4.4.15

Minggu ujian Setara sek Agama



Minggu ni merupakan minggu ujian setara dr 5 - 9 April 2015 utk sek agama abg2. jadual kali ni pulak sama jerr... antara abg ojan n abg ayyad. ahad subjek tauhid & akhlak, Isnin Sirah, Selasa Ibadat, Rabu Tajwid n Khamis Bhs. Arab...


seperti biasa bila exam dapur ibu pun cuti utk dinner.... ini kerana lps amik bdk2 abah terus ajak gi dinnerrr... spy senang kata abah n ibu pun x penat. mamam siap2 balik umah mandi solat n terus baca buku. sementara abg2 baca buku ibu n abah kemas2 rumah.... lepas solat isyak sambung lagi baca  bila dah siap baca barulah sesi soal jawab...

tapi sekarang pembelajaran abg ojan dah makin susah abah yer kata sebab isnya semakin detail. tajuk biasanya sama dgn adik tp lagi banyak istilah2 yg kena hafal n ingat. cth utk subjek ibadat yg mereka belajar Beriman kepada Malaikat tp utk ayyad darjah 3 hanya hafal makna n saper malaikat yg wajib diketahui, ciri2 malikat dan sebagainya.... tapi bila abg ojan darjah 5 beriman kpd malaikat merangkumi perkara2 yg lbh terperinci...

bila waktu exam... aku n hubby bagi2 tugas mengajar anak2... he..he... bukan mengajar pun lbh kepada menyoal bdk2 lepas mereka dah ready utk disoal....biasanya hubby soal bg ojan n ibu soal abg ayyad... tapi sdhnyer abg ayyad banyak kena marah dari kena soal...biasalah ibu garang.... he..he... ibu garang sbb ibu nak ayyad dpt jwb dlm exammm... lagi pun ni ilmu agama sayang... hanya ini yg mampu ibu abah bagi utk bekalan dunia n akhirat... sayang anak2 ibu n abah...

alhamdulillahhh.... pencapaian anak2 dlm sek agama amat membanggakan ibu n abah...

Fauzan - anak yg terang hati n mudah menerima pembelajaran agamanya. mudah menghafal ayat2 pendek... darjah 3 dah boleh membaca yassin dengan agak baik.. dan sentiasa mendapat keputusan yang baik dlm ujian... alhamdulillah ujian terakhir thn lepas mendapat tempat kedua dengan perbezaan 1 % dengan murid no satu.


Fayyad - walaupun sering menangis apabila tiba masa belajar n kekadang tertidur semasa sedang membaca buku.... tapi setiap kali kepuusan exam akan memperolehi 80% keatas... dan sentiasa mendapat no. yg baik. thn lepas fayyad telah mendapat tempat pertama sebanyak 3 kali iaitu setiap kali waktu exam kecuali semasa ujian setara mendapat no. 4 kerana x sempat mengulangkaji. cuma ayyad masih belum membaca yassin dengan lancar...  dan insya allah ibu akan usaha lebih lagi agar ayyad lancar membaca yassin sebelum darjah 4.
kekadang situasi ini akan kelihatan apabila Fayyad mengulangkaji

P/S : Insya Allah tahun ni ibu abah akan dapat jemputan sempena Hari kecemerlangan Sekolah Agama lagi dan yang indahnya tahun ni 2 orang anak ibu n abah akan mendapat anugerah... 


kat sini aku copykan link kalau ada yg nak tahu pasal sek Agama Johor

http://www.mahasiswajohor.my/2012/08/sekolah-agama-kerajaan-johor.html

No comments:

SaiFuL's family