Morning!!! wahhhh semuanya segar bugar sbb smlm tido awal. alhamdulillah tido ok. walaupun ada gak terbangun sekali dua tp ok. biasalah tempat baru biasanya mmg susah skit nak tido. seawal kul 8 am kita org turun b/fast. ibu n abah dah dpt b'fast free utk ayyad n ojan je kena topup. kalau ikut harga dia rm15 seorang tp adik tu kira seorang dewasa rm25 jer. alhamdulillah dpt diskaun rm5. siap pesan esok kalau mkn masa nak bayar ckp kat staff yg bertugas dia kira 1 dewasa sbb esok dia x kerja. he...he... syukur rezeki Allah.
lepas s'pan apalagi terjun kolam ler. ooohhh breakfast mcm biasa jelah x der yg best pun. tp berbaloilah ngan harga dia. bella vista rm18 seorang knk2 tp mamam x der apa. he..he.... komplainnnnnn jer ibu ni.
aktiviti berendam tgk jelah gambar kat bawah. betapa happynyer hero2 ibu. ibu x mandi w'pun dah bawa baju mandi tp mls nak berangkut kain basah. esok dah nak balik. baju bdk2 x per jernis kain jersi cepatlah kering.
buah hati kesayangan ibu. muahhhh...
lepas mandi manda around 11 am kita org naik dan bersiap nak ke Cable Car. knn nak keluar awal tup..tup mandi kolam dulu. penyudahnya tengahari baru sampai. org dah ramai sbb ari nikan public holiday deepavali... ayooooo beratur panjang giler. biler tanya bdk LO CC dia kata maybe 2 jam baru dpt naik kalau beratur skrg dan dia cdgkan exprees lane. top up Rm50 seorang. oleh krn naksangat naik sbb dah sampai maka top uplah we all. RM65 x 2 + RM60 x 3 = RM310. x sampai 10 mnt we all dah dapat naik CC. VIP katakan, red carpet lagi.
inilah button badge yg berharga Rm50 tu.
masing2 kena pakai kat bahu n tgk si kecik yg x takut tgk pemandangan ke bawah. yg ayyad lak tgh adjust hp nak amik gambar.
saperlah yg amik gambar ni. sian ibu n abah x nampak muker. kahh..kah..... sure tgh snap CC bergerak tu yg teramik muka adik jer
bdk2 punyerlah suker dpt naik CC. ibulak punyerrr lah kecut perut. tawakal jelah pada Allah. he..he... CC ni ada 2 perhentian. perhentian pertama kecik jer org pun x rmi sbb rmi yg x turun. tp we all ttp turun. dah posing2 nak CC semula n ke hentian seterusnya.
hentian kedua org ramai sangat. ada kdi2 skit ada Sky boutique dan sempat rembat magnet sky cab 1. x leh banyak2 kat sini standardlah harga mahal. beli ais krim sorang satu n mkn kat puncak. Subahannallah. Indahnyer ciptaan Allah. pemandangan memang lawa.
ini kat perhentian pertama. x ramai orang n tempat dia pun kecik jer
hentian kedua lebih besar, lebih ramai dan lebih tinggi... eeee ngeri jer tgk bawah...
posing sblm turun.
hero2 ku. luv all of u...
lepas posing sakan katas, kita org turun semula. masa blk pun x yah beratur sbb exprees lane. saper yg x der kena beraturlah yer. masa turun org x seramai tadi tp masih dikira ramai. rasanya kalau dtg lepas zohor maybe dah kurang. tp takut hujan pulak.
lepas tu we all lunch kat gerai mkn kat situ jer. alhamdulillah harga ok dan rasa pun ok. kita irg mkn kat kedai melayu yg kat tengah2 tu. makan goreng2 jer. ada juga selera germanlah, indialah tp melayu ttp di tekak. he..he... Ojan jer makan burger.
inilah ruper food court tu. ada banyak lagi kdi makan tinggal pilih jer. aku n hubby suker konsep oriental village ni sbb banyak fasilities. kdi mkn senang cari, kdi cenderahati, kedai bebas cukai, ada Atm, kedai serbaneka dan banyak lagi. nak posing pun pemnadangannya lawa. yg penting sediakan $$$$$$.
lepas lunch kita org sambung tgk wayang 6 D plak. mula2 ayad x nak ibu pun sama tp abah ajak gak. dah dtg x kan x nak rasa. last2 mengalah gak. oklah, tp goyang je lebih. setakat ni rasanya yg kat sabah punyer 5D lagi power sbb tempat tu digelapkan cuma nampak skreen. yg kat ICT ngan Sky lab ni terang. nampak pintu keluar tangga dan yang seangkatan dengannya. tp my heroes sukerlah.
