. dan bil yg hubby byr mlm tu ialah RM190 utk 9 org dewasa dan 2 org kanak2. aku cuma x puas hati sbb rasa x sedap. dari segi harga kalau sedap ok sebenarnya.
No comments:
Post a Comment