10.8.11

salam 10 ramadhan

alhamdulillah.... dah 10 hari kita berpuasa. tinggal lagi >< 20 hari utk raya. mcm mana persiapan raya dah buat? baju2 dah beli? biskut dah ada? he..he....

aku baju raya budak2 alhamdulillah dah beli sebelum puasa lagi. kah..kah...kah... bukanlah over... cuma beli awal2 ni senanglah sikit. beli pun masa ada sale, murah sikit dapat lah beli lebih. lagipun kalau nak beli masa dah puasa mcm x larat pula, masa pun suntuk. hujung minggulah nak kemas rumah, hujung minggulah nak beli baju, hujung minggulah nak berbuka kat umah mak dan banyak lagi xtiviti yg dirancang dan x dirancang. maka belilah awal2.

biskut?????mmmmmm...he..he... biskut dah 3 jenis aku order tapi order ngan mak sedara jerr... itu pun belum pasti dapat sbb biaslah mak sedara aku ni kelakar sikit. buat biskut ikut mood... tapi biskut dia memang sedap, jadi aku x kira... CIKKKKKK.... tart nenas faiz jgn lupa tau... 400 biji yerr....

hahh...lagi satu sajer jer nak dengki. aku dah ada 1 jenis biskut, buat sendiri lagi. hujung minggu ari tu sebelum masak utk berbuka sempatlah aku menguli biskut raya. tapi aku x buat banyak buat dlm 1/2 adunan jer sbb guna apa yg ada kat umah. YESSSS!!! kali ni biskut raya aku menjadi, hubby pun kata sdp, fayyad pun kata sedap. YAhooo!!!! sbb last year aku buat gak. rasa okay tapi rupa biskut tu x jadi tu yg sedihhh.. tapi kali ni YES!!! lulus ngan cemerlang...pada akulah.. kalau nak tau biskut apa dan nak rasa datanglah umah... he.....

persiapan lain x ada buat apa pun. langsir pakai yg lama, alas meja pun pki yg lama, alas kaki pun stok lama. berjimat cermat membawa berkat. he..he... tinggal saja nak rendam dan basuh semuanya. itu projek hujung minggu yer......

P/s: nak pasang lagu rayalah... Selamat Hari Raya...

5.8.11

salam 5 ramadhan

salam, apa citer? citer apa ek???? aku tgh dilanda keboringannnn. biasalah ari jumaatkan rehat yg panjang. tapi biasalah mata... bila masa rehat x delah pulak nak mengantuk. tapi.... kalau masa kerja time time tulah berat giler nak buka kelopak mata.

layan jelah gambar2 lama hero2 ibu n abah. ni semasa lum puasa ari tu. jalan2 + makan + senam = best!!!!

1) gambar ni masa bdk2 ajak makan aiskrim kat JJ bukit Indah. layan jelah. lepas makan makaroni cheese layan ais krim lak. sekali sekali blhlah anak2. kalau selalu kang jalan kakilah ibu n abah gi kerja. he..he.. sila abaikan hero2 ku yg comot. kata makan ais krim kalau x comot x beshhhh lahkan?

2)Soccer Kids
hujung minggu sebelum puasa cikgu Mus buat latihan bola. tapi nampaknya x ramai bebudak yg dtg. agaknya sbb lama sgt cuti jadi info ttg latihan bole x sampai kat mereka.
gambar ni abg ayyad tgh cuba nak sepak bola. comelllnyerrr... tapi cikgu Mus kata okay sbb w/pun baru 5 thn tapi dah blh sepak bola. he....


yg ini pula abg ojan yg sepak. tapi ada sedikit berat itu badan yer sayang. tapi x per fauzan pun dah pandai diet n kontrol makan. kekadang kalau makan nasi dia x tambah pun sbb x nak kenyang sangat dia nak sihat kata dia. pandaiii abgg.. ibu yer jer x tau biler nak mula diet ni. aduhhh!!!

yang ini biasalah footballer yg paling kecik kat situ. kasi bola supaya main kat simen sorrylah x layannya. dia sibuk nak main kat padang juga mcm abg2. aku pun layan jelah tapi risau gak takut abg2 tu sepak kuat2 kena dier pulak. panas pun panaslah baby yg penting awak sihat sbb bersenam. he..he...

sekian cerita hero kesayangan.

