8.11.13

CCM Langkawi Day 3

3 Nov 2013 (Ahad) -

seawal jam 9.00 am kita org dah gerak gi b/fast. beg alhamdulillah dah siap kemas. Insya Allah harap2 x der yg tinggal. seperti yg dipesan adik tu masa nak bayar bfast bdk2, aku bgtu adik yg jaga siap tjk resit semalam lagi dan dia kata ok. menu lebih kurang sama jer. agaknya kat hotel mmg mcm tu. mkn2 slowly jer. kul 10 am kita org dah siap2 n buang apa yg patut kita org pun check out. airport sebelah jer. 5 mnt dah sampai. lepas check in kita org lepak kat airport jap n sms adik yg kta org sewa krt n say thank you. krt best.
masa balik berlaku kejadian yg amat menyakitkan hati dan perasaan aku sekeluarga. Hanya Allah yg tahu apa kita org rasa.

Masa dah check in tgh tggu sekali they all umumkan flight delay 11.40. tup2  kul 12 baru terbang. sampai kl dah kul 1 tghri.  tggu beg keluar 1.20 kita sampai kat kaunter nak ceheck in tp they all dah x terima. YA ALLAHHHHH... staff AIR ASIAAAAAAA  yg bertugas tu kata pintu dah tutup sdgkan kat bording pass kata kul 1.45 ptg. fligt kita org blk jb kul 2.05 ptg. kita org bertekak tp dia kata x blh dah. cubalah pergi pintu perlepasan tapi rasanya beg yg besar 2 tu x lepas dia kata. dgn peraan yg sangat marah kita org pergi nak masuk tp mcm dia kata mmg x lepas. blh nak masuk kena hand lugage tp 2 beg yg besar tu x epas. habis mcm mana, blh staff lelaki melayu AIR ASIA tu ckp padai2lah fikir nak buat mcm mana. minta sedara atau kawan jagakan. Masya Allah apa punyer jawapan.

anak2 aku dah melalak kat situ tgk kita org dah marah2. mula2 hubby suruh aku ngan anak2 naik tgglkan dia ngan beg besar nanti dia naik bas. aku x nak sbb hubby x biasa. aku suruh hubby naik biar aku tggl ngan beg besar nanti aku amik flight lain pun hubby x nak sbb keadaan aku yg x mengizinkan. last2 we all stay semua. apa2 hal kita org bersama. Astagfirullahllll x pernah terlintas di fikiran akan jadi mcm ni. ini bukanlah pertama kali kita org naik flight. berbeza tul dgn perkhidmatan MAS. agaknya inilah nasib kalau x der duit terpaksa beli flight yg murah....

bkannya salah kita org sbb flight delay dr langkawi. staff lelaki siap sound kenapa amik flight yg dekat2. aku kata gap dia 2 jam. tp staff AIR ASIA tu kata sepatutnya 3 jam kalau baca betul2 masa beli sure x jadi mcm ni. Ya Allah sakitnya hati mendengar penjelasan dia.

akhirnya kita org amik teksi nak pegi klia. nak naik bas brg banya. masa nak beli tiket teksi dia tanya brp org kata 5 tp yg kecik baru 3. adik kaunter tu kata kalau 5 teksi x nak amik kena amik van, walaupun yg kecik tu baby. teksi x kan nak punyer. sekali tanya brp RM99.90. Astagfirullahhhhhh..... mahalnya sedangkan KLIA dan LCCT kan dekat jer. nak tak nak kena beli gak sbb dah x der transport lain. sampai KLIA ramainya manusia sbb nikan musim jemaah haji balik. dah amik no nak beli tiket tunggu punnyer tunggu x dipanggil. fkr punyer fkr kita org bercadang sewa krt jer kat hertz sbb blh amik kat airport lain antar kat airport lain. tgh cari stesyen dia jumpa abg2 teksi dan they all cdgkan naik teksi bermeter. harga lebih murah berbanding hertz kena bawa sendiri lagi. akhirnya kita org naik inova bermeter.

kul 3.30 ptg kita org gerak dr Klia singah pagoh dlm 1/2 jam dan gerak ke kulai. teksi tu x kisah kalau kita nak berhenti lama tp meter sentiasa jalan. keluar pagoh sekali kat machap Ya Allah jamm giileeerrrr. rupanya ada accident dan krt bergerak amat perlahan. around kul 8 pm baru sampai rumah dan  bayarlah RM650 kat teksi tu. minta diskaun tp x dapat. Masya Allah sememangnyer ianya merupakan satu ujian dan dugaan kepada kami hari tu. Insya Allah pasti ada hikmahnya.

CCM Langkawi day 2

2 Nov 2013 -

Morning!!! wahhhh semuanya segar bugar sbb smlm tido awal. alhamdulillah tido ok. walaupun ada gak terbangun sekali dua tp ok. biasalah tempat baru biasanya mmg susah skit nak tido. seawal kul 8 am kita org turun b/fast. ibu n abah dah dpt b'fast free utk ayyad n ojan je kena topup. kalau ikut harga dia rm15 seorang tp adik tu kira seorang dewasa rm25 jer. alhamdulillah dpt diskaun rm5. siap pesan esok kalau mkn masa nak bayar ckp kat staff yg bertugas dia kira 1 dewasa sbb esok dia x kerja. he...he... syukur rezeki Allah.

lepas s'pan apalagi terjun kolam ler. ooohhh breakfast mcm biasa jelah x der yg best pun. tp berbaloilah ngan harga dia. bella vista rm18 seorang knk2 tp mamam x der apa. he..he.... komplainnnnnn jer ibu ni.

aktiviti berendam tgk jelah gambar kat bawah. betapa happynyer hero2 ibu. ibu x mandi w'pun dah bawa baju mandi tp mls nak berangkut kain basah. esok dah nak balik. baju bdk2 x per jernis kain jersi cepatlah kering.



buah hati kesayangan ibu. muahhhh...

lepas mandi manda around 11 am kita org naik dan bersiap nak ke Cable Car. knn nak keluar awal tup..tup mandi kolam dulu. penyudahnya tengahari baru sampai. org dah ramai sbb ari nikan public holiday deepavali... ayooooo beratur panjang giler. biler tanya bdk LO CC dia kata maybe 2 jam baru dpt naik kalau beratur skrg dan dia cdgkan exprees lane. top up Rm50 seorang. oleh krn naksangat naik sbb dah sampai maka top uplah we all. RM65 x 2 + RM60 x 3 = RM310. x sampai 10 mnt we all dah dapat naik CC. VIP katakan, red carpet lagi.


 
inilah button badge yg berharga Rm50 tu.


masing2 kena pakai kat bahu n tgk si kecik yg x takut tgk pemandangan ke bawah. yg ayyad lak tgh adjust hp nak amik gambar.

saperlah yg amik gambar ni. sian ibu n abah x nampak muker. kahh..kah..... sure tgh snap CC bergerak tu yg teramik muka adik jer

bdk2 punyerlah suker dpt naik CC. ibulak punyerrr lah kecut perut. tawakal jelah pada Allah. he..he... CC ni ada 2 perhentian. perhentian pertama kecik jer org pun x rmi sbb rmi yg x turun. tp we all ttp turun. dah posing2 nak CC semula n ke hentian seterusnya.

hentian kedua org ramai sangat. ada kdi2 skit ada Sky boutique dan sempat rembat magnet sky cab 1. x leh banyak2 kat sini standardlah harga mahal. beli ais krim sorang satu n mkn kat puncak. Subahannallah. Indahnyer ciptaan Allah. pemandangan memang lawa.

ini kat perhentian pertama. x ramai orang n tempat dia pun kecik jer

hentian kedua lebih besar, lebih ramai dan lebih tinggi... eeee ngeri jer tgk bawah...
posing sblm turun.
hero2 ku. luv all of u...
lepas posing sakan katas, kita org turun semula. masa blk pun x yah beratur sbb exprees lane. saper yg x der kena beraturlah yer. masa turun org x seramai tadi tp masih dikira ramai. rasanya kalau dtg lepas zohor maybe dah kurang. tp takut hujan pulak.

