18.3.12

PD hari ke-3

harike-3, hari utk check out sbb kita org tempah hanya 3H 2M jer. kalau nak duduk lama tempahlah lama yer... ari ni sarapan epok2 n samosa jer. lepas sarapan aktiviti biasa ialah terjun kolam. cuma bil ahli yg terjun kolam dah tinggal sikitlah sbb ada yg dah balik semalam lepas dinner.
kanak2 yg happy sbb dapat mandi kolam. fauzan dah boleh berenang dan fayyad pun dah boleh skit2.
setelah puas berendam n melompat dalam kolam dalam kul 10.30 kita org naik dan bersiap2 utk balik. kali ni x kuar lambat sebab nak balik johor jadi amik masa gak perjalanannyer. tepat kul 12 tghri kita org pun gerak n kuar. masa check out pun sekejap jer. x sampai 5 mnt semua ok. semnetara tungggu abah simpan brg n panaskan enjin kete aku melayan budak2 kat lobi. tp mcm biasalh si kecik furqan x nak diam dan x nak dikokong. asyik nak berlari jer... aduhhh.....

keluar dari hotel ingatkan nak terus balik johor, sekali masa lalu kat Cowboy nasi kukus kedai tu bukalah pula. kita org pun singgahlah sbb masa tu pun dah kira tengahhari kira lunchlah sekali. kalau baca kat blog2 ramai yg kata kat situ ok dan best tp ada gak yg kata x best. pada aku ikut selera dan cara kita. kalau tanya aku n hubby pada kita org okay. dia ada set RM5 1 set terdiri dari nasi dan 1/4 ayam bersama sos. ini x termasuk air. tapi kalau nak nasi ngan 1/2 ekor ayam pun ada, nak 1 ekor ayam pun ada.ini kira 1 setlah cuma air harga lain

selain tu ada gak sosej, kepak dan pedal bakar yg dijual rm1/cucuk.

utk air pulak hanya ada 4 jenis air sahaja iaitu, tembikai, mata kucing, sirap dan anggur. x yah tanya air lain memang x ada. pada aku they all buat macam tu sbb nak cepat. pelanggan kat situ memang ramai. masa kitaorg sampai tu x berapa ramailah tp bila tengahari kul 1 gitu boleh dikatakan setiap meja dah ada org duduk. yg beli tapau jer pun ada. kiranya memang ramai. bila buat macam tu within 5 minit apa yg kita order dah dapat. wajah2 kekenyangan dan puas sbb dapat merasa nasi kukus ayam panggang Cowboy PD.

Mak ngah ngan Si Bongsu.

aku siap tapau 1 ekor ayan utk dinner n mak oerder 2 set utk bawa balik johor. he..he.... sampai umah dah x yah masak beriya sbb main course dah ada. masak yg ciput2 jer.

lepas makan kat situ barulah kita org gerak balik johor. tp masa kat R&R PD berhenti dalam 1 jam gak sb ada yg nak membuang apa yg patut dan solat sekali. dah tu sambung semula perjalanan dan berhenti kat Machap utk minum dan menyegarkan badan. dalam kul 5 lebih mcm tu alhamdulillah selamat sampai rumah Cat.
yayad n furqan yg di suruh cop tempat duduk sementara abah, atuk n mak ngah cari mamam. he..he.... ayad sibuk nak duduk ngan abg dan kak nani meja sebelah. jap yer yayad...

sekian citer cuti2 malaysia utk kali ni. kalau ada citer nanti sambung kat entri lain pulak.

P/s : pas ni family day nak buat kat maner ekkk???

17.3.12

2nd day cuti2 PD

2nd day
sepatutnya hari kedua dimulakan seawal 8 pg utk sesi mandi manda dan aktiviti pantai seperti naik banana boat, jet ski dan sbginya. tp oleh kerana dah ramai yg berkumpul dan bersarapan sambil berbual maka sesi mandi manda hanya bermula seawal pukul 10.00 pagi. tapi kanak2 kecik lain yg x sabar dah turun lebih awal mengikut abg2 besar they all . yg kul 10 hanyalah mak2 budak n off causelah anak2 aku. aku x lepas anak2 aku mandi kalau x ada aku atau abah they all turut sama. he..he.... sib baik anak aku x memberontak. menu utk sarapan pagi ialah american b/fast. tp x amerika sangat pun. kahhhh....kahhh..kah.....

turun2 jer kita org terus gerak gi pantai, ingatkan nak main motor pantai sekali dah kena tempah ngan org lain. tgh2 berbual dtglah budak banana boat ni promote BB dia. siap bagitau yg they all under hotel n keselamatan di jamin dan siap ada 1 jet ski khas utk resque. sbb kat situ pun ada team lain yg promote banana boat yg harganya jauh lebih murah tp dari segi keselamatan x ada jaminan. aku yg dari dulu teringin nak naik pun exited sekali. tp risaulak furqan x nak duduk ngan atuk dia masa kau naik BB. sekali budak tu kata baby pun boleh ikut sbb dia siap ada jaket keselamatan utk kanak2. aku pun apa lagi, tp dlm hati risau gak sbb furqan kecik lagi. tp budak tu kata x ada apa sbb they all x bawa laju kalau ada bdk kecik n x ada jatuh2kan dalam air. akhirnya aku, hubby, fauzan, furqan, akak n abg ipar aku ngan anak dia sorang naik. kita org x campur ngan org lain sbb 1 boat tu minima dia 5 kita org dah ada 6 jadi oklah x yah campur org lain.BB ni kira RM10 seorang termasuklah kanak2 mcm fauaan pun dikira rm10. utk furqan free. he..he....

