12.5.10

family Outing - Day 1

1-3 mei 2010

Cuti HAri Buruh ari tu kiranya hari keluarga kulailah. thn ni kitaorg lepak kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Hihlands, thn lepas dah lepak kat RPP Bukit Fraser. Aku berkobar2 nak pergi sbb tmpt pelancongan, sure best, lagipun aku x pernah sampai. kalau anda kktgn kerajaan pst tahu btp susahnyer nak book RPPCH ni. maybe nasib baik ari tu masa aku booking dapatlah pulak. aku booking dlm bln 3/4 2009 kalau aku x silap. tp memang awal giler. masa booking tu pun kira booking jer x terus bayar sbb kot2 aku or hubby kena attend meeting/kursus/seminar dan sebagainya masa 1-3 mei tu saper tau. jadi masa booking x lah menaruh harapan sgt. tp alhamdulillah nampak semuanya berjalan lancar.

TAPIIIIIII.... nampaknya aku salah pilih tarikh masa booking tu sbb 1 mei adalah cuti buruh n jln masa tu memang jammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm............ sangat. bayangkan sepatutnya perjalan seawal pagi 9 pg dari jb sepatutnya blh sampai dlm kul 5 ptg kat cameron tp kerana jam yg teruk dari kg. Raja kita org smpi dlm kul 11 mlm kat RPP cameron highlands. smpi kat kg raja dlm kul 4.15 ptg, ingat pukul baper sbb masa tu fauzan tanya dah kul baper. sblm jln dah pesan siap2 kat abg2 mlm tu kena tido awal sbb esok nak gi umah hotel. bgtu dia yg umah htl tu jauh, gerak pagi dlm kul 4 atau 5 ptg baru sampai. tu yg fauzan asyik tanya masa. masa perjalanan kg. raja naik keatas kalau aku x silap amik masa lbh kurang 1 jam lbh jer tp ari tu krn jam yg teruk sangat kita org amik masa 7 jam baru sampai.


bila dah malam furqan pun dah mula meragam. sian baby ibu. agaknya sbb dah rimas n lama sgt dlm kete. masa tu tuhan saja yg tahu btp geramnyer hati biler dahlah jam, ada pula hamba2 Allah yg potong que. lagi jamlah gamaknyer. apa yg pasti kebanyakkan manusia yg x leh nak fikir tu majoritinya menggunakan kereta2 import n ada gak yg harga ratus2 ribu tp moral 1 sen pun x ada.

lagi satu kebanyakkan kete yg ptg que ni kereta yg berplat no. bermula ngan huruffff....... kang aku sebut nanti org marah pulak, tp hubby aku pun perasan memang kete dari satu negeri mcm si.. asyik potong que jer. penyudahnya biler dah sangkut dlm jam 4/3 jam lamanya n tgh mendaki bukit pulak tu, maka banyaklah kelihatan kereta2 yg tersadai kat sebelah menyebelah jalan ngan bonet depan terbuka n berasap. ada gak yg bau hangit. tp kebanyakkannye kereta tempatan n yg kecik yg x berapa power sbb they all wpun kete x power ttp que x nak ptg sbb mereka bermoral. kete yg harga riban2 kononnya power sbb jln jam daki bukit pun x berasap. x berasaplah sbb asyik ptg que jer. mulalah kata kete tempatan x baiklah, x standardlah. BO... tul.

saper nak cilok dpn kita org hubby mamang x bagi peluang. sib baik my hubby teror.. :D memang kitaorg dah rpt tul ngan kete dpn sampai ada pakcik tu siap berjalan2 kat luar kete sbb jam x gerak langsung, n ada lak kete nak cilok dpn we all tp hubby x bagi, pak cik tu siap ckp n bgtu sambil tjk depan kete kitaorg yg dah dekat sgt dgn kete depan, dah nak kena sikit jer lagi. we all senyum jer. hubby kata x per biar kena. mulanya saper yg ptg que cuma kena jeling jer n kena sumpah dlm hati,tp bila dah mlm pun mcm tu org pun dah boring, saper yg potong que memang kena hon2 n siap kena jerit2 "x faham2 nak beratur ker". memang asyik bunyi hon jelah n aku rasa kena sumpah pun banyak gak. aku pun bagi gak tp sikit jerlah :D .

