30.4.07

teringin nak buat sesuatu

percubaan membuat slide show. nampaknyer mcm senang.

24.4.07

cuaca x menentu

dari minggu lepas hingga ari ni cuaca x menentu. siang panassssssss sgt, bila petang hujan lebat. budak2 kat rumah x sihat jadinya. lepas hubby ari tu, budak2 pula yg kena. dengan selsemanyer, batuk dah tu kemarin abg fauzan pula sakit mata. siannnnn abang. tp dah pegi jumpa dr. dah amik ubat nampaknya alhamdulillah dah kurang sikit sakit mata abg.
abg fauzan sekarang dah makin petah bercakap. dia dah pandai guna banyak perkataan wlupun kekadang ayat yg dibuat tu ada yg terbalik. dia dah tahu guna perkataan esok, tarik baju, dah tau kalau nak gi klinik jumpa dr, dah pandai auta dan banyak lagi. dah bujang anak ibu, anak abah. yg adik pula dah mula lepas tgn kalau berdiri. dibandingkan dengan umur dia yg baru 7 bln lbh, kira cepat gak perkembangan dia.anak sedara yg sebaya adik pun blm tumbuh gigi lagi. x kisahlah lambat ke cepat yg penting adik ngan abang sihat. stp kali berdoa ibu x lupa minta jika itu yg terbaik. kerana Allah lbh tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya.
sekarang abang ngan adik tgh minat tgk cerita barnyard. cite pasal lembu bernama otis. kalau pasang cite ni an=bg memang x gerak dari depan tv. adik ngan abang suka sgt dgr lagu yg abah otis nyanyi masa tgh berjaga sambil main gitar. lagi satu lagu mr.bombastik nyanyian shagey. kelakar tgk muka anak2 ibu yg tgh kusyk tgk tv. ari tu abg nangis2 nak gitar, ingatkan sbb dia nak main gitar mcm Ben (abah Otis), rupanya masa dpt jer gitar tu dia acah nak belasah mcm Ben belasah Dick (cayote jht dlm barnyard). abang... abangggg... comel anak abah, anak ibu.
tgklah gambar adik ngan abg masa nengok cite otis. masa ni dah kul 11.30 mlm.


17.4.07

gambar kat miri







ari ni aku fowardkan gambar2 masa kita org kat miri. gambarnyer banyak tp selectedlah sbb lambat. nak buat guna photobucket dari smmlm nak buka x leh jer. emmmmmmm....

gambar ni masa tggu flight nak gi miri dari Jb. ini kat airport senai.

ABAH KURANG SIHAT
semalam sayang krg sht. siannnn sayang ibu. badan penat sgt. blk dari miri jumaat ptg soknyer kena gi meeting kat kl pula. seawal 5 pg dah kena kuar. sib baik naik kenderaan pejabat, kalau drive sendiri lagilah lepak, sampai umah dah kul 11 mlm. ari senin kena stay back sbb nak siapkan laporan nak present ari ni. sampai umah smlm dah kul 9 lbh. sian hero2 ibu ngan abah, masa bergurau skjp jer smlm. nanti ibu ngan abah cover yer sayang. sok kena pegi attend bengkel kat equatorial Bangi sampai ari jumaat, kalau larat kena tolak mlm ni, kalau x sok pg jer. drive lagi pegi kl. next week pula sabtu sampai isnin kena ikut kursus dlmn kat desaru. fuyooooo busynyer sayang. sian awak. nanti mlm kita picitkan lagi badan awak yer. biar lega sikit skt2 bdn tu. biar cepat sihat. sayangggggg awakkkk.... luv u so muchh... (aik, mcm pernah dgr jer ayat ni, ayat sape ahhhh???)
sayangggg... abahhhh. pg tadi pegi keje pun ibu yg bawa kete, abah x larat. sbb nak kena present ari ni abah gagahkan juga pegi keje. kalau x dah cuti rasanya. ibu kalau bawa kete ngan abah kat sebelah mulalah gelabah. 'JPJ besar' katakann. mulalah nak buka wiper tertekan signal, nak tekan signal terbuka wiper. kelakarlah pula, padahal x ada apa pun. abah x kisah. nanti dah bawa lama skit barulah ok. he...he...he.... untuknya wanita yg blh bawa kete. rugi rasanya mereka yg x mempunyai lesen. zmn yg serba maju ni seelok2nyer wanita perlu tahu membawa kereta. utk kes2 kecemasan.

