MALAYSIA KU GEMILANG
genap sudah 50 thn Malaysia merdeka, setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cobaan. kepada mereka yg telah terkorban dlm memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah... semoga roh mereka dicucuri rahmat.
sempena 50 thn merdeka, nampaknya negara kita malaysia meraikannya dengan meriah sekali. aku rasa bestttt juga tgjk sambutan 50 thn merdeka kali ni. yelah dekat kotak tisu ada, dekat tv siap buat iklan khas dari iklan komunikasi, iklan minuman, iklan makanan dan blh dikatakan majoriti iklan mesti mnyentuh 50 thn kemerdekaan malaysia. ini x termasuk peraduan2 sempena 50 thn merdeka. besttt....
dari segi kempen kibarkan jalur gemilang juga besttt.... tempat lain aku x sure tp kat johor terutama area jb, senai dan kulai meriahhhhhhh... dgn pengibaran jalur gemilang. cuma aku x sempat nak abadikan kenangan2 ni dlm bentuk gambar. aku rasa pemandangan seperti ini x kan berulang lagi. betapa indahnya kalau u all tgk sepanjang jln dari kulai menuju ke jb jalur gemilang berkibaran. di bangunan kerajaan, bangunan2 swasta, premis2 jualan atau pun rumah2 kediaman. majoriti mengibarkan jalur gemilang. besttttt betul pemandangan nya.
Tahniah untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Johor kerana memenangi beberapa acara senpena kemerdekaan yg ke-50 thn ni.
sempena perbarisan kemerdekaan yg dibuat di dataran, PPAJ telah berjaya mendapat tempat ke-3 utk kategori badan berkanun. inilah kemenangan kali pertama bagi PPAJ dlm acara perbarisan dan ianya menjadi kenangan terindah buat mereka. Tahniah kpd ketua Kontinjen PPAJ my lovely husband Saiful Bin Abdullah. tp dlm kategori sepanduk pula kali ini PPAj x memenangi sebarang tempat walaupun sepanduk PPAJ antara sepanduk yg kreatif dan menarik. setiap kali bertanding biasanya PPAJ akan mendapat tempat antara 1 hingga 3 tp thn ini nampaknya sepanduk x meraih sebarang no.
untuk hiasan bangunan yg danjurkan oleh MBJBT ( Majlis Bandara Johor Bahru Tengah, BAngunan PPAJ juga telah berjaya mendapat tempat ke-3. berjaya membawa pulang trophy, sijil dan hadiah wang tunai RM1000. tahniah!!!!