sibuknyer sampai x sempat nak berceloteh kat blog.
minggu lepas fauzan kena gegate seluruh badan. siannya anak ibu. alhamdulillahlah fauzan jenis yg kuat semangat ngan kuat fizikalnyer. x adalah asyik merengek jer. kalau bdk lain sure dah asyik menangis jerrrr kata atuk. johor panggil gegate, sabah panggil apa aku x sure. mula2 dia mcm bintat kecil kena gigit nyamuk nanti lama2 dia jadi besar, merah dan bengkak. masa nak mula keluar tulah jadi gatallll sangat. sian abg fauzan. bengkak satu badan. risaunyer aku ngan bag Allah saja yg tau.
masa bawa pegi klinik kerajaan aku tanya kat s/nurse mengenai gegate, dia kata bahaya kalau dah terlalu banyak, blh masuk ke saluran pernafasan. kalau sampai ke saluran pernafasan blh jadi bengkak dan nanti jadi gangguan pernafasan menyebabkan sesak nafas dan .... Ya Allah risaunyer dengar. bila aku minta ubat dia kata x ada ubat. bawa ke klinik swasta dr. bagi ubat sapu spy gegate tu sejuk jadi fauzan x payah keruk ngan ubat makan spy kurang gatal. macam2 petua kita org buat, sapu ngan halia, sapu bedak sejuk, sapu kapur ngan kunyit tp x semualah kita org cuba, tgk keadaan. tp lepas minum air kelapa benda tu memang keluar banyak.
masa tu tgk fauzan memang kesian, penuh satu badan sampai ke kepala pun benda tu keluar. sampai mata abg pun bengkak payah nak buka mata. satu bdan bengkak. kalau pegang badan abg fauzan panassss jer, sbb dia bengkak. terutama bila mlm gatalnyer menjadi2. kita org bukakan cd kartun spy dia leka sikit jadi x adalah dia nak keruk. sambil tgk cd kita org gosokkan sampai tertidur. makan pun kita org pantangkan.
alhamdulillah nampaknyer dah ok dah abg fauzan. cuma mash ada sikit2lah bekas gegate tu. apa yg pasti ini satu pengalaman yg meninggalkan kesan padaku dan hubby. lagi satu biasanya org kata gegate ni 3/4 hari jer tp fauzan kena lbh krg seminggu 08.07 -15.07.07). itu yg risau sangat.
lagi satu pengalaman yg aku ingin kongsi pasal tyroid. ntah mcm mana tah masa fayyad main rantai kat leher aku, aku terperasan leher aku mcm besar sebelah kiri. makin hari makin besar. aku pun pegilah buat ujian darah sbb takut tyroid. mula2 buat result darah tu hilang. tanya lab, org dah amik result tu , masalahnyer bila tanya kat wad x ada terima. bengangnyer rasa. terpaksa buat ujian darah lagi sekali, kali ni aku amik sendiri. within a week ketulan kat leher aku jadi keras. dr. pun hairan. aku pula dah risau kot2 cancer nauzubillah. bila dpt result darah aku normal x ada tyroid.
ADUH!!!!!!!!!!!!!! lagi lah aku risau. nak tak nak aku call pakar surgical Mr.Rahmat kata nak jumpa. dia kata ok jumpa dia ari selasa (10.07.07). aku pun cari houseman minta buatkan refer letter. kali ni aku pki semua org dlm. pengalaman masa lalu memaksa aku menggunakan org dlm sbb kalau ikut prosedure biasa nak jumpa pkr jer amik masa sampai 2 bln, nak dptkan refer letter kena pegi OPD( out patient depart.) dulu jumpa dr., baru dr. keluarkan refer letter. ini saja dah amik masa sehari. nak request pkr pun blm tentu dpt. nanti dah dpt refer letter kena amik appointment dulu yg biasanyer akan dpt 3 weeks or sebulan lps tu. lamanyerrrrrrrrr. itulah salah satu sbb aku terpaksa guna org dlm.
kebetulan monday (09.07.07) ada course kat lib aku, aku pun minta dr.Farah buatkan refer letter. dia check aku kat lib jer terus keluar refer letter request Mr.Rahmat. (TQ Dr. FArah, walaupun u busy u buatkan juga) dpt refer letter minta staff aku faizal call kerani surgical kata aku nak jumpa Mr. Rahmat esoknyer dan aku dah spoken dgn mr.RAhmat. dia kata ok esok dtg jumpa kak ana kat kaunter. hari yg sama aku cari org ultrasound utk buatkan appoinment sbb tau mr.rahmat sure akan suruh buat ultrasound (Tq Kak FAtan). alhamdulillah aku dpt hari rabu pg, mula2 dia nak selitkan mggu dpn sbb this week very pack tp pastu dia sumbatkan aku hari rabu pg. alhamdulillah.
10.07.07 (selasa)
7.50 am aku dah sampai kat kaunter surgical, aku pun cari kak ana kenalkan diri aku dari PGMC. alhamdulillah aku dpt no.2 walaupun masa tu org luar dah ramai tunggu. aku tau x baik tp sbb aku risaukan tyroid aku within 2 weeks blh jadi keras dan besar mcm tu. size about 7 x 3 cm. dr. pun hairan sbb tyroid jrg mcm tu.then aku nampak mr. rahmat dia suruh tggu dulu sbb dia nak buat round. around 9.50 aku kena paggil jumpa mr.Rahmat. dia srh aku buat ultesound dulu tgk sama ada itu air atau ketulan dg sbb tyroid banyak type. kalau air just enject buang, kalau dg kena buat ujian tisu dulu. nanti dia lukakan sikit leher aku utk amik tisu dan kalau perlu operate, akan dioperatelah. masuk wad 3/4 hari. ayoooooooo.. peninggggg makcik.
11.07.07 (rabu)
nak tak nak aku terpaksa gak drive pegi spital sbb dah buat appoinment ultrasound. kalau x mengingatkan appoinment tu susah nak dpt aku x jkan peginyer, sbb aku tgh ngantuk giler. bayangkan kitaorg tido dlm kul 4 pg sbb fauzan merengek tgh x sihat kena gegate kul 5.30 dah kena bangun. yg abg pula kul 6 dah kena keluar out station yh aku 6.50 dah kena gerak gi spital. aku bawa kete masa tu memang terhoyong hayang sbb dah ngantuk sgt. skrg jb tgh jam teruk giler sbb tu kena keluar awal. sampai spital aku terus amik no kat kaunter ultrasound. kul 10.15 baru kena paggil. dah dpt result ultasound aku call mr.rahmat dia suruh dtg klinik jumpa dia terus dia tggu kat kaunter. rupanya dia baru keluat dari Operation Theatre. bila tgk kptsn ultrasound yg kiri tu adalah cecair dan sblh kanan pun ada berbentuk ketulan dg.
alhamdulillah mr.rahmat dpt keluarkan cecair tu guna jarum jer, jadi x payahlah aku buat operation. yg kanan tu pun msh terlalu kecil jad x yah buat apa2. dia bg tempoh lagi sebulan, apa hal jumpa dia balik.
ALHAMDULILLAH... barulah lega, dah selesai pasal tyroid aku terus cuti sbb nak jaga abg fauzan. abah pun cuti jumaat dan isnin.