11.10.11

Hari itu Dalam Sejarah

Entri tertunggak. :D


22-23 Sept lagi satu tarikh bersejarah pada diri ku, ini kerana aku terpaksa menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang dgn meninggalkan anak2. kali ke-4 utk fauzan, kali ke-3 utk fayyad dan kali pertama utk furqan tidur tanpa ibu disisi. hanya ada abah yg menemankan. Sian anak2 n abah. itu pun sib baik 1 malam. kalau lebih dari 1 malam alamat amik MC lah aku.

fauzan:-
- kali pertama ku tinggalkan utk melahirkan fayyad
- kali kedua ku tinggalkan kerana terpaksa menghadiri konvensyen
- kali ketiga ku tinggalkan utk bersalinkan faurqan
- kali keempat kerana menghadiri mensyuarat

fayyad :-
- kali pertama ku tinggalkan kerana menghadiri konvensyen
- kali kedua ku tinggalkan utk bersalinkan furqan
- kali ketiga kutinggalkan kerana menghadiri mesyuarat

furqan :-
- kali pertama ku tinggalkan kerana menghadiri mensyuarat

ini kerana setiap kali sekiranya ada mensyuarat yang perlu dihadiri aku akan sedaya upaya membawa anak2 n hubby. hanya kali ni jer x dapat nak bawa sbb bdk2 sekolah susah nak bawa.

masa nak gerak fauzan siap cakap yg dia x pernah pergi PP. sian anak ibu. pada mulanya teringin gak nak survey tempat kot2 lain kali boleh bawa bdk2. tapi bila dah sampai situ ngan keadaan jalan yg sesak, sewa teksi yg mahal dan kenderaan yg banyak, aku jadi tawar hati nak bawa bdk2. ntahlah, sbb pada aku nak jalan2 ni sambil cuci mata, naklah bersenang2, ini ngan jalan jam dan x leh tersalah jalan kena pusing jauh, elok2 nak bersenang2 kang jadi penat cari jalan jer.

insya allah kalau ada rezeki n tiket murah ingat nak gi Kuchinglah. thn depan ker thn 2013 ker. insya allah...

geng2 UiTM aku - 1 batch dan 1 kepala yg turut menghadiri mesyuarat ni. lagi 2 org x dpt menghadirkan diri.

No comments:

SaiFuL's family