16.6.18

Eid kat Sabah

assalammualaikum,

tahun ni kitaorg beraya kat Sabah dulu. insya Allah raya ke-8 kita balik Johor  sambung raya kat Johor lak. he..he..he..

aku balik sabah 2 hari sebelum raya. dapatlah berbuka kat sabah sebanyak 2 kali tahun ni. alhamdulillah atas rezeki yg Allah kurniakan. ptg raya tu kita org berbuka beramai2. semua org ada kecuali anjang sbb masih bekerja. meriahnyer... gambar nanti ibu letak yer. sbb gambar tu kat hp abah. menu nasi putih, tulang lembu masak asam pedas (10 kg) habis sekelip mata..he..he...ngan ayam @ ikan. ibu x ingat. lps tu ibu goreng samosa n karipap yg ibu beli dari atok... alhamdulillah semua puji sedap. he..he....

mlmnyer relax jer tolong akak ipar masak utk esok. masak sikit jer sbb esok lps solat, mamam n gerak gi umah adik beradik mak.

raya ke-dua mami ajak adik beradik n kengkawan mami angah n abang beraya kat umah. menu :- mami masak nasi bukhari, lauk ayam kuning, dalca tulang, acar timun ngan kuih raya. buat yg simple2 jer.

Image result for nasi bukhari ayam Image result for ayam masak gulai Image result for dalca tulang lembu Image result for acar timun

inilah ruper menu yg mami sediakan ari tu. tp gambar ni semua aku amik dari mr google yer. almaklum busy membantu x sempat snap gambar.. hee..he...


jamuan mula lps zohor. kiranya utk makan thgri ler.alhamdulillah ramai tetamu yg dtg. ayam pun akak kena masak lagi sekali. sib baik akak ipar aku terror... skjp jer siap. x putus pun lauk utk tetamu.

mlmnyer pulak kita org breaya kat umah adik mami anty raihana@tayong. oleh kerana esoknyer usu dah nak balik kl jadi mlm ni anty ajak kita org berya umah dia. menu nari tomato, rendang ayam, sayur lodeh, acar betik, cempedak ngan pisang goreng ngan kuih muih raya. Alhamdulillah.. kenyang. syukur atas rezeki yg Allah kurniakan.

Ya Allah... Engkau kurniakan kesihatan dan rezeki yg berpanjangan kpd tuan rumah ini yg telah bersusah payah menjamu dam memuliakan kami sebagai tetamu mereka.

Image result for acar betik
ruper acar betik tu lbh kurang mcm kat atas ni. 1st time aku makan. alhamdulillah sedap n aku suker...

No comments:

SaiFuL's family