ada sekali tu org potong que sampaikan laluan kete sebelah yg nak kuar dari cameron Highlands x leh nak lalu sbb sangkut, siap minta laluan kat kita org. sbb depan dia ada lori nak lalu. kebetulan aku tertoleh laki dia buat muka kesian n tunjuk kat depan ada lori dia nak masuk dpn kita org. aku pun buat isyarat suruh beratur n x layan. hubby pun buat x tau jer n x kasi pun cilok kat dpn. baru tau kena hon ngan lori.. org lain ada anak kecik, pun blh beratur yg dia apasal x beratur. org2 macm tulah yg menambahkan lagi jam jalan.

lagi satu kes kancil merah, aku ingat they all msh couple. sbb biasalah org yg couple ni kalau yg pompuan mcm control2 ayu n manja2. masa tu we all bukak tingkap n they all pun bukak tingkap. sibuk nak cilok depan kete, cocok-cocok kete kita org nak masuk dpn. aku pun masa tu tollehlah tgk tunjuk muka x puas hati. yg awek tu perasan n ckp ngan pakwe dia. ckp apa aku x sure tp pakwe dia tgk aku n nmpk mulut dia gerak "x yah layan". aku pun jawab ngan nada yg kuat sikit n sure dia dgr punyer.
"AAHHH AAHH..... X YAH LAYAN, ORG LAIN BERATUR MACAM APA SENANG2 JER NAK POTONG QUE. ORG LAIN SIAP BAWA ANAK KECIK PUN BOLEH BERATUR. INI SENANG2 JER NAK CILOK DEPAN ORANG. BERATURLAH...." geram tul aku. org lain pun nak sampai gak. asyik memikirkan diri sendiri jer.

mulanya kita org ingat ada accident ker apa? hubby siap tanya ada sorang mamat ni sbb dia on the way turun, ad apa kat depan. budak tu pun x sure sbb dia dah patah balik, x larat nak terus sbb jam tu panjang giler. kata hubby sib baiklah dah tempah rumah penginapan, kalau x tempah dah lah jam, sampai sana x ada penginapan sbb penuh x ker haru biruuuu jadinya.



tp yg betul2 buat kita org semakin ialah gerramm punca jam tu sebenarnya. hanya kerana PASAR MALAM BRINCHANG yg di buat kat tengah2 jalan utama jam sampai berjam2. apalahhhhhh perancangan mcm tu. x boleh fikir ker, xkan ni kejadian pertama. rasanya benda ni dah berulang2 kali. majlis tempatan dia x ada terpikir ke nak pindahkan. ayooooooo..... agaknya itu jelah hiburan yg maha hebat kat Cameron Highlands tu sampai semua org nak pegi pasar malam tu. kepada sesape nak pegi CH aku cadangkan jgnlah pegi masa sabtu n kalau x silap khamis pun ada pasar malam tu. memang jam nak mampusss.... x pun boikot jer CH tu. he..he... sampai they all terpikir nak selesaikan jam tu.

naper susah nak upload gambar ekkk? dari ari tu lagi x leh. ayoooooo...... ..........

okay nampaknyer semua gambar dah di upload meh kita layan gambar.

DAY 1

hari pertama kita berkenalan ngan RPPCh jelah. sbb sampai dah kul 11 mlm apa lagi xtiviti yg blh dibuat selain kemas2 n tidur. semua perancangan terpaksa berubah sbb timing lari. inlah ruper RPPCH. rumah memang best n besar. cuma sayang x leh masak. kalau kat bkt fraser blh masak. cukup semua peralatan. cuma we all dpt blok Melor 2 n kena manapak tangga yg tinggiiiiii. betul2 menguji ketebalan lemak aku.

1 comment:

Unknown said...

boleh bwk rmai orang ke? diorg xchek ek?

SaiFuL's family