lepas tu we all lunch kat gerai mkn kat situ jer. alhamdulillah harga ok dan rasa pun ok. kita irg mkn kat kedai melayu yg kat tengah2 tu. makan goreng2 jer. ada juga selera germanlah, indialah tp melayu ttp di tekak. he..he... Ojan jer makan burger.
inilah ruper food court tu. ada banyak lagi kdi makan tinggal pilih jer. aku n hubby suker konsep oriental village ni sbb banyak fasilities. kdi mkn senang cari, kdi cenderahati, kedai bebas cukai, ada Atm, kedai serbaneka dan banyak lagi. nak posing pun pemnadangannya lawa. yg penting sediakan $$$$$$.

lepas lunch kita org sambung tgk wayang 6 D plak. mula2 ayad x nak ibu pun sama tp abah ajak gak. dah dtg x kan x nak rasa. last2 mengalah gak. oklah, tp goyang je lebih. setakat ni rasanya yg kat sabah punyer 5D lagi power sbb tempat tu digelapkan cuma nampak skreen. yg kat ICT ngan Sky lab ni terang. nampak pintu keluar tangga dan yang seangkatan dengannya. tp my heroes sukerlah.

lepas tgk wayang 6 D naik duck tour pulak. kebetulan masa tu dah nak gerak jadi x yah tunggu lama blhlah. seorang rm38 utk dewasa, knk2 rm22 dan BB Qan FOC = RM120. 1st time naik bestlah. tp kelakar sbb masa jln kat darat lambat giler. mmg mcm itik betullah sbb kat belakang panjang berjela kereta mcm anak itik ikut ibu itik berjalan.

cuma satu jer yg kita org x sempat nak rasa. seksyen ATV atau sky trail. maybe masa tu tengahari adik tu dah lapar. masa aku tanya dia jwb nak tak nak jer. pastu dia pergi mana tah. 15 minit kita org tggu kat booth dia x ada saper entertain, maka bergeraklah kita org ke tempat lain.

lepas naik duck tour bdk2 pun dah penat,langit pun dah mendung maka operasi mencari coklat yg x cukup2 ngan mencari beg sbb dah x muat diteruskan. gerak dari CC pun dah kul 4 lebih rasanya. siaplah muker masing2 terbakar. he..he.... masa naik duck tour ayad n furqan siap tido lagi sbb sedap agaknya kena angin. masa nak balik krt itik kita org buat hal lak. masa nak naik 15 minit juga dia amik masa sbb sangkut x leh naik. semua mcm dah cuak yelahh kot2 x leh naik kena turun kat laut tu x pasal2 basah. walau pun dah nak naik tp kalau turun rasanya air tu ada gak paras pinggang. alhamdulillah selepas brp kali percubaan dpt gak kita org naik.

operasi seterusnya kita org pergi idaman suri. sekali sampai kat situ makkkkkkk aiiiiiiiiiiii ramainyer manusiaaaa..... nak gerak pun x leh sbb hujung minggu. itu x kira makcik2 yg dah duduk kat luar idaman suri dgn hasil sopping masing2 sambil tunggu bas rombongan. akhirnya dengan bersesak2 kita org pergi tmpt coklat. nmpknya kat situ blh bernafas sbb rmi yg pergi kat pinggan mangkuk. aku rembat 4 ferrero besar sbb kat sini murah rm18.9. HIG dgn Ram Rm19.9. kalu yg sebaris 3 x 5 baru RM8.9 tapi aku x amik sbb aku dah amik yg kotak besar, sempat rembat 3 helai tuala dan bbrp jenis coklat lain. kita org pun gerak. kat idaman suri rasanya dlm 15 mnt jer sbb org rmi sgt. beg dia pun x best.