P/s ari ni dah 5 hari fauzan puasa dan ayyad pula 4 hari. alhamdulillahhhhh

3.8.11

Salam Ramadhan 2011


Alhamdulillah.... masih dapat menghirup udara 3 ramadhan 2011. kpd famili, saudara mara, sahabat handai dan sesaper yg membaca atau tebaca blog aku ni aku ucapkan selamat Berpuasa. Semoga kita beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah sepanjang ramadhan ini.

seperti biasa setiap kali puasa aku berazam tak nak membazir. di harapkan tahun ini dapat melakukannya. utk puasa pertama kita org kat johor cuti. so masak sendirilah jawabnya. masak yg simple2 jer. buat jemput2 pisang, sardin gulung, nasi, ayam goreng, sayur kobis, telur kicap dan sambal telur. he...he.... memang ringkas sangat. sorrylah hubyy yer... x ada yg spesel.

utk puasa kedua, sebelum keluar kerja aku dah siap2 masak nasi jadi lauk nya biasalah beli lah kan. kalau dah sampai umah kul 6.45 apa yg nak dimasak. utk semalam beli ayam masak merah, daging masak mcm kurma, karipap dan tepung pelita. tapi sayangnya karipap dia x sedap langsung. mahal jer. tepung pelita okay tp sengal jurujual dia. aku minta rm2 rupanya satu 60sen (mahalllnya....) aku minta 5 biji dia baginya aku 3 biji jer. aduhhh..... sudahnya baby furqan mam 2 bj abg ojan mam 1. sian abg ojan nak lagi dah x ada. pastu aku sempat goreng telur n goreng paru buat tambah lauk. oklahhh tu.

utk ari ni x sure lagi. tapi rasanya lauk kena beli jugalah sbb nasi dah masak. insya allah kalau sempat goreng mee. tapi x leh nak janji, almaklumlah bila puasa keadaan jalan x leh nak jangka. jammm... memanjang.......

citer anak2 pula:-

1) fauzan - dah 2 ari puasa penuh. diharapkan dapatlah dia bertahan untuk menunaikan ibadat puas ni. utk thn lepas dia cuma dapata puas 16 hari penuh. ini sbb dia puasa tapi x bersahur jadi dalam badan sdh masuk angin. masa dah hujung2 puasa tu biler dia makan utk buka puasa mesti muntah balik sbb angin dlm perut dia. masa tu dah x bagi dia puasa kecuali kalau dia bersahur. tp makkk aiiii... bila kejut time sahur sudahhnyerrr nak bangun. jadi penyudahnya x sahur dan x kleh puasa. sebelum tidur bersemangat nak ssahur tapi bila kejut payahnyerr nak bangun. tapi utk thn ni nampaknya okay. walaupun hanya minum susu ngan mata yg pejam tapi okaylah ddia nak juga telan susu. lepas minum 1/2 gelas sambung balik tidur.


2) fayyad - ari pertama lagi fayyad dah nak puasa tapi kul 10 pg dah buka peti ais minum susu. tapi bila kata x boleh sbb dia dah minum dia pula marah x puas hati. last2 abah dia kata okaylah kalau nak puasa tp lepas tu x leh makan atau minum. baru senyum. tup.... kul 11.30 pagi dah merengek nak makan nasi + telur kicap. kelakarlah ayad ni.sudahnya luch kul 12 tghri utk ayyad dan furqan. tapi utk hari ke-2 semalam dia puasa. terperanjat juga tapi bila tanya cikgu dia memang fayyad puasa. pandaiiiinyer anak ibu ni. alhamdulillah. maka ayyad pun bersahur juglah pagi tadi sama caranya dgn abg minum susu sambil pejam mata. minum 1/2 gelas jadilah....


3) Furqan - he..he... yg ini baby lagi. x reti. makanya yg ketiga ni x puasalahkan. yg kelakarnya masa balik sekolah sibuk dia tunjuk2 masa dlm kereta sambil mulut kecoh. aku berfikirlah apa benda yg dia nak. rupanya dia nak air, kah..kah... sbb ari2 biasa aku memang ada stok air 1 botol dlm kereta kot2 dahaga boleh minum dan biasanya balik sek, dia mesti minum. sian bb sbb x ada air.

SaiFuL's family