16.4.07

Miri, sarawak

09 - 13/04/07, cuti2 m'sia lagi. kali ini ikut hubby pegi Miri, s'wak. aku excited nak pegi sbb aku x pernah sampai s'wak. alhamdulillah dpt gak pegi. kebetulan tiket dpt yg murah, kira murahlah rm299.98 utk return, kira oklah. penginapan dah ada (tumpang hubby )cuma sediakan tiket jer. mak pun pegi sekali, tambang sendiri (sorry yer mak x dpt sponsor). masa pegi flight x penuh wahhhhh 1 row kita org yg punyer. masa balik full pula, x leh nak bersenang lenang. dah tu yg hairannya kata flight kul 4 ptg dari miri, kul 3 dah pggl. 3.40 dah trbg. memanglah best terbang awal tp jadi kelam kabutlah sikit. bknnya jadi mudah jadi masalah pula. itulah penerbangan murah namanya.
kat miri we all ddk kat Parkcity Everly hotel. besttttt...., blk besar, swimming pool pun ok. ada utk bdk ada utk org dewasa. dah tu besar pula tu so x lah sesak pool masa mandi.kali ni fauzan puas mandi kolam. dah tu x nak mandi kat tempat knk2, mandi kat tempat dewasa ngan abah. siap pakai goggles lagi, beli kat miri. menyelamnyer x juga. comel abg fauzan masa mandi. gambar x dpt nak attach lupa bawa camera. later onlah. abg stp ari mandi kolam. lepas s'pan jer gi mandi. nanti ptg kalau sempat pegi mandi lagi. besttttt... suka tgk abg mandi. siap lompat dari tepi pool lagi. dah beranidah, kalau x asyik berjalan jer kat kolam. paras pinggang ke bawah jer basah. pinggan ke atas x basah pun.
adik dpt lah merasa celup2 kaki. adik x leh mandi sejukkkk. adik tgk jer abg. adik ikut atuk jln2 kat sekitar hotel jer. hotel tu ada pantai tp kita org x pegi pun. lagipun x berapa minatlah mandi pantai.
dari hotel nak gi bdr miri jauhlah juga. kena naik teksi. mula2 tu penin gak nak gi makan kena keluar bandar sbb tanya org tempat mkn yg best semuanyer x ada cdgn. kita org pun pegilah bintang plaza makan kat food court. makan blh thn sedap, harga pun kira murah. mee goreng msh blh dpt harga rm2.50. kalau kat jb mana ada harga rm2.50, biasanya around rm3.50 - 4.00 itu yg biasa. mkn ok, cuma bila keluar kena tggu teksi, dah tu teksi bknnya berlambak mcm kat jb, kena call baru ada. lecehnyer.
esoknyer gi jln2 ngan abg nampaklah kdi mkn melayu around 200m dari hotel. alhamdulillah ada lah gak kdi mkn x yah g bdr. mkdi ni buka kul 7.00 pg sampai 5.30 ptg. mkn memang sedap. kalau x slp nama kedai makan ni Restoran Jamilah kalau x silap. kalau u all ddk parkcity hotel atau marriot, blh pegi sini, kira dkt sikit ngan sedap. harga pun ok.
cuma kat miri x leh nak beli souvenier sgt. nak beli kain batik s'wak punyerlah payah nak cari. masa gi miri pun bkn musim ikan terubuk masin so mhl sktlah. dptlah beli skt utk mak sedara ngan jiran. yg lain x ada apapun. kira ikut utk tgk negeri org. walau apapun besttttt....

5.4.07

Adik Fayyad dah tumbuh gigi

semalam tgk gigi adik dah keluar sebatang, gigi bawah. comellllllllll jerrr.... pas ni abg dah x leh buli adik lerr... adik dah ada gigi, nanti adik gigit abg. kahhh..kahhh... tp adikngan abg dia x gaduh. adik pun so far kalau ngan abg manja. kalau x nampak abg jer mulalah dia melalak, kalau abg tido pun nanti dia resah gelisah sbb x ada kwn. abg pun sayang adik, cuma abg lokek sikit dlm bab mainan. kalau adik pegang dia rampas, lagi satu abg kasar sgt. sian adik. tp apa yg kelakarnyer apa jer yg abg buat semua kelakar bg adik. adik sure melekek-lekek. adik kalau abg tindih dia kuat2 pun dia ketawa. kemana jer abg pegi adik sure ngekorrrr.... merangkak2 rangkak adik ngejor abg.
alhamdulillah nampaknya abg ngan adik rapat. kalau jln pun abg seboleh2 nak bawa adik. kalau kata tinggal sure abg melalak. sayang anak ibu, sayang anak abah.

ini gambar adik masa lum ada gigi.

adik kalau x kacau abg x sah. kalau bkn adik yg kacau abg, abg yg kacau adik. same jerrr bdk 2 org ni.

tadi aku baca blog p-nut. sdh, sebak, terharu semua ada. sian kat p-nut n family. banyak2 bersabar yer p-nut. Allah itu Maha Mengetahui. pasti ada hikmahnya stp benda yg berlaku. mungkin kita x nampak sekarang tp akan dtg kita x tahu. sesape yg nak tau kisahnyer bacalah www.ceritapnut.blogspot.com

4.4.07

Pengalaman ngandung yg pertama

ari ni aku nak kongsi cite masa aku ngandung. alhamdulillah w/pun aku tergolong dlm mereka yg bersize XXXL tp Allah tlh permudahkannya utk ku.slps nikah aku cuma period 1x jer lps tu x ada period. bila cek, dr. sahkan yg aku hamil. sukanyerrrr dgr sbb aku ngan hubby x kisah psl baby. lg cpt Allah bagi lg baik. jangka bersalin21/09/04.
masa ngandung aku x ada alahan or ngidam2, lg nak cium ketiak hubby adalah. cuma aku x brp gemar nak mkn nasi, aku lbh suka mkn mee, mihun, roti/kue teow. Masa 9 bln ngandung bdn pun naik normal jer 10 kg. cuma dr. suspek gula tggi tp bila buat mggt normal. (mggt = ujian minum air glukos yg manis giler tu. mlm kena puasa, sok nyer dtg klinik amik drh pastu kena minum air glukos. 1 or 2 hour pas tu dia suruh dtg lagi amik darah, dahtu baru blh makan)aku x suka ujian ni. 1st sbb aku x dpt s'pan, 2nd aku kena berlapar dan 3rd aku kena minum air glukos yg x sdp tu.
masa aku ngandung yg 1st aku rajin baca surah yusof (he...he....sbb aku nak baby boy ngan baby hensem)pastu bila bersalin aku x dpt deliver normal, agaknya sbb aku jarang baca surah maryam he..he... rajin2 baca surah maryam insya allah, Allah permudahkan proses kita bersalin.
aku dijangka bersalin dlm 21/9/04 tp aku bersalin 14/10/04. bila dah lwt aku x ada rasa skt sampailah ke tempoh semggu yg dr. bagi, x juga bersalin. dlm masa tempoh ni aku kena chiken pox, spptnya aku akan diberikan ubat agar bersalin tp dr x bagi, sbb aku ada CP. dia srh aku blk umah dulu sbb tkt patient lain jangkit. dr bg tempoh lbh kurang 2 mggu baru dtg sml kalau x ngandung juga. org kata kalau masa ngandung kena CP blh effect kat baby, mcm2 aku dgr, ada yg kata baby blh matilah, cacatlah dll. aku jadi tkt. aku ckp kat dr. x leh operate ker keluarkan baby spy dia x kena effect? dr kata itu lg bahaya baby blh mati. aku pun apalagi nangis beriyalah sbb this is my 1st baby dgr mcm tu pula. tp aku tawakal kpd-Nya. kalau memang dah rezeki aku, aku terima sekuat yg blh.tp kalau dlm tempoh tu skt nak bersalin ada, kena bersalin gak kata dr.
lps tempoh tu aku x bersalin gak, bila dtg spital CP aku pun dah kering skt, dia org pun ltklah ubat utk bagi buka jln sbb aku baru buka 2cm sdgkan baby dah lewat hampir 3 minggu. kul 3pg 14/10/07 aku rasa sakit. mcm nak buang air tp bila nak buang x ada benda yg kuar. aku dah x leh tdr. kul 5 aku rasa ada air meleleh tp air tu keruh ckp s/nurse dia org pggl dr. 5.45 baru HM dtg ngan terhegeh2. dia tanya air/darah aku kata air tp keruh. barulah dia org kelam kabut pggl MO.rupanya air ketuban aku dah pecah dan baby dah berak kat dlm sbb tu kotor. masa tu juga aku disiapkan utk emergency case utk buat operation sbb baby dah lemas. masa 2 aku dah takut tp nasib baik Sister kat situ ajak aku berselawat sambil aku disiapkan. masa tu gak aku call husband bagitau, nsb baik aku bawa hp. dah siap aku terus ditolak ke OT. sampai sana aku dibius 1 bdn sbb aku ada CP.
aku sdr bila diaorg kejutkan aku bgtau yg baby boy dan minta aku kiss baby. dlm mamai2 aku kena tolak keluar dan hubby dah tggu aku. hubby trs kiss dahi aku. itulah saat plg romantis pernah aku rasa, bestttttt.
lps bersalin, baby x dgn aku sbb dia kena quarantine, suspek CP. mula aku sdh gak sbb org lain ada baby kat sblh aku x ada. dah tu aku dmm, kena kencing kotor, dr. jumpa fibroid pula kena ddk spital sampai 6 hari rasa tension sgt smpi nangis2.masa tu pula puasa, hubby kena berulang kulai-JB, siannnn kat hubby. buka puasa kat spital. berbuka ngan roti, air milo ngan telur rebus yg i dpt s'pan. dtg dlm kul 4.30 ptg sampai kul 7 mlm lbh baru blk. TQ sayang. Masa tu w/pun x ada org lain yg dtg melawat aku cuma staff pgmc aku jer tp aku x kisah sbb hubby ada. mak ayah jauh kat sabah, mak mente 1st day adalah dtg sbb mak pun kena jaga akak ipar aku yg baru bersalin kat umah, aku x kisah. kalau hubby x ada kat sblh pun tp hp sentiasa berbunyi. sayang awakkkk.... tp bila lht sekeliling rupanya aku msh tergolongan org yg beruntung.

