sempena cuti sekolah kali ni kita org buat family day kat Permaisuri Resort, PD jer. x yah jauh2 kang penat dlm perjalanan jer. dari johor kira ok, dari kl pun kira dekat. semua joint kecuali yg bongsu x leh nak joint sbb x leh nak cuti. kalau diikutkan malas nak buat hari cuti sekolah sbb semuanya jadi mahal, tempat penuh tapi masa nilah anak2 free, x yah ponteng sekolah. kalau buat ari sekolah memang murah dan x yah bersesak tp anak2 kena ponteng sekolah. makanya cuti sekolah tetap dipilih utk membuat family day.
kali ni kita org buat pakej 3H 2M. Travel itinerary pun dah disiapkan. pembahagian tugas antara family jangan lupa. saper yg kena bawa apa dan sebagainyer. tapi yelah ateee... kata cuma panduan jer ada gak yg tak terikut. he..he...
1'st day
hari pertama kita org berkumpul kat Shell highway kulai dalam kul 10 pagi dan around 10.10 am dah bertolak ke PD. sebelum sampai PD singgah Merlimau amik anak sedara kat Politek merlimau n lunch sekali kat situ. makan not bad, cuma ialah agaknyer kita org ramai dlm 4 kereta jadi bila order air lain tapi dapat air lain itu lumrahlah yer. tapi oke jelah... sbb sian pakcik tu beriya2 memberikan servis yg terbaik.
kat sinilah kita org makan, depan ngan poli merlimau.
inilah anak sedara aku ngan bayang2 dia. he..he... after lunch gerak semula ke PD. ehhh luperr...singgah merlimau bukan amik nak sedara jer tapi siap bawa kawan anak sedara kira member kamcing dialah. tapi ok jer budaknyer, mcm x wujud jer sbb x ada bunyi. dia jadi bayang2 anak sedara aku jer. he..he...
Dalam kul 2. 30 ptg macam tu kita org pun sampai kat permaisuri resort n check in. dapat apartment tingkat 3 dan seperti yg direquest dapat apartment yg bersebelahan. mula2 staff dia kata x leh dapat berebelahan aku pun macam nak berangin jer sbb setiap kali call n masa booking dah request n dia kata okay. tup2 bila nak CI kata x ada pulak. tapi sib baik bila aku terangkan boleh pulak dapat. moralnya jangan takut untuk bersuara. he..he... kita org amik 2 apartment yg ada 3 bilik. apartment memang best. besar dan selesa. siap ada kitchen tapi x adalah peralatan memasak, ada meja makan utk 6 org dan benda2 lain mcm hotel lainlah.MB pun besar. senang aku anak beranak bergolek2. almaklum anak ramai. he..he... (ramai ker?)
lepas rehat n minum petang ngan bihun goreng made in kulai, bermulakah xtiviti cuti2 malaysia. Apalagi terjun kolamlah xtivitinyer. sukerrrr nyer budak2 termasuklah mak n bapak budak. atuk budak tengok jer dari tepi kolam. he..he.... masa ni x bawa kamera sbb dah exited nak mandi jadi no piclah yer utk ari pertama. dah puas berenang n berendam semua dikerah naik sbb dah petang. x per esok pagi kita terjun lagi. saper x tau bihun goreng tu apa,mcm nilah rupernyer... kah..kah... xkanlah x tau. sajer jer dengki. (tq uncle google sbb bagi aku copy gambar.)
utk dinner kita org makan nasi lemak ayam jer. tinggal panaskan jer sbb dah siap2 dari umah lagi.bila dah makan ramai2 memang best! habis licin nasi lemak ayam malam tu.percutian kali ni lebih kurang 15 org dewasa n 10 org kanak2 n sorang baby. baby furqanlah tu. (gambar ni aku amik dari google yer, bukannya nasi lemak yg kita org makan. aku pilih yg best punyer gambar jadi engkau org tengok sure perut berkeroncong...hahhhahhh).
lepas dinner kia org lepak2 sambil tgk tv n berborak. cuma akak ipar aku jer ngan hubby dia n 2 org anak sedara yg kuar. they all sempat layan lagi battle of the band kat teluk kemang. happening gitu.
Sekian untuk citer hari pertama cuti2 malaysia. 2nd day kita sambung enty lain pulak yer.
jom tido.
No comments:
Post a Comment