fuyooooooooo... bestttt!!!! hubby pegang furqan, mula2 baby mcm takut tp pastu relaxx... jer. aku peluk fauzan. bestt!!!!! lepas kita org naik anak2 sedara pula yg naik. oleh kerana they all 4 org jer jadi kena campur ngan 2 org lain. they all siap request nak minta jatuh masa dah nak abis nanti. kalau nak minta jatuh kat tengah sikit pun boleh sbb ada life jacket jadi x risau. tapi budak2 tu x nak. kah..kah... bestt!!!

inilah ruper anak sedara aku yg naik BB. gambar aku naik x adalah pulak sbb masa biler nak amik, masa biler nak naik. he...

lepas xtiviti pantai kita org sambung berendam kat kolam. yg kelakarnya sbb turun dah agak lewat biler dah pukul 11 lebih org lain dah x ramai, kat kolam tu hanya tinggal our family jer. wahhhh dah macam private pool lak. khas utk our family. kah..kah.... tgklah kat dlm pool tu dah x ada org lain sangat. he..he...

dah puas berendam dan perut dah berkeroncong maka xtiviti mengisi perytlah pulak. kali ni kita org lunch kat luar. ingatkan nak cuba nasi kukus cowboy PD sekali tutup da... dah baper kali plan nak rasa sbb banyak respon positif ttg kedai makan ni. tp masih belum ada rezeki nak rasa nampaknya. akhirnya SIL aku bawa mkn kat restoren apatah dekat dgn Sunggala gateway kalau x silaplah yg ada kedai 1Malaysia dan dekat ngan bulatan nak ke highway. tapi masya Allah... malas nak citer yg pasti rasanya x akan ada kunjungan kedua utk kedai ini dilain masa, mahupun yg ke-3 atau seterusnya. services, makan dan air aku hanya bagi 1 bintang drpd 5 bintang. tgklah cara adik tu berdiri, mmm...m.....
berkumpul kat lobi hotel sebelum gerak pegi cari lunch

lepas lunch, ngan matahari yg tengah tercacak kat kepala dan cuaca yg amat terik we all decide utk balik hotel n berehat jer. sementara yg lain balik aku n hubby singgah kat NAsreen Songkla utk buat tempahan makan malam ni. kat nasreen ni makan pada aku memang best dan agak murah utk kedai sea food. dah beberapa kali aku n hubby makan kat sini. boleh dikatakan setiap kali dtg PD ini merpakan salah satu kedai makan yg kita org akan singgah. berdasarkan pengalaman yg lalu maka reservation harus dibuat awal utk makan malam seramai 25 org pada pukul 8.30 malam. setelah pemilihan menu dibuat dan pembayaran deposit, kita org pun gerak balik hotel

seperti biasa, selepas asar aktiviti berendam dimulakan semula. tapi petang ni x leh lama sbb petugas keselamatan hotel dah bagitau kalau hujan atau ada petir dan kilat minta kerjasama pengggunjung utk keluar dari kolam krn ianya berbahaya. tapi masa langit dah mendung dan angin dah bertiup agak kuat semua ahli kelaurgaku telah diarah keluar dari kolam dan naik ke bilik. dah siap salin baju tup2 hujan pun turun selebat2nya. sib baik cepat sikit kita org naik kalau x mandi hujanlah jawabnyer.

antara aksi dari hero2ku semasa mandi

kul 8 mlm semua diminta berkumpul n bergerak ke nasreen seafood. sampai kat situ lebih kurang kul 8.25. memang tempat dah disediakan dan duduk dalam 10 minit macam tu makanan pun mula dihidang. yg kelakarnyer ada meja yg jeling2 mcm x puas hati sbb kita org sampai kemudian tapi dapat dulu dari dia. kaedahnyer sila tempah sebelum datang makan yer. sbb nasreen songkla ni sentiasa penuh dan peak hour dia around 8 - 9 pm. jadi kalau nak makan masa ni sila tempah kalau x alamatnyer kena beraturlah. (ini dari pengalaman sendiri.. he...) dari respon ce wahhh... maklum balas family yg makan malam tu semuanya berpuas hati dan makan sampai tersandar kat kerusi sbb kenyang sangat. respon dari family akulah, family lain aku x tanya pulak.
balik dari makan kita org singgah kat Teluk Kemang yg sentiasa happening bila malam2 minggu ni. kali ni ada pameran kereta2 yg telah diubah suai.

budak2 tu sempat posing ngan kete anggry bird yg rasanya telah menang banyak anugerah berdasarkan piala yg diletak kat sit belakanglah.

dah ronda2 n beli apa yg terpaut kat hati kita org pun balik. malam tu hubby ngan my SIL telah bersengkang mata utk melihat datuk Lee Chong Wei bermain menentang Lin Dan. Tup2 datuk LCW telah menarik diri kerana masalah bahu yg dialami. siannnn datuk LCW. semoga cepat sembuh yer. aku x larat lah pulak nak melayag, aku layan furqan ZZZZZZZZ jer. he..... sekian utk covel telenovela hari ke-2. sbb panjang sangat citer nyer. he.... entri seterusnyer pulak kita citer hari CO.

