31.5.10

JJCM SG. Danga

abg ayyad posing

cuti yg panjang sempena wesak ari tu x ada pegi mana. hanya pegi tesco belanja brg dapur. tp seperti biasa ajak bdk2 pegi jauh sikit. kali ni kta org pegi tesco bukit indah n lepas beebelanja hubby ajak mamam kat Sg. Danga sbb kat situ ada beberapa tempat mkn seafood yg famous. maka dlm kul 9.30 mlm kita org pun gerak dari tesco bkt indah pegi ke sg. danga. tapi sekarang jln ke sg. dangan tu tgh buat n pegi pun malam dan 1st time jadi hubby x brp pasti jalan sebenarnya. jalan2 punya jalan aku nmpk sign board damai seaafood, aku pun ckp ngan hubby sbb rasanya mcm pernah dengar nama tu. rupanya aku pernah tgk JJCM yg lama n dia pernah singgah kat situ. maka kitaorg pun masuklah ke dalam sikit n nampaklah tempat makan yg meriah ngan lampu2 n kereta yg banyak giler. wahhhh... ramainya pelanggan. tp menurut my hubby tempat yg dia nak bawa sebenarnya dipanggil kelong tp dia x syre jalan. x pelah cube jelah.

pemandangan depan seafood restoran

rasa mcm excited gaklah, terbayang udang butter atau udang nestum yg pasti sedap kat tempat2 mcm ni.. ditambah pula ngan tempat makan yg dihias menarik n gan lampu2 yg meriah. kita org pun masuklah kedalam. tapi masa melangkah masuk tu rasa mcm ganjillll jer sbb kebanyakkan pelanggan tu tgk jerrr... aku ingat aku jer perasaan tp hubby pun perasaan. kita org x sure sebab musabab they all tgk beriya. tgk fauzan n fayyad yg ala2 kembar org kata. sbb malam tu they all pki baju samer. ntahlah, malas nak pikir. kita org jln jer cari meja kosong. kelihatan yg dtg makan kat sini kebanyakkannya family yg ramai2 gitu. sbb bila tgk setiap meja org dewasa sure lebih dari 4 org. rasanya mcm they all janji jumpa n dtg ramai2 mkn. patutlah beriya tgk aku n hubby agaknya musykil sbb family kita org sikit. agaknya yg dtg situ hanya sekali sekali belanja family jer. ntahhhlah.

tp malangnya services x berapa bestlah. dah duduk lebih kurang 15 mnt x ada saper yg dtg order. ker aku n hubby yg salah sistem. aku pun bangun n panggil adik tu order. memang nampaklah busy giler pekerja2 dier tp kenalah allert pelanggan yg dtg. bila tgk menu oklah seperti biasalah seafood punyer menu. tp sebelum order bdk tu dah ckp siap2 yg lambat sbb ramai pelanggan. tanya brp lamabr dia pun x tau nak agak. hubby mcm dah x puas hati. tp aku order gak sbb tkt bdk2 ngaruk2. we all order udang butter sprt cdgn bdk tulah, yg kat situ terkenal ngan butter prawn. aku order M size sbb bdk2 suker. bdk tu kata banyak sgt sbb S pun dah banyak. dia suruh aku order yg kecik jer. aikkkkk... emmmm tp aku order jer M size sbb aku lbh memahami anak2 aku. pastu order tomyam campur yg kecik, lemon chicken kecik n ikan 3 rasa. tanya adik tu ikan apa yg ada? mula2 dia kata x pasti, tp biasanya siakap n kerapu. pastu kita org orderlah siakap n tanya dia mskn apa yg sedap. "biasanya 3 rasa atau sweet sour", maka kita org pun order siakap 3 rasa. bdk tu pun kata ok sbb siakap murah. aikk... knplah dia jawab mcm tu. x suka..x suka...x suka.