syukur kpd mu Ya Allah atas segala kurniaan-Mu. setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya.



inilah Muhammad Fauzan Amiruddin Bin Saiful. lahir pada 14/10/2004 jam 1.29 tghri. berat 3.75kg di Hospital Sultanah Aminah, JB

ini gambar fauzan ngan abah.

2.4.07

Sayang anak ibu.....

semalam aku berperang ngan buah hatiku yg sulung. siannnnn.... menyesal rasanya. sorry sayang, ibu sayangggggg awak, sayangggggg adik, sayanggggg abahhhhh...( yg ni terlbh sayang, sampai jeles nak mampus... Ya Allah, engkau kurangkanlah perasaan cemburu ku ini. ianya membuat aku menderita)

ari ni aku trm srt pggl meting. nak pegi ker tak. ntahlah. aku tgh fkrkan. kalau x pegi kang rugi pengetahuan kerja, kalau pegi rasanya kena drive sdr sbb hubby busy. nak naik bus x sampai hati rasanya nak tgglkan buah hatiku. tgklah mcm mana. kalau nak naik bus pg sekurang2nya kul 4 pg dah kena bertolak. x ckp lagi ngan hubby.

tadi sempatlah baca p-nut.online. sebak rasa dada. aku doakan engkau dan baby slmt p-nut. semoga Allah memberikan engkau rezeki yg melimpah ruah. aku kalau tensen jer aku baca blog p-nut. nanti coollah aku sikit. aku suka cara p-nut menyampaikan crt2nyer. mana yg aku rasa aku blh amik buat iktibar aku amik. sememangnya aku jauh lbh bahagia dan beruntung. knp harus mlht pd benda2 yg x membahagiakan.

SaiFuL's family