3.7.14

puasa hari ke-5

Masya Allah. kalau tanya aku rasa baru mcm sehari dua puasa. rupenyer dah masuk hari ke-5. sepatnyer masa berlalu. aku??? he... aku dah raya. sempat puasa 2 hari pastu kibar bendera merah. x perlah. dah rezeki nak raya awal.

hari ke-3 puasa kita org berbuka di tesco. ini gara2 jalan jam sampai kulai dah 6.40 ptg. nak singgah param pun x sempat. nasi dah masak siap2 tp lauk x der sooo nasi simpan peti ais. berbuka kat food court tesco jer. utk minum malam singgah masuk tesco beli kaya ball. he...he... sbb hubby dah biasa balik terawih kena minum air n mamam kuih sikit. sahurkan mamam kurma n roti jer so sbm tdr minum air dulu.

sahurlak aku masakkan naget n daging burger utk anak2. ayyad mamam naget ojan mamam daging. balance ibu settlekan. he... x puasa katakan.

yg c kecik tu pula x puasa tapi kat sek memang cikgu dah bgtau x disediakan makan tp kat umah cik lin suruh makan pun x nak. gerammm jerrr... yelah dah lah kurus x mamam pulak tu. tp ingat nak latih gaklah dia puasa sbb ayyad 5 thn dah puasa penuh walaupun x cukup 30 hari.

patutlah masa bawa gi param puasa kedua beriya dia milih mamam. rupernyer member lapar sbb x mamam. semua makanan kalau blh dia nak. otak2, mee goreng, ayam, kuih muih dan macam2 lagi. he...he... kelakar pulak c kecik ni.

puasa ke-4 aku beli lauk siap2 kat antin off. beli ayam goreng, paru n ikan asam pedas. tp anak2 x berapa ler. sian pulak tgk. walaupun aku dah panaskan tp ntahlah x kena tekak. lauk tambahan telu kicap. hahh itu jelah yg beriya they all mamam.

sahur koko krunch jer. ayyad kalau koko kruch di laju sbb dia suker minum susu. ojan mamam gak tp x beriya sangat. ojan lebih suker spageti dan yg seangkatannyer x pun makanan berat.

ingat nak goreng2 tp sbb bawang dah abis tu yg tergendala projek masak2, insya allah nnt cuti hujung minggu buat stok bawang kisar. projek lada dah ok ari tu. heee.....

30.6.14

1st Ramadhan 2014



Alhamdulillah. Berjumpa lagi di bulan Ramadhan pada tahun 2014. lama x berbual. ntahlah mood x datang kot.

untuk hari pertama puasa kali ni jatuh pada 29.6.2014 (ahad). Terawih pertama kita org buat kat umah jer. mula nak terawih kat surau depan umah mak tup2 mak x der sbb kuar gi jusco tu yg balik n terawih kat umah jer. alhamdulillah setelah sekian lama x berterawih semenjak dah ada hero semalam dapatlah aku berterawih berimamkan imam sejati ku my hubby dan berjemaah ngan imam2 kecik ku sempurnalah 8 rakaat terawihnyer.

mak n aida kata nak datang. tp sampai ku 10 x muncul soooo kita org gerak n mamam kat kdi tepi umah jer. biler mak datang kita org ajak join makan kat kdi. lepak sampai kul 11.30 mlm gak. almaklum esoknyer cuti 1st ramadhan sbb johor amik 1st ramadhan bukan 1st januari. lepas mamam singgah 7E topup tounch n go baru blk umah.


untuk sahur hubby menu biasa kurma n susu. anak2 pulak burger telur tapi x abis pun. lps minum susu bdk2 sambung tdr.

untuk Iftarlak. aku goreng ayam, lemak kobis n kentang n kacang goreng berlada. he... yg kelakarnyer semua tawar. mmm makanan sihat katakan. selain tu menu lain ialah roti john n puding roti karamel. alhamdulillah yg itu ok. hubby n anak2 suker. untuk air pula buat 2 jenis. Teh o n air bandung. Alhamdulillah. lepas maghrib gerak gi umah mak  terawih. tp ibu x ikut. abah n abg2 jer. itu pun abg2 8 rakaat jer.


mcm nilah lebih kurang burger telur anak2. guna roti gardenia n letak telur tengah2. letak mayonis n sos dah siap

26.6.14

Hari AMik Report kad

25 Jun 2014

- ari ni aku amik cuti sbb nak amik report kad bdk2. kebetulan sek ag n sek kebangsaan buat serentak oklah tu. kalau x susahnyer asyik nak amik cuti. lepas antar furqan ke sekolah. aku n abg2 terus pergi ke sek ag. nampak mcm banyak kereta kat sek keb so parking kat sek ag n tersu cari kelas bdk2.

sib baik kelas bdk2 ni level sama tingkat 3. kalau x lepaknye kena menapak. mula2 jengah kelas ayyad ramai nampaknye. so pegi kelas Ojan. alhamdulillah x ramai. ada seorang ibu tgh jumpa ustaz samsuri jadi masuk kelas abg. lepas turn ibu tu kita org pun jumpa dgn UStaz. Alhamdulillahhhh abg Ojan dapat no.1. Syukurrrr alhamdulillah. exam bln 3 ari tu no 14. nangis2 bagitau. lepas diceramah ibu n abah nampaknyer ada peningkatan.

