13.1.16

hero2 nak berkhatan

07.12.15 (Isnin)

hari ni ibu call klinik Adham sbb nak tempah utk abg2 berkhatan... setelah 2/3 kali call akhirnya tarikh berkhatan telah diberikan. pada mulanya nak hari Jumaat 11.12.15  tapi klinik call ckp  Jumaat x buat sebab org x ramai. buat hari sabtu jer... x pelah.. sabtu pun sabtulah... :D.

Kat Klinik Adham dia org cas RM150 seorang sekiranya x ada apa2 masalah. kalau ada kena buat benda lain dia org akan tambah sedikit cas berkhatan tu katanya... Insya Allah harap2 x delah apa2 prosedur yg sukar utk anak2 ibu.

Utk anak2 ibu lak... alhamdulillah nampak cool jer... maybe sbb excited nak berkhatan. ada gak kawan2 dia yg usik kata nnt sakit... tp abah pujuk... skrg dah moden...dah ada ubat tahan sakit... kalau masa abah dulu lain... ok nampaknya abg2.

lagi pun benda ni wajib kata abg Ojan... semua lelaki Islam wajib buat tu yg abg2 jadi rileks jer agaknya... Alhamdulillah.... hebat anak2 ibu. semoga menjadi pejuang agama n bangsa... Amiinnn...



No comments:

SaiFuL's family