27.9.07

al-fatihah utk adik nurin jazlin

sedih, ngeri, hiba, marah, benci, semua ada bila membaca dan mendengar berita kematian adik nurin jazlin. aku pun x tau nak ckp mcm mana. setahu aku binatang pun x sekeji itu. inikan pula manusia yg mempunyai akal fikiran, otak, yg sepatutnya mempunyai pegangan agama sanggup buat perbuatan keji tersebut. aku x dpt dan aku takut nak bayangkan mcm mana arwah nurin semasa hendak menghadapi maut didera dan di siksa manusia keji tersebut. lemah longlai rasanya badan. hanya doa yg mampu aku berikan. semoga rohnya tenang disisi Allah S.W.T, semoga allah memberi kesabaran dan keredhaan yg amat tinggi kpd keluarganya dan semoga manusia yg bertanggug jawab terhadap kematian nurin jazlin akan mendapat balasannyer secepat mungkin.

17.9.07

alhamdulillahhhh.... dah masuk hari ke-5 puasa

hari ni masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan penuh rahmat.

semalam berbuka kita org x masak, kebetulan aku ngan abg keluar, pastu mak mente ngan adik ipar keluar. masing2 singgah bazar ramadhan, hahhh... engkau, apalagi terjadilah hari pembaziran di bulan puasa. biasalah kalau dah bergerak di bazar ramadhan jadi rambang mata. semalam memang berpesta makananlah kita org. siap bagi kat jiran lagi. dah bagi pun sampai ke sahur x habis. menyesal pula membazir. insya Allah lps ni berazam x nak membazir

semalam pegi ioi mall, beli samping abg dan adik pastu beli songkok abg sekali. comellll sangatttt. adik x beli songkok sbb songkok abg thn lps ada. confident jer muat, sekali balik pakaikan adik, rupanya x muat. ayooooooo... abg pki songkok tu masa umur 2 thn, adik pula baru setahun dah x muat songkok abg. kena beli lainlah nampaknyer.

mungkin bg sesetengah org nampak membazir sbb bdk2 cepat membesar buat apalah nak belikan songkok pakai pun skejap jer. tp bagi aku apa salahnyer, bkn selalu lagipun kita nak meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. apa salahnyer bdk2 kelihatan kemas dan ceria. lagipun sbgi tanda meraikan syawal lagipun hanya itu yg mampu di buat.

12.9.07

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak



esok 13 sept 2007, semua umat Islam akan menyambut Bulan puasa yg penuh dengan keberkatan terutamanya kpd rakyat Malaysia. oleh itu :-

Selamat menyambut bulan Ramadhan. semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. istiwewa 4 my husband selamat berpuasa, semoga kita dpt menjalankan ibadah puasa ini bersama.

dan juga untuk semua warga INFO96. selamat berpuasa.

10.9.07

famili sabah datang

hari tu 24.08 - 2.09.2007 famili aku dari sabah dtg. mak, ayah,angah ngan Farish anak sedara aku.(siap ponteng sekolah gitu). sepatutnya tarikh 1 minggu tu memang masa utk berada kat jhr tp bila tiket tlh ditempah plan pun berubah. dia org nak blk kg ayah kat Pasir mas, kelantan sbb kakak ayah x berapa sihat. jadinya masa utk aku dah berkurangan. nak ikut blk k'tan abg tgh busy x leh nak cuti.

tghr sabtu sampai dari sabah esok mlm dah balik kelatan naik KTM. kat k'tan mak ayah stay sampai ari rabu, mlm nya kul 8.30 dah bertolak semula blk jhr. tghr khamis sampai jhr. sepatutnya pg sampai tp masa kat labis kepala keretapinyer rosak jd delay sampai hampir 3jam (boring giler aku sbb ingat nak ajak jln penyudahnyer semua org penat. jadi ari khamis pun aku bawa dia org ronda kulai jer, itu pun ayah x ikut sbb sakit pinggang. ari jumaat mak, ayah, farish ngan usu jer gi JJ tmn U. aku x dpt teman sbb ayah x ikut. sian pula ayah tgl sorang2.

