17.3.14

salam comel

salam comellll. hee... dah lama x tulis kat blog. banyak citer tapi x tau nak tulis apa. ari ni ni aku nak kongsi citer semalam.

balik kerje biasalah singgah amik budak2 kat taska. ojan blk 6.35 ayyad balik kul 6 ptg. tapi sbb semalam ahad ayad ada perhimpunan jadi balik 6.30. hanya ahad ada perhimpunan. smentara tunggu abg2, kita org lepak kat taska ngan furqan, awish kawan baik furqan tapi 6 thn, dina adik awish ngan kakak tasha. sambil dokong dina sbb dina suker aku dokong. dina comellll sangat. kita org berbuallah sambil tgk qon ngan awish main bola. sekali tiba2 awish cakap. 'Papa Furqan comel'. aku tanya lagi sekali dia ulang benda yg sama. tergelak aku ngan abah yer. aku tanyalah mama furqan comeltak.' mmmmm...tak'. kahhhh..kah....... jujur nyer budak2 ni. suker abah yer budak kata yer comel.... kahhhhhh. aku tanya comel ker hensem tp awish kata comel.

Furqan yang comel. teman ibu bertekak setiap hari. tapi comel nak tido ibu. sayanggggg anak ibu


inilah abah furqan yg comel. LUVVV uuuuu

15.3.14

Tahlil Kat Taska Sayang Ibu

14. 03. 2014 (Jumaat)

jumaat semalam ada tahlil kat taska budak2. aku ingatkan dia jemput saper yg antar anak kat situ jer. rupenyer siap panggil satu taman. makkkk aiiiii. he..he.... yg aku lak buat puding roti mat gebu. tapi x delah buat banyak. sekali masa sampai kat situ ramainyer org. puding tu pun cik lin letak kat tempat girl jer. kah..kah....

sajer jer buat puding tu sbb fauzan teramat suker. kat sini aku tempek kan resepi t u yer.

P1250170
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...

senangkan? Apa lagi jangan luper utk di cuba. biasanya aku buat masa bulan puasa. selamat mencuba

8.3.14

MH 370



08.03.2014 - satu tarikh yg telah menggemparkan Malaysia dan dunia. sebuah pesawat MAS dr kl- beijing hilang x dapat dikesan. seramai >< 200 org ada kat dlm tu. aduhhhh sedih, takut, rimas dan pelbagai2 rasa masa tu muncul. dengan ad 2 infans. aku tak tau nak ckp mcm mana. tp kalau google sure banya versi dan banyak cerita blh diperolehi.

Hanya kepada Mu Ya Allah aku serahkan. Aku mohon hanya yang terbaik. Macam2 andaian yang telah dibuat bekenaan pesawat tersebut. Bantuan dari negara luar dan negara besar turut diperoleh. tapi sehingga 17 mac masih belum dijumpai.

Allahuakbar. hanya padaMu aku berdoa dan berserah.

 

    

   

SaiFuL's family