abg ayyad sempat posing sebelum balik masuk kereta

setelah tunggu dlm >< 40 minit makanan pun sampai. sekali tgk udang butter x adalah banyak manapun. oklah pada aku. kita org pun mamamlah tp abg ayyad hanya mkn 3/4 suap sahaja pastu x nak. sure x kena selera. apa yg pasti pada lidah aku x berapa power. maybe lidah org lain tu kena kotttt... ntahlah. udang butter drp 5 star aku bagi 2 star sajer. tom yam x ada rasa tom yam sgt. manisss.... ikan siakap 3 rasa pun kuah dia pekat mcm terlebih tpg jagung. rasa pun x ada rasa pedas. ikan dia sedap kuah dia x sedap. lemon chicken bolehlah. abg fauzan banyak ratah udang jerr...
emmmm... maybe tersalah orderlah tp kata bdk tu itu antara yg terkenal kat situ. x suker....x sukerrr.... dah mamam kita org pun bayar bil. sekali bayar amik engkau RM135. ikan tu RM60 seekor. makkk aiiii... rasa mcm x berbaloi harga + rasa makanan + pelanggan yg ramai giler. aku n hubbyyy x kisah sgt pasal harga, sesekali belanja family mkn yg mahal apa salahnya. tapi pastikan sedapppp... supaya berbaloiiii ngan harga diaaaa. setakat rasa mcm tu rasanya makan udang Butter 8 kati, kat kulai lagi berbaloi. dlm masa 10 mnt hidangan dah siap terhidang panas2. layanan pun mesra. tp x pelahhh sekurang2 nyer we all dah tau mana nak makan mana x berapa patut pegi makan. he..he.. insya allah next time cari yg kat kelong pula.


abg pozan n abg ayyad sibuk nak makan atas bot ni sbb dia nampak ada kerusi kat situ.

KEM PLKN PTH KLUANG, PADANG HIJAU,

14.5.10

Family outing - Day 3

.
ari ketiga adalah masa utk check out. utk b/fast kitaorg mkn yg berat punya. mkn roti ngan omelette n nasi + sardin kicap mak masak nyummmm... n tambah ngan telur kicap. 4 my hero ibu masakkan telur kicap resepi keluarga (tp org lain pun blh mkn gak bukn utk my hero jer..) kah...kahhh...kalau x hero yg besar tp perasan kecik (fayyad) x nak makan sangat. dah jadi abg tp msh membahasakan dirinya adik. yayang comel ibu, manja abah. setelah siap berkemas n sebagainya, ngam2 kul 12 tghri aku serahkan semula kunci RPP. TQ Rumah Peranginan Persekutuan. Penginapan memang best.

setelah selesai acara menyusun n menyumbat brg kat bonet kete masing2, maka bermulalah sesi yg ditungguuuu..tungguuu.... apalagi sesi bergambarlah. wakakaka....posing jgn x posing cuma dlm gambar ni x ada ucu sbb ucu x larat demam + semput. stay dlm kete. gambar family pun ucu x amik



DAY 3

Family outing - Day 2

DAY 2



hari kedua kiranya ari utk berjalan2 sekitar CH. dan Uda yg akan jadi touris guide sbb dia pernah sampai kat situ. dari segi jalan okay, x jam sangat. kuar dari rumah penginapan kita org pegi SG. Palas tempat teh jenama BOH. tp oleh kerana kitaorg x familiar sgt ngan tmpt ni n our TG dah gerak meninggalkan kita org, kenalah beli peta CH spy memudahkan pergerakan.

jenama BOH ni jgn x tau itu adalah malaysia punyer product n asal dari CH. Bangganyer... terletak >< 15km dari RPPCH. masa dah masuk jln dalam agak mencabar. masa dah nak sampai hujung hanya 1 kete jer muat n kalau berselisih kete lain pandai2lah adjust. sampai situ ada tempat minum teh BOH n ada jual souvenier, teh jenama BOH pelbagai perisa n mesin proses teh BOH yg lama. tp kita org x minum sbb tmpt duduk dah penuh lagi pun baru lepas sarapan nasi lemak. (nasi uda masak, sambal tumis mak masak dari kulai, ikan bilis n kcg tnh aku bawa siap dari kulai) nyummmm...nyummmmm jadi posing2 n jalan2 jelah. tp mengikut usu sbb usu ari tu dah pergi ikut trip fakulti alam bina, UTM dia ada lagi satu tempat BOH yg menarik yg baru sikit. design bgnn dier pun lawa kata usu.