fkr punyer fkr kita org gerak ke Pekan Kuah utk cari beg. semalam dah survey tp mcm x menarik. tp bila tgk tmpt lain lagi x best patah blk ke kuah. masa tgh cari parking ternampak sorang mamat tgh tolak beg seperti yg diidamkan. for sure dkt sini ker kata abg dia beli. maka parking kereta dkt coca valey kita org gerak ke kedai wira langkawi. ari tu x pergi sbb dah tutup. alhamdulillah ada beg yg diidamkan dam makkk aiiii murahnyaaa. RM105 jer dan amat2 berbaloi sbb ringan dan lawa.
kita org beli yg mcm warna biru dan ore tu. tp we all amik warna coklat. sukerrr giler. masa pegi jusco survey beg jenis tu around RM500 yer puan2. maka amatlah berbaloi kita org membelinya di langkawi. lepas ni ringan jer beg baju n senang nak tolak. he..he....
selain beg kat wira langkawi beli gak sikit lagi coklat terutama kinder friends sbb kat HIG, Ram dan IS aku x jumper. 

dah beli beg dan lainnya teruskan operasi terakhir sebelum balik hotel iaitu cari coklat elite kat cenang Mall. unyalah payah nak cari parking tepi jalan. kena lak mlm ni mlm minggu maka we all parking kat cenang mall jer. bayar sikit kereta pun selamat parking pun selesa. dari situ we all gerak ki dinner kat D'khas cafe. ingatkan nak mamam kat Hj ramli tp x der parking maka dinnner kat situ jer. menu ttp sama. he...he...

lepa mkn gerak semula ke cenang mall n beli coklat lagi. kat sini coklat elite murah berbanding kdi lain maybe sbb dia pengimport. kebetulan kinder friends pun ada offer dr rm17.9 jadi rm10. rembatlah 3 packet. dah soping coklat jom balik sbb ibu n berkemas. esok flight kul 11.05 pagi.

balik blk bdk2 biasalh sambung berendam lagi. ishhhhh hero2 ni suker tul main air. layan jelahhh. dah mandi terus rehat2 dan tidur. barulah bermula operasi mengemas. abah sibuk nak tolong tapi ibu x bagi sbb abah dah penat bawa krt siang. so abah dipaksa tido. hee...he... algipun separuh dah kemas tinggal sikit jer lagi. siap2 kemas ibu pun joint beradu.

7.11.13

CCM Langkawi Day 1

01 Nov 2013 (Jumaat)  -

Yeeee... bermulalah cuti2 Malaysia utk aku n family thn ni.cuma cuti x delah dirancang. awal bln 10 aku dpt srt dr PNM ada meeting ikhtisas dan kali ni mood bos ok kot bagi pegi naik plan. tempah dan claim kmdn sbb lagi mrh utu jabatan tp utk staffff x ker pening kena guna duit sendiri dulu. kalau 52 blhlah masyuk banyak. mmmm tp dah tugasnyer mcm tu saya yang menurut perintahlah. masa nak tempah tkt tgk murah sbb tgh offer JK-KL-LGKW. apalagi roger2lah hubby. bcg punyer bincang hubby pun ok, zup zap zup zap, tempahan tkt pun dah dibuat. bermulalah Cuti Cuti Malaysia our family utk thn 2013.

masa meeting ada gak kuar2 tp kuar skjp2 x kiralah yer. lepas kerja barulah bermulanya cuti2 malaysia. lepas kuar hotel bella vista kita org singgah makan kat tepi shell di kuah. besttt!!!!!!!!!!! kita org awal sikit jer lepas tu tempat tu dah dipenuhi org ramai. ianya tempat biasa jer tepi jalan sebelah shell tapi lauk masya allah banyakkk. nama tempat tu Restoran Selera Kak Jamilah.


kebetulan masa amikkan lauk bb qan, amik ayam goreng yg baru letak lagi powerlah panas2 makan. abg2 pun nampaknya suker. ayyad siap tambah ayam goreng. he....itu jer pun lauk yg ayyad makan. ayam goreng, ayam goreng dan ayam goreng. kita org mkn 5 org sbb bb qan amik nasi. ibu lapor x leh kongsi ngan adik he..he... lagipun ibu nak mkn yg pedas2 sikit. BB blm leh makan pedas sbb tu amikkan nasi dia sendiri. total semua daam RM30 lebih. pada aku n hubby oklah harga tu.

