22.4.10

kelas memasak Fauzan

ari tu balik dari sekolah fauzan bgtu ada surat dari teacher dier. biler baca rupenya tadika dier nak buat aktiviti ala2 memasak gitu. tapi ari tu aku tanya teacher dier saper yg msk, teacher dier yg msk, bkn kekanak tersebut sbb risau gak masak2 guna api ni, bahaya. teacher buat demo, student tgk jer. ikutkan surat tu fauzan kena bawa 500 gm sweet corn & 1 kitchen towel. tp abah yer kata x per beli je lbh jagung tu. n aku pun belilah 1 kg. ada yg kena bawa butter, ada yg kena bw susu pekat, coklat masak, burger dan mcm2 lagilah. aku n hubby agak kump. fauzan masak corn in cup sbb kalau tgk bhn2 yg tersenarai mcm nak buat tu. ada gak kump. yg buat burger n maybe ada gak yg nak buat kek/biscuits sbb minta coklat masakan.

jagung n towel tu dah bagi semalam, sbb xtiviti masak tu they all buat esok jumaat, jadi bhn kena bagi awal. kalau dpt amik gambar sure best tp ibu n abah kerje jauh jadi x adalah gambar. lagipun aktiviti tu buat kat sekolah dier jer. rasanay x ad parents yg involve.

kitchen towel

ruper jagung yg dibeli

taraaaaa.... dah siap.

P/S = corn + kitchen towel = corn in cup... musykillllll emmmmm....

aktiviti hujung minggu

entri lama yg terlupa nak post... he...

seperti biasa, hujung minggu kita org akan bawa bdk2 berjalan. xkisahlah saja2 jalan ker, jalan2 sambil cari barang ker, jalan2 sambil berbelanja utk dapur ker tp biasanya akan kuar. kalau x pegi yg jauh sikit pegi yg dekat jer iaitu tesco kulai, 33 minit jer dari rumah aku kalau naik kete, kalau jalan kaki berpeluh gak ketiak. he..he....

dah siap semua sementara nak tunggu hubby panaskan enjin kete, aku pun posing. camerawomen ada, sape lagi kalau bkn usu. he..he... posing...



kali ni kita org nak gi tesco tebrau, sambil berbelanja barang dapur, bawa bdk2 jalan2. usu pun ikut sama. asyik buat tesis jer, hahhhh... keluar lah gak sekejap amik angin. kita org kuar awal sbb kalau tghri dah tghri skt jer org dah dah ramai sangat. nak jalan pun susah,lagi satu x suker sgt keadaan yg sesak. lagi pun kuar awal blh blk awal n reha kat umh. lagi satu yg aku suker tesco ni sbb dia buka awal, kul 8.30 / 9 pagi dah buka, selain harga brg yg lebih murah. masa sampai kat sana, hubby jumpa kawan dier tgh promote alza. so sambil they all borak aku n usu posingggg.. layannn....tp sikit jer. he..he...



ini masa on the way nak gi tebrau.

20.4.10

VIVO



semalam lepas cek bb dah lamabt. kul 5.30 baru siap sbb betapa ramai nnyer user klinik kesihatan kini. seperti biasa, abang sure lapar balik dari sekolah. memandangkan hujan jadi kaedahnyer mknlah tempat yg x kan kena hujan. mana lagi mknlah kat tesco kulai. mula2 abg x nak sbb ingat nak makan kat food court dia tp pjk dier n ckp mamam kat vivo. kalau vivo abg suker maybe sbb byk plhn.

sampai tesco abg ayyad pula sibuk nak makan KFC. aduuuuhhh aiiii. kalau fast food KFC, McD, Pizza n marrybrown ni mcm dah x berapa menariklah. makan blh makan tp x tau mkn apa sbb perasannya cm dah kerap sgt. aku tau x sht tp dah x tau nak bw bdk2 mkn apa sbb setiap kali blk sekolah mesti makan dulu. nak tggu ibu masak blh tp kkdg tu kesian sbb dah lewat nak tggu bb tdr dulu baru blh masak. tp kekandang sbb dah jemu mkn luar lambat pun lambatlah ibu mskkan gak yg simple2.

so semalam kita org mkn kat VIVO, antara menunyer ialah :-

1/beef lasagna - baru nak cuba tp rasanya tekak we all prefer mknn yg lainlah.lasagna tu x ada gambar.

2/ pizza hawaiii kot - amik yg 4 slice jer. kang bebanyak, ibu gakkk yg abiskan, he...he.. alasan x nak membazir.inilah hawaii pizza. oklah not bad


3/ calamari & onion ring - abg ayyad yg suker
calimari fauzan n fayyad makan , onion dier ibu yg makan..he..he...

4/ garlic bread - abg ojan nak ini garlic bread pojan n payyad suker


5/ blueberry pizza with ice cream - dpt free sbb ari tu mkn lbh rm50 dia bg kupon.
blueberry pizza with ice cream. yg ni best fauzan pun suker. for me sedapppp




yg ini pula antara mamam yg pernah dirasa n not bad. dicadangkan anada mencuber nyer yer.
Sweet Cheesy Snack Pizza - sedap rasa dier manis2.

