jumaat semalam ada tahlil kat taska budak2. aku ingatkan dia jemput saper yg antar anak kat situ jer. rupenyer siap panggil satu taman. makkkk aiiiii. he..he.... yg aku lak buat puding roti mat gebu. tapi x delah buat banyak. sekali masa sampai kat situ ramainyer org. puding tu pun cik lin letak kat tempat girl jer. kah..kah....
sajer jer buat puding tu sbb fauzan teramat suker. kat sini aku tempek kan resepi t u yer.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
- Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
- Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...
senangkan? Apa lagi jangan luper utk di cuba. biasanya aku buat masa bulan puasa. selamat mencuba
No comments:
Post a Comment