15.3.12

Outing Day lagi.... kali ni kat PD

sempena cuti sekolah kali ni kita org buat family day kat Permaisuri Resort, PD jer. x yah jauh2 kang penat dlm perjalanan jer. dari johor kira ok, dari kl pun kira dekat. semua joint kecuali yg bongsu x leh nak joint sbb x leh nak cuti. kalau diikutkan malas nak buat hari cuti sekolah sbb semuanya jadi mahal, tempat penuh tapi masa nilah anak2 free, x yah ponteng sekolah. kalau buat ari sekolah memang murah dan x yah bersesak tp anak2 kena ponteng sekolah. makanya cuti sekolah tetap dipilih utk membuat family day.

kali ni kita org buat pakej 3H 2M. Travel itinerary pun dah disiapkan. pembahagian tugas antara family jangan lupa. saper yg kena bawa apa dan sebagainyer. tapi yelah ateee... kata cuma panduan jer ada gak yg tak terikut. he..he...

1'st day
hari pertama kita org berkumpul kat Shell highway kulai dalam kul 10 pagi dan around 10.10 am dah bertolak ke PD. sebelum sampai PD singgah Merlimau amik anak sedara kat Politek merlimau n lunch sekali kat situ. makan not bad, cuma ialah agaknyer kita org ramai dlm 4 kereta jadi bila order air lain tapi dapat air lain itu lumrahlah yer. tapi oke jelah... sbb sian pakcik tu beriya2 memberikan servis yg terbaik.

kat sinilah kita org makan, depan ngan poli merlimau.

inilah anak sedara aku ngan bayang2 dia. he..he... after lunch gerak semula ke PD. ehhh luperr...singgah merlimau bukan amik nak sedara jer tapi siap bawa kawan anak sedara kira member kamcing dialah. tapi ok jer budaknyer, mcm x wujud jer sbb x ada bunyi. dia jadi bayang2 anak sedara aku jer. he..he...

Dalam kul 2. 30 ptg macam tu kita org pun sampai kat permaisuri resort n check in. dapat apartment tingkat 3 dan seperti yg direquest dapat apartment yg bersebelahan. mula2 staff dia kata x leh dapat berebelahan aku pun macam nak berangin jer sbb setiap kali call n masa booking dah request n dia kata okay. tup2 bila nak CI kata x ada pulak. tapi sib baik bila aku terangkan boleh pulak dapat. moralnya jangan takut untuk bersuara. he..he... kita org amik 2 apartment yg ada 3 bilik. apartment memang best. besar dan selesa. siap ada kitchen tapi x adalah peralatan memasak, ada meja makan utk 6 org dan benda2 lain mcm hotel lainlah.MB pun besar. senang aku anak beranak bergolek2. almaklum anak ramai. he..he... (ramai ker?)

lepas rehat n minum petang ngan bihun goreng made in kulai, bermulakah xtiviti cuti2 malaysia. Apalagi terjun kolamlah xtivitinyer. sukerrrr nyer budak2 termasuklah mak n bapak budak. atuk budak tengok jer dari tepi kolam. he..he.... masa ni x bawa kamera sbb dah exited nak mandi jadi no piclah yer utk ari pertama. dah puas berenang n berendam semua dikerah naik sbb dah petang. x per esok pagi kita terjun lagi. saper x tau bihun goreng tu apa,mcm nilah rupernyer... kah..kah... xkanlah x tau. sajer jer dengki. (tq uncle google sbb bagi aku copy gambar.)

utk dinner kita org makan nasi lemak ayam jer. tinggal panaskan jer sbb dah siap2 dari umah lagi.bila dah makan ramai2 memang best! habis licin nasi lemak ayam malam tu.percutian kali ni lebih kurang 15 org dewasa n 10 org kanak2 n sorang baby. baby furqanlah tu. (gambar ni aku amik dari google yer, bukannya nasi lemak yg kita org makan. aku pilih yg best punyer gambar jadi engkau org tengok sure perut berkeroncong...hahhhahhh).

lepas dinner kia org lepak2 sambil tgk tv n berborak. cuma akak ipar aku jer ngan hubby dia n 2 org anak sedara yg kuar. they all sempat layan lagi battle of the band kat teluk kemang. happening gitu.

Sekian untuk citer hari pertama cuti2 malaysia. 2nd day kita sambung enty lain pulak yer.

jom tido.

SaiFuL's family