kita org posing sekitar tu jer sbb nak masuk celah2 teh tu mcm susah skit sbb masing2 membawa askar2 kecik. he..he.... hubby siap belikan baju t-shirt utk abg2, baju BOHman. aku suker, nampak nice jer tp abg ayyad x nak sbb dia takut. tgk pun x nak n asyik ajak balik. apalah abg ayyad. sampai ni pun dia masih x nak pki baju tu. nmpknya runggulah furqan besar sikit blh pki. hee..he....


lepas posing bagi kat Sg Palas kita org pun gerak ikut our TG. sekali our TG x dpt meneruskan perjalanan dahhh... sbb askar2 they all ada yg x sihat. jadi nmpknya secara x rasmi my hubby pun jadi TG n aku asst. TGlahhh. ayooo...,maner nak pegi kata hubby sbb we all x tau jln2 n tempat2 yg best kay CH ni. sblm dtg pun x ada buat research.wahhh... mcm nak amik PHD gitu buat research. so... aku cdgkan kita org jln jer, kalau nmpk tmpt yg best kita org singgah. kiranya kita org pun jln2 maka tersinggahlah kita org kat Big Red Strawberry CH. kalau tgk peta CH, Big Red Strawberry adalah salah satu tmpt yg dicadangkan.
tmpt tu ok sbb bersih n teratur. pkk2 strawberry n tomato dia pun tanam secara organik jadi tersusun n kemas jer. ada bunga2an sikit n ada kaktus skit. kalau ikut iklan situ blh petik sdr stbrry n tmt tp x ada pun main petik2 strawberry sbb org rmi jadi strawberry n tomato yg merah2 dah abis. mak mente aku siap beli salad lagi. 3 pokok rm5 jer. segar n murah. kalau kat luar rm5 1/2 pokok. emmmm... sib baik aku x brp mkn salad, bkn apa biler makan salad, sekali kunyah pening 1/2 jam. kalau makan nak 5 kali kunyah x 1/2jam takkan ker bersamaan ngan 2jam 1/2 pening. itu baru salad, nasi lagi., baper lama nak siap makan? jadi aku amik kesimpulan x perlah, x yah mkn salad. he... (apa yg aku membebel ni?)


TAPI.. banyaknyer tapi. apa yg aku serik nak ke sana ialah jalan keluar dari BRS tu. kaedahnya bagus, one way semua masuk dari satu jln n kuar jln yg lain. tp jln kuar tu bukit kena panjat, astafirulllahhhhhh...mengucap aku tgk. x pernah aku nmpk bukit yg curam mcm tu, panjat dah tinggi satu hal, sekali nak turun.. ituuuu dia... pun curam gilerrrr.... aku dah x sempat nak amik video sbb terkujatttt banget. turun2 jer ada bengkel kat tepi hujung jalan tu n bersidailah kete2. nampak sgt dah banyak kete yg tercabar ngan bukit tersebut. (Kayaaaa ler tauke kedai tu sbb naikkan harga spare part n services.) saper yg rasa2 nak mencabar skill memandu kete blhlah melawat BRS tu.

lagi satu masa pegi situ ingat naklah cuba makanan & air berasaskan strawberry, ada milk shake strawberrylah, waffle with strawberrylah tp hampehhhhh... sampai balik kita org kuar ngan tekak yg kering sbb masa cuti org ramai, dahlah ramai management cafe lembab nak ma.......beratur panjang n lambat giler buat order. so bye..byeeee jelah.

oleh kerana masa pun dah melepasi waktu tengahari n nasi lemak sarapan tadi pun dah hadam dlm perut kita org pun geraklah mencari pengalas perut. alas jerrrr... hee..he... pusing2 punyer pusing kitaorg mkn kat food court kat pekan Brinchang. kedai ok, banyak pilihan tp biasalah tmpt peranginan agak sdkt mahal. apa2 pun TQ long sbb belanja lunch kita org ari tu. lebih RM 150 gak rasanya utk makan nasi ayam + air bg 12 org mkn. emmmm....

lepas mkn kita org sggh kat gerai2 kat situ n beli sdkt c/hati kenangan dari CH. kat sini agak murah. magnet tu rm10 dpt 4, kompare ngan kea farm magnet yg sama rm10 3 jer. balik umah mandi2 n rhat dan bersantai sambil tggu dinner. n mlm uda buat xtiviti utk kanak2. lisa - sing performance, lily, nadia, allin n nani - sesi teka teki, amir n aiman x perasan apakah persembahannya. fauzan n fayyad biasalah pemalu macam mak dia x buat pun persembahan. tapi party pack tetap dpt. TQ uda sponser party pack yg ada pelbagai mainan n jajan dlm tu. bdk2 sukerrrr sangat. plan asal nak beli kek tp krn makanan dah terlebih maka cancel beli kek. our dinner mlm tu ialah burger + fries. cheff mlm tu ialah Ucu ngan bantuan bibik uda.

