Kisah isteri kpd seorang hero dan ibu kpd 4 org hero.... (Peneman Nabi Muhammad SAW masuk ke syurga Allah SWT) Aamiinnn.....
24.2.11
Al-Fatihah utk sahabat INFO-96
Al-Fatihah Buat Saudara Mohd Shukri Jaafar
Pagi tadi aku mendapat sms dr hubby memberitahu akan pemergian lagi seorang rakan Info96 iaitu rakan semasa belajar di Uitm dulu. tersentak sebentar. Akhirnya beliau pergi juga mengadap Sang Pencipta. dari-Nya kita datang kepada-Nya kita pulang.
Arwah merupakan seorang yang ceria dan amat menghiburkan. last aku berjumpa arwah pada tahun 2002. masa tu aku jumpa arwah kat UO bersebelahan bus stand Klang dan arwah masih sihat walafiat. seperti biasa kalau berjumpa pasti ada sahaja lawak yg terkeluar dari mulut beliau. beliau juga seorang sahabat yang rajin menghantar khabar keadaan dirinya. setiap kali dimaukkan ke dalam wad pasti ada sms yg sampai memberitahu akan keadaan dirinya, begitu juga setiap kali beliu sihat dan dibenarkan keluar wad, setiap kali puasa, raya, tahun baru pasti akan ada sms yg sampai di hp. sesungguhnya beliau adalah sahabat yg tidak pernah mendatangkan masalah kepada ku.
tp kini, kami warga info96 kehilangan lagi seorang sahabat selepas permergian arwah Farrah pd 30.11.2008. hanya doa sahaja yg mampu aku panjatkan kepada arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh MOHD SYUKRI JAAFAR. Semoga engkau tenang disana wahai sahabatku. Aku maafkan segala kesalahan/kesilapan yg sengaja atau tidak sengaja sekiranya ada antara kita dan aku halalkan juga makan minum mu sekiranya ada. kepada keuarga arwah, banyakkan brsabar. AL-FATIHAH...
P/s : Ingatan rakan-rakan info96 kat blog
http://www.ceritapnut.blogspot.com/
http://ieena.blogspot.com/
http://theinformist.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment