18.6.08

Pengalaman Mengandung

Salam,

Dah lama x up date blog. sorrylah busy update blog lib, tu yg susah skit nak update blog sendiri. hari ni aku sajer jer nak kongsi pengalaman aku masa mengandung dan bersalin. enjoyyy...



Masa mengandung alhamdulillah aku x ada masalah langsung. selera makan tip top dan tekanan darah, kepekatan darah dan gula semua normal. cuma masa bersalin ada sedikit masalah pada mulanya tp selepas diteliti rasanya itu adalah dugaan yg membawa kpd tahap kesyukuran yg lebih tinggi dengan semua Kurniaan-Nya.

masa aku bersalin yg pertama mulanya aku rasa akulah yg plg teruk sbb dahlah masa due nak bersalin dah lambat pastu kena campak pula. dgr mcm2 cerita dari org, they all kata kuman campak blh kena baby dlm perut dan baby blh cacat atau meninggal. Nauzubillah... masa aku dengar aku dah takut sbb 1st baby. bila aku ckp kat pakar minta operate sbb tkt baby jangkit, pkr kata x leh sbb masa operate pun baby blh kena jangkitan kuman dan meninggal. lagilah aku takut. nak tak nak kena tggu sampai campak aku kering dan tawakal kalau masa tu baby dah nak keluar terpaksa pasrah jer sama ada baby kena jangkitan atau tidak. aku dgr dah nangis2. tp lps 2 minggu campak dah ok skit dan baby x kuar lagi. aku kena thn kat wad & kena masukkan ubat nak suruh sakit bersalin sbb dah lewat sgt pastu bila masuk ubat baby pula x thn sampai berak dlm perut. masa tu gak aku kena buat pembedahan kecemasan sbb kalau baby termakan najis baby blh cacat dan aku dah tgk 1 kes baby tertelan najis, oksigen x sampai ke otak dan otak dia x berfungsi sepenuhnya (cacat). Nauzubillah... nak masuk blk bedah sign kat atas perut jer sbb dah x sempat nak tggu apoi.

masa dah siap dan kena sorong masuk bilik bedah, dr pula bertekak sama ada campak aku dah kering atau belum. nak operate takut, kena siapkan bilik khas tkt kuman campak terkena peralatan lain atau staf blh jangkitkan pd org lain. aku masa tu cuma tau selawat jer. sblm msk bilik bedah pun x jumpa hubby sbb hubby dari rmh kulai, aku kat Jb. 35km jrknya. dpt bgtu hubby pun sib baik sbb masa cek perut aku bawa hp blhlah call kalau x bawa, masa melawat jerlah hubby tau aku dah bersalin. masa tu tgglkan hp pun x tau kat s/nurse mana aku bagi jer sbb kecemasan. lbh kurang 5 org s/nurse siapkan aku utk operate sbb kena cepat kalau x baby lemas. dah operate baru aku jumpa my hubby.

lepas operate pula, org lain 3 hari lps operate blh balik tp aku 1 minggu kena duduk spital sbb aku demam, tension betul. dah 4 hari demam x hilang, baru spital cek rupanya kencing aku kotor. kena makan ubat yg pahit giler. bila dah tau ada kencing kotor dr. dtg pula bagitau aku ada fibroid atau ketumbuhan dlm perut. aduhhhhh... masa tu aku dah nangis2 sbb fibroid = ketumbuhan = cancer. (tp alhamdulillah fibroid aku bukanlah yg aktif)

masa tu pula org lain semua ada baby kat tepi tp aku x ada baby kat tepisbb lepas bedah baby kena thn kat wad dan kuaratine sorang2 sbb tkt dia ada bawa kuman campak. sorang2 dlm bilik kata apoi dengan wayar2 kat kaki, kat hidung dan cek jantung tkt ada jangkitan dan kena suntik antibody sbyk 5 kali. dan setahu aku kalau suntik antibodi campak memang sakit utk baby.

masa tu aku rasa napelah aku mcm tu. memang tension giler pada mulanya. tp hubby pjk aku & bg semangat, famili pun sll call baru aku ok. dah tu baru aku berbual2 ngan pesakit lain. rupanya ada sorang kakak tu lagi teruk. dia mengandung anak yg ketiga. masa mengandung anak pertama dan kedua dia kata pun banyak cabaran dengan anak songsang, uri kat bawah dan bleeding. sekali yg ketiga lagi teruk. dr. dah x kasi dia ngandung tp dia nak juga dan rasanya lepas 3 baru dia nak rehat. sekali dah ngandung 3 bulan, dgn uri kat bawah, dr. dpt kesan buah pinggang sebelah kanan dia x berfungsi. dr. nak gugurkan kdgn tp dia x nak. jadi dia kena berhati2 dan bergantung pd ubat dan masa aku berbual dgn dia dah 8 minggu dia duduk hospital. nak tggu lagi 3 minggu utk matangkan baby dan akan dioperate utk keluarkan. dahlah buah pinggang yg kanan x function, yg kiri pula dr. baru dpt kesan semakin mengecut ataupun dah nak rosak. bila aku dgr cerita kakak tu aku rasa insaf giler. ada org yg lagi teruk penderitaan dia tp kalau tgk kakak tu muka senyum jer mcm x ada masalah. insaf tul aku. mcm2 lah lagi pengalaman org yg aku jumpa masa bersalin.

ada yg masuk pagi petang dah blh keluar. ada yg mengandung kembar tp sorang dah meninggal dan sorang masih hidup tp mak dia sabar jer wlpun dah tau anak dia yg sorang dah meninggal. ada yg anak sihat tp mak x sihat tepaksa duduk spital ngan mak sbb kat umah x ada org nak jaga dan duduk kat spital dah 60 hari.

apa yg pasti semua yg jadi pada aku, aku amik sbgi iktibar. Cthnya, kalaulah baby ada ngan aku masa aku baru lepas operate mcm mana aku nak salin lampin nak bagi susu. nak urus diri pun x larat. fhm2 jelah kalau hospital gomen semua kena buat sendiri. jadi ada hikmahnya bila anak aku kena tahan wad.

apa yg pasti aku x serik utk mengandung dan bersalin lagi dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg Allah hendak kita rasa.

LUV U HUBBY - SAIFUL ABDULLAH
LUV both of U - Fauzan N Fayyad
LUV all of U - my famili
dan x lupa all of my friends- miss u

No comments:

SaiFuL's family