Alhamdulillahhhh dah kenyang kita org pegi ronda2 lak. sbb nak check in hotel kul 3 baru blh cek in. aku dah call nak check in awal dia kata x leh. saboooo jelah aku. last2 kita org pegi HIG shopping Mall. kata tempat tu baru dan attach sekali ngan HIG hotel. khabarnya esok baru nak dibuka utk org ramai.

masa ronda2 kat situ sempat gak beli baju batik utk abah. harga pada aku ok rm50 sbb kalau kat JB btk jer rm100 ke atas. emmmmm.... kalau ada yg RM100 ke bawah makkk aiii kain. keras kejung. tengah ronda2 jumpa member meeting aku n classmate kita org Chik Fida. siap posing ngan hero2 aku.

mcm nak sama tinggi jer hero2 ku ngan chik fida ni. he..he....

bila masuk kat HIG ingat nak topup coklat yg x ckp. sekali cari Ferrero Rocher yg besar dah abis rupenyerr.. emmm beli daim ngan bbrp jenis lain jelah. Kat HIG gak aku sempat rembat bekas air. 1 RM29.90 kalau aku x silap. makanya aku rembat 2. kat sini kita org abis RM 260 kalau aku x silap. tp stok coklat x cukup lagi pun. kena round tempat lain lak.

dari HIG kita org terus pegi CI hotel. kali ni aku amik hotel One Helang. ingatkan nak amik kat Pantai Cenang tphotel biasa mahallll oooo. banyak mcm challet, motel ataupun rumah tumpangan. bukan aku berlagak tp aku seingat aku tempat tu ramai pelancong jadi aku mcm takut nak amik yg biasa2 baik aki amik hotel. tu yg aku amik One helang lagipun sebelah airport jer. nanti nak balik senang. aku booking one line dpt 1 malam RM197. agak mahal tp banding yag kat pantai cenag RM300 ketas 1 mlm yg ini oklah. 1st time jejak kaki kat hotel ni. ingatkan biasa2 jer rupenyer 4 bintang. pasal tu mahal. sekali masuk bilikkk... makkk aiiiiiiiiiiii besarnya bilik. lawa lak tu. alhamdulillah hubby n bdk2 pun suker.tp aku sempat amik gamabr toilet jer. nak amik gambar blk segan sbb dah bersepah dgn brg sopping. he..he.... siap kena minta bell boy bawakan brg sbb terlebih sdh. he...


  kat tepi tingkap ada tempat ddk ni. mlm pertama aku n furqan tidur sini. mlm kedua aku, furqan n fayyad tidur sini. ayyadkan manja ibu.



lawa tak bilik air dia. besttt.

lepas CI masuk bilik, hero2 ku termasuklah ibu n abah membabamkan diri. lepak agaknyer. sekali sedar tgk jam dah kul 6 ptg. mana sepat nak mandi kolam lagi sbb dah petang n bdk2 pun masih tido. penyudahnya bila they all bangun berendam kat bath tub jelah. sukerrr hero2 ibu main air. mlm pun kita org keluar sbb mcm penat. lagi pun lepak kat bilik best ni mcm besstttttt tu yg malas nak kuar. 

utk dinner apalagi. room service jelah. order mee goreng x nak sayur x nak pedas utk ayyad. fish n chip utk fauzan dan nasi goreng utk ibu n abah. alhamdulillahhhhhh kenyang. mlm ni cuma lepak n main game jelah dlm blk.




6.11.13

meeting langkawi day 3

1 Nov 2013 -
hari ni last day ibu meeting. ikut program pun ari ni 1/2 day saja. mcm biasa pagi sarapan dulu dgn geng meeting, yg kelakarnya sbb croisant dia best sangat aku cuba nak beli seketul dua drpd staff hotel. staff tu pun pergilah tanya pada cheff dia, sekali tgh makan bdk tu dtg n bagi aku croisant dlm plastik. aku tanya brp harga tp bdk tu kata chef dia kata x per tp jgn kepoh. he.... he.... tq chefffff hotel bella vista. aku siap kim salam lagi. blhlah buat my hero b/fast sementara nak tggu lunch. ada gak kita org beli roti tp kat langkawi x der roti gardenia, cuma ada High 5 n massimo. ayooo sedihnyerrrr. beli gak tp x power mcm gardenialah. tu yg aku nak beli croisant tu. he..he.... tp penyudahnyer hero2 kecik aku b/fast coklat jer. kata kat langkawi borongglah coklat tu yg hero2ku x berhenti mamam coklat.