hari sabtu tu jelah kita org dpt bergerak gi batu Pahat, Prt Raja Dalam. tempat member kamcing ayah masa kat Keningau dulu. kiranya member ayah tu dah pindah johor dah hampir 20 thn tp still contact. kita org pegi naik 2 kereta. satu hubby bawa satu lagi bkl adik ipar bawa. bertolak pun dah petang sbb banyak masalah teknikal. hujan lebatttttt.... sangat. akhirnya lps Asar baru bertolak. sampai umah member ayah dah maghrib. lps mkn mlm kul 10 baru bertolak balik kulai. kul 11 mlm baru sampai umah.

esok pg kul 6.00 pg dah bertolak semula gi airport senai sbb flight mak ayah kul 7.15 pg. bawa budak2 tgh tidur pun ku angkat. berebut jer buat sarapan. itupun buat air ngan kuih jer.

sememangnya masa tu terlalu singkat. lain kali akan ku pastikan tarikh tiket mengikut plan. lagipun sian famili aku jadi penat sbb berebut2. apa-apaun TQ tu mami dan ayah sanggup dtg dari jauh menjenguk anak, menantu dan cucu2 mu di sini. pd angah Tq sbb sudi temankan mami & ayah. pada farish terima kasih dtg rmh along main ngan fauzan dan fayyad.

luv u all

1.9.07

SELAMAT HARI KEBANGSAAN YG KE-50

MALAYSIA KU GEMILANG


genap sudah 50 thn Malaysia merdeka, setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cobaan. kepada mereka yg telah terkorban dlm memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah... semoga roh mereka dicucuri rahmat.

sempena 50 thn merdeka, nampaknya negara kita malaysia meraikannya dengan meriah sekali. aku rasa bestttt juga tgjk sambutan 50 thn merdeka kali ni. yelah dekat kotak tisu ada, dekat tv siap buat iklan khas dari iklan komunikasi, iklan minuman, iklan makanan dan blh dikatakan majoriti iklan mesti mnyentuh 50 thn kemerdekaan malaysia. ini x termasuk peraduan2 sempena 50 thn merdeka. besttt....

dari segi kempen kibarkan jalur gemilang juga besttt.... tempat lain aku x sure tp kat johor terutama area jb, senai dan kulai meriahhhhhhh... dgn pengibaran jalur gemilang. cuma aku x sempat nak abadikan kenangan2 ni dlm bentuk gambar. aku rasa pemandangan seperti ini x kan berulang lagi. betapa indahnya kalau u all tgk sepanjang jln dari kulai menuju ke jb jalur gemilang berkibaran. di bangunan kerajaan, bangunan2 swasta, premis2 jualan atau pun rumah2 kediaman. majoriti mengibarkan jalur gemilang. besttttt betul pemandangan nya.

Tahniah untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Johor kerana memenangi beberapa acara senpena kemerdekaan yg ke-50 thn ni.
sempena perbarisan kemerdekaan yg dibuat di dataran, PPAJ telah berjaya mendapat tempat ke-3 utk kategori badan berkanun. inilah kemenangan kali pertama bagi PPAJ dlm acara perbarisan dan ianya menjadi kenangan terindah buat mereka. Tahniah kpd ketua Kontinjen PPAJ my lovely husband Saiful Bin Abdullah. tp dlm kategori sepanduk pula kali ini PPAj x memenangi sebarang tempat walaupun sepanduk PPAJ antara sepanduk yg kreatif dan menarik. setiap kali bertanding biasanya PPAJ akan mendapat tempat antara 1 hingga 3 tp thn ini nampaknya sepanduk x meraih sebarang no.
untuk hiasan bangunan yg danjurkan oleh MBJBT ( Majlis Bandara Johor Bahru Tengah, BAngunan PPAJ juga telah berjaya mendapat tempat ke-3. berjaya membawa pulang trophy, sijil dan hadiah wang tunai RM1000. tahniah!!!!



SaiFuL's family