Tropical BBQ Chicken Chop - ayam dier sedap. hubby suker mam

panini tuna with mayo n biasanya i amik roti parmesan origano. he..he.. nice. i like

7.5 kg

semalam bawa bb furqan pegi klinik. aku cek kat klinik kerajaan jer. aku cek kat klinik kesihatan bkt Liki, kulai. w/pun jauh dari tempat kerja tp layanan masih blh dikira ok berbanding ngan cek kat tempat kerja sendiri tp layanan hampeh. w/pun u staff tp samer je. jadi baik pegi tempat yg x menyakitkan hati. he...he... lagipun bb furqan kat kulai so cek kat kulai jelah.

semalam kira cek utk 4 bln, x ada jarum. so timbang jelah. alhamdulillah bb pun sht n smlm tmbg berat furqan dah mencecah 7.5 kg. he...he... kata s/n tu kira semangat tp msh dlm line ok. x over weight lg. kira oklah tu.


bb furqan, manja ibu n abah.

usu, furqan n ayyad. jln2 makan angin

bb yg dah suker senyum biler kena agah

9.4.10

trip zoo saleng



ini gambar fayyad masa pegi zoo ikut trip taska dier ari tu. masa tu ari kerje jadi ibu n abah x dpt nak ikut n amik gambar. siannn abg ayyad. sib baik ada sorang ibu yg anak dier pun sama ngan fayyad ikut serta rombongan ni. yer cikgu jadi masa ni cuti sekolah tu yg yer blh ikut. Tq cikgu azriffa sbb bagi gambar ni. maka adalah gambar fayyad 1 kpg. yg last year punyer trip sepatutnya fayyad ikut, dah siap bayar. tup2 sampai masanyer ibu luper tipp tu, so abg ayyad x ikut pun trip tu. he..he...

tp sblm ni kita org pun dah pernah masuk zoo saleng. kena bayar rm12 sorang. tp masa tu ibu n abah jer kena, abg2 x kena pun. FOC jer. kalau x kena rm8 sorang rasanya. he.... aku pun x tau naper aunty tu bagi FOC pd bdk2. kalau aku x silap zoo ni zoo persendirian. kebanyakkan binatang dier pun nampak mcm dah uzur n x aktif. tp kira ok gaklah sbb banyak bntg. cuma yg aku x puas hati ialah.. astagfirullahhhhh.. banyak giler nyamuk. masa we all pegi tu mmg banyak. sbb tu masa fauzan n fayyad ikut trip zoo ni aku siap sapukan losyen anti nyamuk n siap beli yg patch punyer tampal kat anak2. rupenyer sekolah dier pun ada sapukan losyen ni sb,m masuk zoo tu. sbb tu balik dari zoo aku cek x ada gigitan nyamuk. alhamdulillah. bukan apa, aku tkt sbb nyamuk nikan salah satu agen pembawa penyakit. selisih...he....

kat sini aku nak ucapkan tima kasih kat cikgu azriffa sbb e-mel kan aku gambar ni.
tq cikgu azriffa Sabri.

maggi saya sudah kembang


he..he.... ntri ni x ada kena mengenapun ngan alex raja lawak, cuma sajer jer nak tulis pasal maggie. semalam abah yer ada game futsal. ibu pu apa lgi buat menu yg simple jerlah.( kalau Ada abah dier pun msk yg simple jer...kah...kah....) mulanya rcg na masak ikan bawal tomato n telur kicap jer lepas tidokan bb. tp semalam agak nya cuaca sedikit panas + bahang, baby x nak tido awal. smpi kul 8.30 mlm pun lum tido sudahnyer ibu masak maggie jer utk abg fauzan n telur separuh masak 2 bj utk abg ayyad. lagipun dah lama x mkn maggie jadi blhlah masak. abg ayyad x nak mkn maggie / nasi may be sbb blk sekolah dah mkn roti sosej. abg fauzan pula mesti nak mkn yg berat2 nasi/ maggie. lepas msk jer n hdg utk abg2 bb pun bgn, agaknyer sbb smlm cuaca panaslah. layan punyer layan kul 10.40 baru tido. sian bb x dpt rehat.

8.4.10

furqan dah pandai tiarap

semalam, baby furqan berumur 4 bln 7 hari. n semalam gak ibu n abg fauzan nampak bb furqan meniarap. masa tu ibu tgh tlg abg fauzan buat h/work. sekali tgh2 riuh mulut furqan alih2 jer dia tiarap. ibu n abg fauzan punyer sorak sbb excited. comelllnyer kata abg fauzan. he....he.... tp nak pusing balik lum pandai. he..he.... setelah penat ibu pun terlentangkan balik bb furqan. besttt nyer dpt tgk benda yg mcm tu. yelah 1st time tiarap ker, 1 st time merangkak ker dan sebaginyer.






SaiFuL's family