 

itu antara jenis coklat yg kita org beli. tp 2 coklat yg akhir sekali tu coklat yg aku paling suker selain daim n ferrero. bestttttttt.....


lepas meeting urusetia suruh lunch dulu tp excited nak menyambung CCM x lunch pun. tepat kul 12 tghri kita org pun kuar. tp hubby aku kelur jap bawa member kita org pegi beli minyak sbb krt sewa dia x der minyak. kahh...kah..... lepas abah balik kita org pun cabut.

Bye... Bella Vista

5.11.13

meeting langkawi day 2

31.10.13 - hari kedua ibu bermula seawal 7.30 pagi. first b/fast pastu sesi bergambar. lepas bergambar baru mulakan agenda meeting. my hero lak abah yer bawa gi s'pan kat hotel. gerak pun dah hujung2 kata hubby. mamam pun dah x banyak dan they all pun dah x tambah. lepas mamam my hero apalagi mandi kolamler... sukerrrr nyerrrr budak2 ni mandi kolam terutama yg kecik tu. kalau kata nak gi umah hotel sure tanya ada tak kolam. ayooo....
geng harimau malaya tengah sarapan

seksinyer anak2 ibu, he..he... 

sementara mandi abah berbual ngan kwn Uitm kita org. biasalah bini2 meeting so hubby2 bawa anak2 mandi. 

petang sepatutnya lawatan kat akademik koreksional, jab penjara ttp aku tertinggal bas. bkn aku jer ramai lagi yg tertinggal. oleh itu aktiviti sendiri pun bermula. ptg nyer ajak hubby n anak2 gi underwater world kat pantai cenang. sblm tu mamam kat d'khas cafe. mkn nasi putih lerrr ikut selera anak2. sdkt mahal berbanding hj Ramli. tp mkn puas hati alhamdulillahhh kenyang.

- dah kenyang jom masuk underwater world. dah bbrp kali juga dtg kat sini. tp still masuk lagi sbb bdk2 suker. lagipun bb furqan x pernah masuk. ayyad dulu pun mas akecik jer. RM28 utk dewasa, RM18 utk knk2. 4 thn ke bwh FOC. tapi katanya kalau gov. ser. rm22 jer tp kena tjk kad kerjalah. aku x tau so bayarlah RM92. bukan main suker bdk2 dpt tgk hidupan laut. kenangan terbaik utk anak2.
my heroes

lepas masuk underwater world, lepak2 tgk tomoi lak depan UWW. kalau nak tgk fight kena beli tiket n perlawanan pun dlm stadium. ni cuma promosi jelah. tgk yg free pun dah ok. he..he...dah penat jom balik hotel. kul 8.30 ibu ada taklimat lagi. mamam dahhh, jalan2 pun dah... jom...balik hotel.

4.11.13

Meeting di langkawi

salam,


lamanya x update. jangan tanya knp sbb aku sendiri pun x sure knp. he..he.. cuma kali ni aku nak citer sikit pasal meeting + cuti2 malaysia aku n family. meeting 30 okt hingga 1 nov 2013. lepas meeting sambung CCM pula. stay kat langkawi dari 30 okt sampai 3 nov.2013. Percutian semuanya best. masa nak balik jb jer x best. hu..hu....

30.10.13
- seawal 4.30 pagi aku dah bangun n bersiap2 sbb flight kul 7 am jadi kena ada kat airport around 5.30 am. lepas siap2 aku kejut budak2 dan tanpa banyak karenah semuanya bangun, mandi dan bersiap. excited agaknya nak naik plane kali ni semuanya siap mandi sbb biasanya c kecik tu aku x mandikan, cuma wash2 n salin pamper dan baju jer. tp dah besar katakan dah nak mandi pagi.lps mandi aku paksa pki pampers. walaupun member x nak, aku paksa gak. ckp kat dia kat plane x der tandas sbb tu kena pk pampers. yelah leceh u asyik berulang ke tandas kalau x pki pampers. sib baik member menerima alasan ibu dgn baik. he..he....
- 5.40 kita org sampai akt airport. lps abah drop kita org, abah blk rumah sml antar kereta n nanti ucu antar abah ke airport pulak. lepas abah drop ibu n hero2 pegi check in. alhamdulillah x der masalah dan terlebih kg lagi. total 35 kg tp brg cuma 24 kg jer. hee...hee.