12.5.10

family Outing - Day 1

1-3 mei 2010

Cuti HAri Buruh ari tu kiranya hari keluarga kulailah. thn ni kitaorg lepak kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Hihlands, thn lepas dah lepak kat RPP Bukit Fraser. Aku berkobar2 nak pergi sbb tmpt pelancongan, sure best, lagipun aku x pernah sampai. kalau anda kktgn kerajaan pst tahu btp susahnyer nak book RPPCH ni. maybe nasib baik ari tu masa aku booking dapatlah pulak. aku booking dlm bln 3/4 2009 kalau aku x silap. tp memang awal giler. masa booking tu pun kira booking jer x terus bayar sbb kot2 aku or hubby kena attend meeting/kursus/seminar dan sebagainya masa 1-3 mei tu saper tau. jadi masa booking x lah menaruh harapan sgt. tp alhamdulillah nampak semuanya berjalan lancar.

TAPIIIIIII.... nampaknya aku salah pilih tarikh masa booking tu sbb 1 mei adalah cuti buruh n jln masa tu memang jammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm............ sangat. bayangkan sepatutnya perjalan seawal pagi 9 pg dari jb sepatutnya blh sampai dlm kul 5 ptg kat cameron tp kerana jam yg teruk dari kg. Raja kita org smpi dlm kul 11 mlm kat RPP cameron highlands. smpi kat kg raja dlm kul 4.15 ptg, ingat pukul baper sbb masa tu fauzan tanya dah kul baper. sblm jln dah pesan siap2 kat abg2 mlm tu kena tido awal sbb esok nak gi umah hotel. bgtu dia yg umah htl tu jauh, gerak pagi dlm kul 4 atau 5 ptg baru sampai. tu yg fauzan asyik tanya masa. masa perjalanan kg. raja naik keatas kalau aku x silap amik masa lbh kurang 1 jam lbh jer tp ari tu krn jam yg teruk sangat kita org amik masa 7 jam baru sampai.


bila dah malam furqan pun dah mula meragam. sian baby ibu. agaknya sbb dah rimas n lama sgt dlm kete. masa tu tuhan saja yg tahu btp geramnyer hati biler dahlah jam, ada pula hamba2 Allah yg potong que. lagi jamlah gamaknyer. apa yg pasti kebanyakkan manusia yg x leh nak fikir tu majoritinya menggunakan kereta2 import n ada gak yg harga ratus2 ribu tp moral 1 sen pun x ada.

lagi satu kebanyakkan kete yg ptg que ni kereta yg berplat no. bermula ngan huruffff....... kang aku sebut nanti org marah pulak, tp hubby aku pun perasan memang kete dari satu negeri mcm si.. asyik potong que jer. penyudahnya biler dah sangkut dlm jam 4/3 jam lamanya n tgh mendaki bukit pulak tu, maka banyaklah kelihatan kereta2 yg tersadai kat sebelah menyebelah jalan ngan bonet depan terbuka n berasap. ada gak yg bau hangit. tp kebanyakkannye kereta tempatan n yg kecik yg x berapa power sbb they all wpun kete x power ttp que x nak ptg sbb mereka bermoral. kete yg harga riban2 kononnya power sbb jln jam daki bukit pun x berasap. x berasaplah sbb asyik ptg que jer. mulalah kata kete tempatan x baiklah, x standardlah. BO... tul.