aku rasa happy n terus wassup abah yer. alhamdulillah kata abah. abah pun happy. syukur alhamdulillah. lepas berbual ngan ustaz sam mengenai pembelajaran abg kita org minta diri n terus ke kelas ayyad.

kat ayyad kena tunggu lama sikit sbb org ramai. bila sampai turn salam ngan ustazah norazzah. bila ustazah tunjuk keputusan ayyad alhamdulillah. ayyad pun dapat no 1. syukurrr ya Allah. betapa happy hati ibu n abah. Ustazah jug apuji ayyad ok x noty. lepas bebrincang ngan ustazah kita org gi sek keb pulak.

keputusan sek keb dah tahu sbb masa hari kecemerlangan tu jumpa member hubby suruh buka on-9. SPPS kalau x silap. aku pun x ingat. Ojan dapat no 18 alhamdulillah. ayyad no.4 alhamdulillah. walaupun n abg ojan banyak tp peratus masih ok 79% pada akulah. tp pujuk gak dia supaya belajar lagi sbb kwn dia yg dpt no1 92%. biar dapat 85% ke atas. tp kalau ikut UPSR oajn dpat 3A 2B. B utk subjek sains n En. ayooooo english inu memang hancur.

                         

                        

                       

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan rezeki yang engkau berikan kepada aku dan ahli keluarga ku YA Allah.

24.6.14

Hari Anugerah Kecemerlangan Seg Agama Kota Kulai 2013

22 Jun 2014 (Sabtu)

- Alhamdulillah aku n hubbby dpt jemputan ke HAri Kecemerlangan Seg Agama Kota Kulai 2013...
kali ni hadir sbb abg fauzan dapat anugerah kerana mendapat tempat kedua pada peperiksaan akhir tahun lepas 2013

Fauzan - ketahuilah betapa bahagia dan berbangga nyer ibu n abah  terhadap awak sayang... semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga dan jadikan anak2 ibu n abah anak yg berjaya kepada agama, negara dan dunia.


17.3.14

salam comel

salam comellll. hee... dah lama x tulis kat blog. banyak citer tapi x tau nak tulis apa. ari ni ni aku nak kongsi citer semalam.

balik kerje biasalah singgah amik budak2 kat taska. ojan blk 6.35 ayyad balik kul 6 ptg. tapi sbb semalam ahad ayad ada perhimpunan jadi balik 6.30. hanya ahad ada perhimpunan. smentara tunggu abg2, kita org lepak kat taska ngan furqan, awish kawan baik furqan tapi 6 thn, dina adik awish ngan kakak tasha. sambil dokong dina sbb dina suker aku dokong. dina comellll sangat. kita org berbuallah sambil tgk qon ngan awish main bola. sekali tiba2 awish cakap. 'Papa Furqan comel'. aku tanya lagi sekali dia ulang benda yg sama. tergelak aku ngan abah yer. aku tanyalah mama furqan comeltak.' mmmmm...tak'. kahhhh..kah....... jujur nyer budak2 ni. suker abah yer budak kata yer comel.... kahhhhhh. aku tanya comel ker hensem tp awish kata comel.

Furqan yang comel. teman ibu bertekak setiap hari. tapi comel nak tido ibu. sayanggggg anak ibu


inilah abah furqan yg comel. LUVVV uuuuu

15.3.14

Tahlil Kat Taska Sayang Ibu

14. 03. 2014 (Jumaat)

jumaat semalam ada tahlil kat taska budak2. aku ingatkan dia jemput saper yg antar anak kat situ jer. rupenyer siap panggil satu taman. makkkk aiiiii. he..he.... yg aku lak buat puding roti mat gebu. tapi x delah buat banyak. sekali masa sampai kat situ ramainyer org. puding tu pun cik lin letak kat tempat girl jer. kah..kah....

sajer jer buat puding tu sbb fauzan teramat suker. kat sini aku tempek kan resepi t u yer.

P1250170
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...

senangkan? Apa lagi jangan luper utk di cuba. biasanya aku buat masa bulan puasa. selamat mencuba

8.3.14

MH 370



08.03.2014 - satu tarikh yg telah menggemparkan Malaysia dan dunia. sebuah pesawat MAS dr kl- beijing hilang x dapat dikesan. seramai >< 200 org ada kat dlm tu. aduhhhh sedih, takut, rimas dan pelbagai2 rasa masa tu muncul. dengan ad 2 infans. aku tak tau nak ckp mcm mana. tp kalau google sure banya versi dan banyak cerita blh diperolehi.

Hanya kepada Mu Ya Allah aku serahkan. Aku mohon hanya yang terbaik. Macam2 andaian yang telah dibuat bekenaan pesawat tersebut. Bantuan dari negara luar dan negara besar turut diperoleh. tapi sehingga 17 mac masih belum dijumpai.

Allahuakbar. hanya padaMu aku berdoa dan berserah.

 

    

   

SaiFuL's family