aksi hero2ku selepas check in sementara tunggu abah sampai

- tepat 7.05 pagi we all pun terbang. hero2ku suker nampaknya. adik pun ok maybe sbb dah besar. last naik flight bulan 3 ari tu masa usu kahwin blk sabah. ok jugalah cuma x reti diam tp kali ni alhamdulillah. 8 pagi alhamdulillah sampai kl. lepas amik brg terus check in ke langkawi semula. lepas check in we all sarapan kat taste of asia. ramainyer org semua tmpt makan full. terpaksalah mkn kat sini. nasi lemak special 2, nasi lemak biasa 2, teh tarik 2 dan milo ais 2 = RM52. makkk aiiiii mahalnyer.


- lepas mamam kita org pun masuk flight. sekali dah siap duduk semua tup tup pilot umum flight delay. 10.30 pg baru kita org fly n 11.30 landing kat langkawi. sblm tu aku dah sms anum bdk yg kita org sewa krt tu bgtau delay. sampai LTAL call anum. x lama lepas tu adik dia dtg n bg avanza. janji vios tp sbb org lmbt pulangkan dia bagi avanza dulu. nnt bila dah ada vios baru tukar.

- lps amik krt terus gi hotel bella vista sbb meeting mmg kat situ. ini 2nd time aku dtg BV sbb meeting 2008 pun pun kat sini gak. sampai2 prema dah ada. bayar siap2  RM135x2 nights= RM270. ingatkan blh dpt kunci rupanya x dia kata kul 2 suruh pegi mamam dulu. kita org pun pegi mamam sbb x tau nak mkn kat mana we all ke jetty kuah. ingat nak mkn kat hamid tp penuh n panazzzzzzz. bila tanya hero kecik they all nak kat uncle kenny's. situ jelah lagipun x der org mmmm cepat jelah mamam sampai.


lepas mamam jln2 kat jetty n balik hotel sml. kul 2.30 smpi htl tgk ramai dah geng2 meeting sampai n rupenyer x dpt kunci. makk aiiii nak berbulu makcik. tggu punyer tggu kul 3.40 baru dpt kunci. itu pun siap sound2 kat prema sbb bdk2 nangis. sib baik isi minya skit kat avanza xdelah panas bdk2 tggu dlm krt. bila dpt kunci terus masuk blk. kali ni dpt blk no 157, oklah tu sama level ngan tmpt meeting. senang nak blk bilik. he..he...

- ptg nyer aku gi taklimat n hero2 ku round hotel tgk kolam dan posing. lepas taklimat bdk tu dtg antar vios. lawaaaa.... vios baru... apalagi terus test drivelah. he..he... test punyer test sampai ke pantai cenang n hujan punyerlah lebat. kalau ddk hotel pun x leh mandi kolam so kita org pun ronda n terus dinner kat hj ramli. makan n harga ok w/pun padaku agak mahal tp stnadardlag tempat perlancongan. siap order udang butter yg besar bapak udang dia. wajiblah besar rm100/kg. makkkk aiiii. tapi aku amik 300 gm jer. he.... udang butter + nasi pth 4 + ikan siakap 3 rasa + telur bistik 2 + tomyam kecik + air + sayur campur = rm120.

- dah kenyang jln2 kat cenang mall n beli coklat elit. beli 1 jer sbb x familiar. rupanya coklat ni sedap. turki mari. cari sekitar kuah x byk jual last2 hari sabtu sblm balik pegi cenang mall semata2 nak borong coklat elit ni. antara yg dibeli.

perut pun dah kenyang, badan pun dah lepak jom balik blk mandi n babam. esok ada meeting lak. ZZZZZZ.......





SaiFuL's family