saper nak cilok dpn kita org hubby mamang x bagi peluang. sib baik my hubby teror.. :D memang kitaorg dah rpt tul ngan kete dpn sampai ada pakcik tu siap berjalan2 kat luar kete sbb jam x gerak langsung, n ada lak kete nak cilok dpn we all tp hubby x bagi, pak cik tu siap ckp n bgtu sambil tjk depan kete kitaorg yg dah dekat sgt dgn kete depan, dah nak kena sikit jer lagi. we all senyum jer. hubby kata x per biar kena. mulanya saper yg ptg que cuma kena jeling jer n kena sumpah dlm hati,tp bila dah mlm pun mcm tu org pun dah boring, saper yg potong que memang kena hon2 n siap kena jerit2 "x faham2 nak beratur ker". memang asyik bunyi hon jelah n aku rasa kena sumpah pun banyak gak. aku pun bagi gak tp sikit jerlah :D .

ada sekali tu org potong que sampaikan laluan kete sebelah yg nak kuar dari cameron Highlands x leh nak lalu sbb sangkut, siap minta laluan kat kita org. sbb depan dia ada lori nak lalu. kebetulan aku tertoleh laki dia buat muka kesian n tunjuk kat depan ada lori dia nak masuk dpn kita org. aku pun buat isyarat suruh beratur n x layan. hubby pun buat x tau jer n x kasi pun cilok kat dpn. baru tau kena hon ngan lori.. org lain ada anak kecik, pun blh beratur yg dia apasal x beratur. org2 macm tulah yg menambahkan lagi jam jalan.

lagi satu kes kancil merah, aku ingat they all msh couple. sbb biasalah org yg couple ni kalau yg pompuan mcm control2 ayu n manja2. masa tu we all bukak tingkap n they all pun bukak tingkap. sibuk nak cilok depan kete, cocok-cocok kete kita org nak masuk dpn. aku pun masa tu tollehlah tgk tunjuk muka x puas hati. yg awek tu perasan n ckp ngan pakwe dia. ckp apa aku x sure tp pakwe dia tgk aku n nmpk mulut dia gerak "x yah layan". aku pun jawab ngan nada yg kuat sikit n sure dia dgr punyer.
"AAHHH AAHH..... X YAH LAYAN, ORG LAIN BERATUR MACAM APA SENANG2 JER NAK POTONG QUE. ORG LAIN SIAP BAWA ANAK KECIK PUN BOLEH BERATUR. INI SENANG2 JER NAK CILOK DEPAN ORANG. BERATURLAH...." geram tul aku. org lain pun nak sampai gak. asyik memikirkan diri sendiri jer.

mulanya kita org ingat ada accident ker apa? hubby siap tanya ada sorang mamat ni sbb dia on the way turun, ad apa kat depan. budak tu pun x sure sbb dia dah patah balik, x larat nak terus sbb jam tu panjang giler. kata hubby sib baiklah dah tempah rumah penginapan, kalau x tempah dah lah jam, sampai sana x ada penginapan sbb penuh x ker haru biruuuu jadinya.



tp yg betul2 buat kita org semakin ialah gerramm punca jam tu sebenarnya. hanya kerana PASAR MALAM BRINCHANG yg di buat kat tengah2 jalan utama jam sampai berjam2. apalahhhhhh perancangan mcm tu. x boleh fikir ker, xkan ni kejadian pertama. rasanya benda ni dah berulang2 kali. majlis tempatan dia x ada terpikir ke nak pindahkan. ayooooooo..... agaknya itu jelah hiburan yg maha hebat kat Cameron Highlands tu sampai semua org nak pegi pasar malam tu. kepada sesape nak pegi CH aku cadangkan jgnlah pegi masa sabtu n kalau x silap khamis pun ada pasar malam tu. memang jam nak mampusss.... x pun boikot jer CH tu. he..he... sampai they all terpikir nak selesaikan jam tu.

naper susah nak upload gambar ekkk? dari ari tu lagi x leh. ayoooooo...... ..........

okay nampaknyer semua gambar dah di upload meh kita layan gambar.

DAY 1

hari pertama kita berkenalan ngan RPPCh jelah. sbb sampai dah kul 11 mlm apa lagi xtiviti yg blh dibuat selain kemas2 n tidur. semua perancangan terpaksa berubah sbb timing lari. inlah ruper RPPCH. rumah memang best n besar. cuma sayang x leh masak. kalau kat bkt fraser blh masak. cukup semua peralatan. cuma we all dpt blok Melor 2 n kena manapak tangga yg tinggiiiiii. betul2 menguji ketebalan lemak aku.

SaiFuL's family