31.7.12

salam 11 ramadhan

aduhhhh dah lama x update yer. ingatkan bulan puasa nak update hari2 sbb nak masukkan gambar2 yg comel tu  tp nampaknyer x kesampaian.x perlah. yg penting ada gak aku update. pertama sekali kita layan gambar2 comel tu yer.





                                     



comel tak gambar2kat atas tu? he...aku suker.

apa citer ramadhan ke-11? aku x der cerita sangat. cuma alhamdulillah setiap kali cuti aku masak dan x beli kat bazar kecuali kuih muih. utk hidangan utama aku masak jer walaupun lauk kicap, hubby tetap okay.  budak2 pula lebih kpd mknn seperti naget n mee goreng. semenjak puasa baru 2 kali fayyad makan nasi selainnyer makan naget dan mee. fauzan pun dah kurang makan sbb effect dr mulut dia yg sakit. baru semalam nampak dia beriya sikit makan satay semasa we all supper.

persiapan raya - utk thn ni baju kurung raya ibu, abah n anak2 semua dah ok kecuali furqan. he...hee   itu kes aku terlupa bagi baju contoh masa antar tempah ari tu. sib baik akak tu nak amik lagi tempahan. kiranya baju kurung tinggal furqan nyer lagi yg belum siap. utk seluar jeans lak yg thn lepas punya masih ada n masih elok. utk thn ni baru top-up seorang sehelai jer t-shirt raya. cukup kot, x pun nati cari lagi sehelai 2. baju furqan je lebih skit almaklumlah budak baik, biler makan jer kesat kat baju. baju baru pun dah bercapuk2 tanda coklat. aduuuuaaiiii....

biskut raya - hahhh rasanya dah ramai gak yg telah mula mengookies. aku baru buat 2 jenis. itu pun atas  bantuan hero2 aku. walaupun aku baru mempunyai hero dan belum ada heroin tapi alhamdulillah kerajinan mereka membantu aku kadang kala mengalahkan heroin. fauzan asyik tanya biler nak buat cookies lagi. sbb dia tgh exited nak buat biskut raya.. sabar yer anak ibu. kia buat hujung minggu jer. hari kerja n hari sekolah x blhlah kang penat n tidur lewat pulak.  kerepek2 raya pun blm beli, maybe dah dekar skit baru beli. bak kata hubby aku baru seminggu puasa. he...he....

kat bwh ni aku tempekkan  gambar yg aku jumpa masa aku merayau kat blog org. sorrylah yer aku copy paste jer.  




No comments:

SaiFuL's family