3.6.08

jemputan kahwin sempena cuti sekolah.

dah lama x update. nak kata x ada citer, rasanya berlambak benda yg aku nak citer. tp asyik x sempat jer nak masukkan dlm blog. alhamdulillah aku dan keluarga semuanya sihat walafiat.

sempena cuti sekolah ini, apakah aktiviti yg sllnya berlangsung???? ya betulll... kalu kat johor ni tp rasanya tempat lain pun sma. jemputan, jemputan, jemputan kahwinlah jawabnya. 24/05 ari tu ada 1 jemputan. 25/5 ada 3 jemputan. 31/5 ada 1 jemputan. 1/6 ada 3 jemputan dan 7/6 nanti ada lagi 1 jemputan kat gelang patah sedara sebelah arwah abah. insya allah kita org pegi. walaupun banyak jemputan tp x semua jemputan dpt dipenuhi. satu keadaan cuaca yg x mengizinkan dan sbb kedua kesan ke atas perut. aduhhh... x laratnyerrr.

yg kelakar bila aku ajak fauzan bersiap, nanti dia tanya. kita nak gi mana bu? aku jawablah nak gi jemputan. nanti member pun kata, asyik jemputannnn... jer. tadi kan dah pegi. aku hanya mampu ketawa sbb kalau aku jawab akan panjanglah sesi forum perdana aku ngan fauzan. he..he... tp yg pasti setiap kali pegi jemputan member akan mkn nasi dgn daging. lauk lain x pandang. member minta rendang daging. yg adik pula makan nasi jer. lauk x nak. mak dia? mak dia jgn tanya semua mak dia makan, sama mcm abah dia.

tp apa yg pasti kali ini hanya ada 1 jemputan jer yg bagi berkat nasi. jemputan sedara sebelah mak kulai. yg lain semuanya hanya kerepek atau cenderahati. ini mungkin kerana harga beras yg meningkat, maka x ada lagi berkat nasi.tp berkat nasi ni pun hanya kat johor jer. kat tempat lain x ada. kalau kat sabah dapat bunga telur. tp kat jhr bunga telur atau bunga pahar majoriti hanya utk sedara.

apapun untuk semua pengantin baru aku ucapkan selamat pengantin baru. semoga berjaya melayari alam rumahtangga yg penuh misteri. semuanya bergantung di tanggan kita sendiri. kalau putih kita warnakan alam tersebut putihlah jadinya. kalau hitam kita warnakan hitamlah jadinya, kalau coklat kita warnakan coklatlah jadinya. tp pada pendapat aku yg baiknya warna-warnikanlah alam rumahtangga anda. itu akan lebih bahagia dan bersederhanalah. terutama yg lelaki, merekalah nakhoda yg akan membawa hala tuju keluarga mereka ke neraka atau ke syurga.

No comments:

SaiFuL's family