31.7.12

salam 11 ramadhan

aduhhhh dah lama x update yer. ingatkan bulan puasa nak update hari2 sbb nak masukkan gambar2 yg comel tu  tp nampaknyer x kesampaian.x perlah. yg penting ada gak aku update. pertama sekali kita layan gambar2 comel tu yer.





                                     



comel tak gambar2kat atas tu? he...aku suker.

apa citer ramadhan ke-11? aku x der cerita sangat. cuma alhamdulillah setiap kali cuti aku masak dan x beli kat bazar kecuali kuih muih. utk hidangan utama aku masak jer walaupun lauk kicap, hubby tetap okay.  budak2 pula lebih kpd mknn seperti naget n mee goreng. semenjak puasa baru 2 kali fayyad makan nasi selainnyer makan naget dan mee. fauzan pun dah kurang makan sbb effect dr mulut dia yg sakit. baru semalam nampak dia beriya sikit makan satay semasa we all supper.

persiapan raya - utk thn ni baju kurung raya ibu, abah n anak2 semua dah ok kecuali furqan. he...hee   itu kes aku terlupa bagi baju contoh masa antar tempah ari tu. sib baik akak tu nak amik lagi tempahan. kiranya baju kurung tinggal furqan nyer lagi yg belum siap. utk seluar jeans lak yg thn lepas punya masih ada n masih elok. utk thn ni baru top-up seorang sehelai jer t-shirt raya. cukup kot, x pun nati cari lagi sehelai 2. baju furqan je lebih skit almaklumlah budak baik, biler makan jer kesat kat baju. baju baru pun dah bercapuk2 tanda coklat. aduuuuaaiiii....

biskut raya - hahhh rasanya dah ramai gak yg telah mula mengookies. aku baru buat 2 jenis. itu pun atas  bantuan hero2 aku. walaupun aku baru mempunyai hero dan belum ada heroin tapi alhamdulillah kerajinan mereka membantu aku kadang kala mengalahkan heroin. fauzan asyik tanya biler nak buat cookies lagi. sbb dia tgh exited nak buat biskut raya.. sabar yer anak ibu. kia buat hujung minggu jer. hari kerja n hari sekolah x blhlah kang penat n tidur lewat pulak.  kerepek2 raya pun blm beli, maybe dah dekar skit baru beli. bak kata hubby aku baru seminggu puasa. he...he....

kat bwh ni aku tempekkan  gambar yg aku jumpa masa aku merayau kat blog org. sorrylah yer aku copy paste jer.  




26.7.12

hari ke-6 ramadhan



salam ramadhan.... wah sempena ramadhan rajinlak aku mengupdate blog. he... cuma ramadhan ke-4 ngan ramadhan ke-5 jer aku x sempat update. bukan apa sbb 2 hari tu aku becuti sbb hero sulung aku terkena Gingivitis (Radang Gusi) so x sempat nak mengupdate blog.

sebenarnya semenjak demam 2 minggu lepas fauzan dah mengadu yg gigi n mulut dia sakit. aku ingatkan sbb effect dr demam tu maybe urat gusi dia bengkak jadi aku kata x per, abg demam sbb tu gigi abg sakit. aku buat dek jer. setiap kali dia mengadu aku kata biasalah tu. setelah demam, baik dan demam semula, kemudian baik kembali masuklah bulan ramadhan. pada hari pertama ramadhan biler bangun pagi tgk fauzan mcm x bermaya. lepas mandi fauzan hanya tidur sampai ke pukul 1 tghri.  aku n abah dia musykil sbb fauzan ni tidur siang payah sgt, asyik nak main jer. ni pula syik tidur. rupernyer member demam. oleh kerana demam dan makin panas akhirnya fauzan berbuka dgn ubat demam. 


tp esoknya alhamdulillah fauzan puasa dan x ada demam. masa hari isnin nak pegi sekolah fauzan kata mulut dia sakit n bibir dia kering dan pecah2 skit. tp abah dia pujuk kata x per nanti mlm lepas berbuka kita pegi klinik. dan selepas berbuka kita org bawa pergi ke klinik. sekali biler dokto tu cek dia terperanjat dan tanya biler kali terakhir berus gigi. aku terperanjatlah sbb anak2 aku setiap kali mandi mesti berus gigi dan dah tentu sebelum berbuka tadi dah mandi n berus gigi. 


rupernyer kata dr. fauzan dah kena GINGIVITIS atau radang gusi. masa dr tunjuk tu barulah aku nampak yg gusi dia berwarna merah bukannya pink dan dah bengkak. dr. kata celah2 gigi dia pun dah ada jangkitan tu. YA Allah kesiannya anak ibu. dr kata bentu tu memang sakit dan aku iyakan sbb sekali sekala fauzan akan merengek tp aku kata budak besar x leh mcm tu. aduhhh haiii knp lah aku amik mudah masa dia bgtau yg gigi dia sakit. dr. juga cdgkan agar kita org pegi dental utk buat rawatan lanjutan. siannyer. akhirnya dr bagi ubat tahan sakit, antibiotik, ubat kumur2 dan ubat sapu kat mulut.


