setelah lama bertapa hari ni aku gagahkan diri mengupdate blog. kalau nak diikutkan meman banyak benda yg nak diceritakan tp dek kerana terlalu banyak jadi semuanya hilang. x ada idea mcm mana na cerita.kali ni i citer pasal my hero2 jer yer.
hari khamis ari tu aku dpt panggilan dari sekolah fauzan dari teacher Linda bagitau yg Fauzan demam. hairan gak aku sbb masa pegi sekolah, fauzan sihat jer. lepas dpt call tu, aku call my super hero (my hubbylah....). then my hubby bagi aku kereta utk aku balik dulu sbb sian kat Fauzan utk bawa pegi klinik. yelah skrg ni tgh mcm2 ancaman kesihatan yg kita dengar jadi aku x nak lengah2kan bawa fauzan pegi klinik n nasib baik usu my youngest sister tgh praktikal kat tampoi indah jadi my hubby blh blk dgn usu jer nanti.
lepas hantar hubby balik ke off, aku bergegas balik ke kulai. sekali on the way balik jalan jamlah pulakkk... rupanya JPJ tgh buat sekatan. mak aiii.... lamanya tunggu. aku x tau they all cari apa tp lbh krg 4 hari berturut2 thay all buat sekatan kat tmpt yg sama.
sian tgk fauzan masa amik dia kat sekolah. muka monyokkk sbb x selesa. bila aku pegang badan dia pun panas. tp kata teacher yati fauzan baru lepas makan ubat demam. yg adik x kisah cuma excited sbb ibu amik awal. dari sekolah aku terus bawa Fauzan pegi klinik. biasanya kita org bawa pegi klinik Adham sbb bdk2 selesa n serasi wlpun mhl sdkt. nak bawa pegi klinik kerajaan rasanya dah tutup lagipun aku x pernah pegi klinik kerajaan melainkan check mengandung jer sbb masa menunggu yg terlalu lama. elok2 aku x demam pun jadi nak demam. masa check doktor kata x tinggi sgt may be sbb baru lps mkn ubat. jadi doktor bagi uabt demam, antibiotik, selsema dan ubat batuk.
maka jumaatnyer.... terdengarlah ungkapan "Ibu Oti (ibu cuti)?" dari adik dgn senyuman. emmmm terror anak ibu. sbb masa bangun dia tgk ibu x siap pki baju kerja. kalau x melalak suruh ibu tukar baju. sepanjang hari juga Fauzan x berapa aktif. hanya baring dan sesekali jer bangun. makan pun x selera. sian fauzan. bila malam jer nanti badan dia panas n badan dia menggigil maybe sbb panas dlm. lepas bagi mkn ubat n letak tuala kat dahi baru fauzan okey n blh tido. kekadang tu dia siap berckp2 tp x jelas, maybe effect dari panas badan dia. aku juga bagi fauzan minum air cap badak sbb air tu elok utk buang panas badan n alhamdulillah nmpk berkuranganlah.
No comments:
Post a Comment