abg fauzan sekarang dah makin petah bercakap. dia dah pandai guna banyak perkataan wlupun kekadang ayat yg dibuat tu ada yg terbalik. dia dah tahu guna perkataan esok, tarik baju, dah tau kalau nak gi klinik jumpa dr, dah pandai auta dan banyak lagi. dah bujang anak ibu, anak abah. yg adik pula dah mula lepas tgn kalau berdiri. dibandingkan dengan umur dia yg baru 7 bln lbh, kira cepat gak perkembangan dia.anak sedara yg sebaya adik pun blm tumbuh gigi lagi. x kisahlah lambat ke cepat yg penting adik ngan abang sihat. stp kali berdoa ibu x lupa minta jika itu yg terbaik. kerana Allah lbh tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya.
sekarang abang ngan adik tgh minat tgk cerita barnyard. cite pasal lembu bernama otis. kalau pasang cite ni an=bg memang x gerak dari depan tv. adik ngan abang suka sgt dgr lagu yg abah otis nyanyi masa tgh berjaga sambil main gitar. lagi satu lagu mr.bombastik nyanyian shagey. kelakar tgk muka anak2 ibu yg tgh kusyk tgk tv. ari tu abg nangis2 nak gitar, ingatkan sbb dia nak main gitar mcm Ben (abah Otis), rupanya masa dpt jer gitar tu dia acah nak belasah mcm Ben belasah Dick (cayote jht dlm barnyard). abang... abangggg... comel anak abah, anak ibu.
tgklah gambar adik ngan abg masa nengok cite otis. masa ni dah kul 11.30 mlm.