sbb itu aku cuti utk memantau heroku dan 2 hari tu jugalah dia x berpuasa sbb kena makan ubat. walaupun x berpuasa tp fauzan x berapa selera nak makan sbb mulut dia sakit. itu pun kena paksa sbb kalau tak,  tak blh nak makan ubat perut kosong.




alhamdulillah.... ari ni nmpak dah ada perubahan skit. semalam dah malam barulah fauzan makan nasi sbb dah lapar agaknya. kalau tak dia hanya akan makan sepotong puding karamel shj. ari ni pin  fauzan dah bersekolah n berpuasa. Insya Allah harap2 dah okay walaupun sebenarnya kalau tgk mulut dia masih x selesa lagi. tp insya allah cepat sembuh.


kat bawah ni aku tepekkan gambar comel utk puasa ke4 & ke-5 yer






23.7.12

hari ke-3 ramadhan

salam, ramadhan, he..he... sure u all terperanjat sbb aku terlebih rajin update blog. sebenarnya gambar utk 1st & 2nd day tu aku dah buat awal2 n schedulekan. tu yg mcm rajin sangat he....


Kemarin puasa pertama. alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma kesian kat fauzan hari pertama dah demam dan terpaksa berbuka sbb nak makan ubat. ni for sure saki baki demam yg minggu2 lepas x abis kuar. x pelah sayang dah x sihat nak buat macam mana. tp alhamdulillah semalam puasa ari ke-2 fauzan dah boleh berpuasa.

utk fayyad alhamdulillah masih bertahan 2 hari dan nampaknya x merengek malahan aktif seperti biasa. walaupun telah dinasihatkan agar berehat  sambil memonton kartun tp nampaknya xtiviti harian ttp berjln lancar iaitu menyakat adik dan bermain bola dalam rumah walau pun kena marah ngan ibu. emmm... x perlah yg penting ayyad sihat.

misi ari pertama alhamdulillah misi tanpa menapak di bazar ramadhan berjaya begitu juga utk ari kedua. he...he... bangga tu.ari pertama aku masak simple giler. masak nasi bersama lauk yg x seberapa + puding roti karamel + naget + jemput2. itu jer tp ayyad x makan pun nasi, sibuk meratah naget.

utk terawih alhamdulillah, malam prtama abg2 berjaya membuat 20 rakaat. tp utk malam kedua abg2 x buat pun. abah sorang jer pegi terawih sbb abg Ojan x sihat. utk malam ke-3 alhamdulillah abg2 kembali berterawih sbb dah sihat.

semalam kita org berbuka kat umah MIL. oleh sbb MIL dah ajak makan jadi aku pun x masaklah.Menatu Mithali katakan. kah..kah.... tapi aku buat puding n bawa ke umah MIL. x delah dtg bawa perut kosong jer. he.....

22.7.12

hari ke-2 ramadhan



nampaknyer dah 2 hari kita berpuasa.

21.7.12

Ramadhan ari pertama


salam, aku jumpa gambar comel ni masa merayau2 kat tempat pakcik googles. TQ. Comel jer kan? Ramadhan pertama insya Allah akan ku cuber utk x membeli di bazar ramadhan kerana apabila kerja dah sure punyer akan berbuka ngan lauk tapauan sbb nak masak memang masa amat...lah x cukup. jadi aku berazam utk x berbelanja di bazar ramadhan. utk hari pertama. lagipun 1st ramadhan ari sabtu so insya allah sempat utk bermasak-masakan. insya Allah. sekian citer ramadhan pertama. apa citer ramadhan pertama anda?

20.7.12

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




diam x diam ramadhan dah menjelma semula. kali ni aku exited nak menyambut ramadhan. x tu knp tp rasanya thn lepas pun mcm ni juga excited. yelah, bukankah ramadhan penghulu segala bulan jadi biler nak bersua ngan ramadhan hati terasa berdebar2 jer. he....


maka dengan ini aku n family mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca blog aku ni, kengkawan dan sahabat kita org, kpd semua ahli keluarga kita org yg kat sabah  dan juga kat kulai. terbau2 sirap bandung dan teh o sbb kalau kat umah sabah dulu time berbuka sure ada sirap bandung. kalau kat kulai  mesti ada Teh O. he..he.... apa2 pun  kami sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan.




kepada anak2 hensem ibu, Ibu n abah ucapkan Selamat berbuasa dan semoga dapat menjalakan ibadah puasa ini dengan sabar n tabah yer sayang. tahun lepas abg Ojan puasa penuh w/pun baru darjah 1. tp masa tadika pun abg Ojan dah puasa penuh. Bg Ayyad thn lepas pun hampir penuh, cuma bile x sekolah abg ayyad x puasa tp x per abg ayad baru 5 thn. thn ni insya Allah Abg AYad akan dilatih berpuasa penuh. nampaknyer hero kecik ibu jer yg blm blh puasa. yelah baru 2 thn 7 bln, x yalah puasa dulu.


Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam. x kira bumi mana anda berpijak.



P/S :kat bawah ni aku letak jadual berbuka utk kawasan2 di Negeri Johor. Negeri lain jgn ikut pulak.

SaiFuL's family