lepas tgk wayang 6 D naik duck tour pulak. kebetulan masa tu dah nak gerak jadi x yah tunggu lama blhlah. seorang rm38 utk dewasa, knk2 rm22 dan BB Qan FOC = RM120. 1st time naik bestlah. tp kelakar sbb masa jln kat darat lambat giler. mmg mcm itik betullah sbb kat belakang panjang berjela kereta mcm anak itik ikut ibu itik berjalan.
cuma satu jer yg kita org x sempat nak rasa. seksyen ATV atau sky trail. maybe masa tu tengahari adik tu dah lapar. masa aku tanya dia jwb nak tak nak jer. pastu dia pergi mana tah. 15 minit kita org tggu kat booth dia x ada saper entertain, maka bergeraklah kita org ke tempat lain.
lepas naik duck tour bdk2 pun dah penat,langit pun dah mendung maka operasi mencari coklat yg x cukup2 ngan mencari beg sbb dah x muat diteruskan. gerak dari CC pun dah kul 4 lebih rasanya. siaplah muker masing2 terbakar. he..he.... masa naik duck tour ayad n furqan siap tido lagi sbb sedap agaknya kena angin. masa nak balik krt itik kita org buat hal lak. masa nak naik 15 minit juga dia amik masa sbb sangkut x leh naik. semua mcm dah cuak yelahh kot2 x leh naik kena turun kat laut tu x pasal2 basah. walau pun dah nak naik tp kalau turun rasanya air tu ada gak paras pinggang. alhamdulillah selepas brp kali percubaan dpt gak kita org naik.
operasi seterusnya kita org pergi idaman suri. sekali sampai kat situ makkkkkkk aiiiiiiiiiiii ramainyer manusiaaaa..... nak gerak pun x leh sbb hujung minggu. itu x kira makcik2 yg dah duduk kat luar idaman suri dgn hasil sopping masing2 sambil tunggu bas rombongan. akhirnya dengan bersesak2 kita org pergi tmpt coklat. nmpknya kat situ blh bernafas sbb rmi yg pergi kat pinggan mangkuk. aku rembat 4 ferrero besar sbb kat sini murah rm18.9. HIG dgn Ram Rm19.9. kalu yg sebaris 3 x 5 baru RM8.9 tapi aku x amik sbb aku dah amik yg kotak besar, sempat rembat 3 helai tuala dan bbrp jenis coklat lain. kita org pun gerak. kat idaman suri rasanya dlm 15 mnt jer sbb org rmi sgt. beg dia pun x best.
fkr punyer fkr kita org gerak ke Pekan Kuah utk cari beg. semalam dah survey tp mcm x menarik. tp bila tgk tmpt lain lagi x best patah blk ke kuah. masa tgh cari parking ternampak sorang mamat tgh tolak beg seperti yg diidamkan. for sure dkt sini ker kata abg dia beli. maka parking kereta dkt coca valey kita org gerak ke kedai wira langkawi. ari tu x pergi sbb dah tutup. alhamdulillah ada beg yg diidamkan dam makkk aiiii murahnyaaa. RM105 jer dan amat2 berbaloi sbb ringan dan lawa.
kita org beli yg mcm warna biru dan ore tu. tp we all amik warna coklat. sukerrr giler. masa pegi jusco survey beg jenis tu around RM500 yer puan2. maka amatlah berbaloi kita org membelinya di langkawi. lepas ni ringan jer beg baju n senang nak tolak. he..he....
selain beg kat wira langkawi beli gak sikit lagi coklat terutama kinder friends sbb kat HIG, Ram dan IS aku x jumper.
dah beli beg dan lainnya teruskan operasi terakhir sebelum balik hotel iaitu cari coklat elite kat cenang Mall. unyalah payah nak cari parking tepi jalan. kena lak mlm ni mlm minggu maka we all parking kat cenang mall jer. bayar sikit kereta pun selamat parking pun selesa. dari situ we all gerak ki dinner kat D'khas cafe. ingatkan nak mamam kat Hj ramli tp x der parking maka dinnner kat situ jer. menu ttp sama. he...he...
lepa mkn gerak semula ke cenang mall n beli coklat lagi. kat sini coklat elite murah berbanding kdi lain maybe sbb dia pengimport. kebetulan kinder friends pun ada offer dr rm17.9 jadi rm10. rembatlah 3 packet. dah soping coklat jom balik sbb ibu n berkemas. esok flight kul 11.05 pagi.
balik blk bdk2 biasalh sambung berendam lagi. ishhhhh hero2 ni suker tul main air. layan jelahhh. dah mandi terus rehat2 dan tidur. barulah bermula operasi mengemas. abah sibuk nak tolong tapi ibu x bagi sbb abah dah penat bawa krt siang. so abah dipaksa tido. hee...he... algipun separuh dah kemas tinggal sikit jer lagi. siap2 kemas ibu pun joint beradu.
No comments:
Post a Comment