17.3.12

2nd day cuti2 PD

2nd day
sepatutnya hari kedua dimulakan seawal 8 pg utk sesi mandi manda dan aktiviti pantai seperti naik banana boat, jet ski dan sbginya. tp oleh kerana dah ramai yg berkumpul dan bersarapan sambil berbual maka sesi mandi manda hanya bermula seawal pukul 10.00 pagi. tapi kanak2 kecik lain yg x sabar dah turun lebih awal mengikut abg2 besar they all . yg kul 10 hanyalah mak2 budak n off causelah anak2 aku. aku x lepas anak2 aku mandi kalau x ada aku atau abah they all turut sama. he..he.... sib baik anak aku x memberontak. menu utk sarapan pagi ialah american b/fast. tp x amerika sangat pun. kahhhh....kahhh..kah.....

turun2 jer kita org terus gerak gi pantai, ingatkan nak main motor pantai sekali dah kena tempah ngan org lain. tgh2 berbual dtglah budak banana boat ni promote BB dia. siap bagitau yg they all under hotel n keselamatan di jamin dan siap ada 1 jet ski khas utk resque. sbb kat situ pun ada team lain yg promote banana boat yg harganya jauh lebih murah tp dari segi keselamatan x ada jaminan. aku yg dari dulu teringin nak naik pun exited sekali. tp risaulak furqan x nak duduk ngan atuk dia masa kau naik BB. sekali budak tu kata baby pun boleh ikut sbb dia siap ada jaket keselamatan utk kanak2. aku pun apa lagi, tp dlm hati risau gak sbb furqan kecik lagi. tp budak tu kata x ada apa sbb they all x bawa laju kalau ada bdk kecik n x ada jatuh2kan dalam air. akhirnya aku, hubby, fauzan, furqan, akak n abg ipar aku ngan anak dia sorang naik. kita org x campur ngan org lain sbb 1 boat tu minima dia 5 kita org dah ada 6 jadi oklah x yah campur org lain.BB ni kira RM10 seorang termasuklah kanak2 mcm fauaan pun dikira rm10. utk furqan free. he..he....

fuyooooooooo... bestttt!!!! hubby pegang furqan, mula2 baby mcm takut tp pastu relaxx... jer. aku peluk fauzan. bestt!!!!! lepas kita org naik anak2 sedara pula yg naik. oleh kerana they all 4 org jer jadi kena campur ngan 2 org lain. they all siap request nak minta jatuh masa dah nak abis nanti. kalau nak minta jatuh kat tengah sikit pun boleh sbb ada life jacket jadi x risau. tapi budak2 tu x nak. kah..kah... bestt!!!

inilah ruper anak sedara aku yg naik BB. gambar aku naik x adalah pulak sbb masa biler nak amik, masa biler nak naik. he...

lepas xtiviti pantai kita org sambung berendam kat kolam. yg kelakarnya sbb turun dah agak lewat biler dah pukul 11 lebih org lain dah x ramai, kat kolam tu hanya tinggal our family jer. wahhhh dah macam private pool lak. khas utk our family. kah..kah.... tgklah kat dlm pool tu dah x ada org lain sangat. he..he...

dah puas berendam dan perut dah berkeroncong maka xtiviti mengisi perytlah pulak. kali ni kita org lunch kat luar. ingatkan nak cuba nasi kukus cowboy PD sekali tutup da... dah baper kali plan nak rasa sbb banyak respon positif ttg kedai makan ni. tp masih belum ada rezeki nak rasa nampaknya. akhirnya SIL aku bawa mkn kat restoren apatah dekat dgn Sunggala gateway kalau x silaplah yg ada kedai 1Malaysia dan dekat ngan bulatan nak ke highway. tapi masya Allah... malas nak citer yg pasti rasanya x akan ada kunjungan kedua utk kedai ini dilain masa, mahupun yg ke-3 atau seterusnya. services, makan dan air aku hanya bagi 1 bintang drpd 5 bintang. tgklah cara adik tu berdiri, mmm...m.....
berkumpul kat lobi hotel sebelum gerak pegi cari lunch

lepas lunch, ngan matahari yg tengah tercacak kat kepala dan cuaca yg amat terik we all decide utk balik hotel n berehat jer. sementara yg lain balik aku n hubby singgah kat NAsreen Songkla utk buat tempahan makan malam ni. kat nasreen ni makan pada aku memang best dan agak murah utk kedai sea food. dah beberapa kali aku n hubby makan kat sini. boleh dikatakan setiap kali dtg PD ini merpakan salah satu kedai makan yg kita org akan singgah. berdasarkan pengalaman yg lalu maka reservation harus dibuat awal utk makan malam seramai 25 org pada pukul 8.30 malam. setelah pemilihan menu dibuat dan pembayaran deposit, kita org pun gerak balik hotel

seperti biasa, selepas asar aktiviti berendam dimulakan semula. tapi petang ni x leh lama sbb petugas keselamatan hotel dah bagitau kalau hujan atau ada petir dan kilat minta kerjasama pengggunjung utk keluar dari kolam krn ianya berbahaya. tapi masa langit dah mendung dan angin dah bertiup agak kuat semua ahli kelaurgaku telah diarah keluar dari kolam dan naik ke bilik. dah siap salin baju tup2 hujan pun turun selebat2nya. sib baik cepat sikit kita org naik kalau x mandi hujanlah jawabnyer.

antara aksi dari hero2ku semasa mandi

kul 8 mlm semua diminta berkumpul n bergerak ke nasreen seafood. sampai kat situ lebih kurang kul 8.25. memang tempat dah disediakan dan duduk dalam 10 minit macam tu makanan pun mula dihidang. yg kelakarnyer ada meja yg jeling2 mcm x puas hati sbb kita org sampai kemudian tapi dapat dulu dari dia. kaedahnyer sila tempah sebelum datang makan yer. sbb nasreen songkla ni sentiasa penuh dan peak hour dia around 8 - 9 pm. jadi kalau nak makan masa ni sila tempah kalau x alamatnyer kena beraturlah. (ini dari pengalaman sendiri.. he...) dari respon ce wahhh... maklum balas family yg makan malam tu semuanya berpuas hati dan makan sampai tersandar kat kerusi sbb kenyang sangat. respon dari family akulah, family lain aku x tanya pulak.
balik dari makan kita org singgah kat Teluk Kemang yg sentiasa happening bila malam2 minggu ni. kali ni ada pameran kereta2 yg telah diubah suai.

budak2 tu sempat posing ngan kete anggry bird yg rasanya telah menang banyak anugerah berdasarkan piala yg diletak kat sit belakanglah.

dah ronda2 n beli apa yg terpaut kat hati kita org pun balik. malam tu hubby ngan my SIL telah bersengkang mata utk melihat datuk Lee Chong Wei bermain menentang Lin Dan. Tup2 datuk LCW telah menarik diri kerana masalah bahu yg dialami. siannnn datuk LCW. semoga cepat sembuh yer. aku x larat lah pulak nak melayag, aku layan furqan ZZZZZZZZ jer. he..... sekian utk covel telenovela hari ke-2. sbb panjang sangat citer nyer. he.... entri seterusnyer pulak kita citer hari CO.

No comments:

SaiFuL's family