Hari ni kita org ikut abah gi kerja... abah kena bantu majlis "walk To Library".. ianya aktiviti sek Tamil kat JB tp aku x ingat sk yg mana satu... ianya melibatkan Tim. menteri Dalam Negeri sbb tu ramai gak yg kenan bantu tp majlis x derlah besar sgt.
se awal kul 6 pagi anak2 dah bangun n bersiap nak ikut abah... termasuklah ibu.. he..he... kul 7.30 kita org gerak gi JB. Majlis dijangka mula dlm kul 9.30 pagi so saraplah dulu kita org... kat mana? kat mana lagi kalau tak kat ZZ feberet anak2 kalau span kat JB...
inilah ruper pintu masuknya... tp ni gambar ehsan Mr. Google yer...
inilah tempat peberet yg kita org sll duduk... malas nak duduk bersila... sian lemak perut aku tersepit... He..he..he..
Menu tetap n berpencen kalau anak2 dtg sini. Nasi lemak Ayam bahagian punggung.. he..he... ibu n abah order roti kosong sorang 2 keping n ibu tambah sambal kerang.. :D air lak 2 milo ais + 1 teh o suam + limau suam + air suam utk ibu... total kos RM29.70...
Alhamdulillah.. dah kenyang jom lepak kat off abah. suker anak2 dpt dtg kat off abah. macam2 game blh main sbb ada petrosains. baca buku ada gak tp sekejap sangat. antara aktiviti yg kita org buat kat off abah... jom intai...
ini masa acara bertukar2 hadiah n hubby wakil PPAJ menyampaikan hadiah pada Timb. menteri Dalam Negeri dan guru besar sk Tamil tersebut.
lepas selesai majlis tersebut... abah melayan abang cuber game kat petrosains... alhamdulillah ada gak game yg abg2 berjaya selesaikan...
masa lunch kita org pun dapat tempias sekali.. Staf PPAJ siap ajak kita org makan . alhamdulillah rezeki dapat makan nasi serai ngan aneka lauk.. siap ada udang sambal lagi... kuih muih dan buah2an...marbeles... Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment