23.11.07

hAPPY bIRTHDAY hUBBY

21 NOV 2007 alhamdulillah my idol n my beloved hubby genap 31 thn. rasa syukur yg x terhingga aku panjatkan kepada-Nya atas nikmat yg diberikan. mengizinkan aku merasa kebahagian dan kenikmatan dunia ini. bagi aku my hubby adalah nikmat dunia yg Allah kurniakan kpdku. from my hubby aku merasa nikmat menjadi seorang isteri, from my hubby aku merasa nikmat menjadi seorang kekasih, darinya juga aku dpt merasa nikmat menjadi sahabat, menjadi kawan, menjadi teman dan antara nikmat terbesar yg aku kecapi bila menjadi ibu kpd zuriatnya. dari perkenalan dan perkahwinan ini juga aku merasa 1001 rasa sayang, suka, cinta, marah, merajuk, cemburu, sedih, gelisah, dihargai, air mata, bimbang dan macam2 rasa lagi. semoga kenikmatan ini akan berpanjangan dan berkekalan. I LOVE YOU SAIFUL BIN ABDULLAH.

sempena birthday abg aku hadiahkan jam tangan C****. Mula2 risau abg x minat design tu tp alhamdulillah bila abg tgk dia suka. aku juga sempat belikan kek utk abg. ingatkan nak buat sendiri tp x sempat sbb kononnya balik keje nak makan kat luar tu yg x sempat. tp atas sbb2 tertentu x jadi mkn kat luar.
biila balik umah rupanya mak pun dah suruh ucu belikan kek. nampaknya thn ni abg dpt 2 biji birthday kek. kahh..kahh... mcm pujan pula. ingat nak amik gambar kek tp abg kata x yah. suruh abg potong kek pun abg x nak. akhirnya pujan tampil sbgi wkl abah utk potong kek. yg kelakarnya masa kita org nyanyi lagu "... happy birthday to abah..." Pujan x puas hati sbb dia yg potong kek tp lagu utk abah bkn utk dia. kelakarlah pujan ni.

inilah gambar jam ngan kad yg aku belikan utk hubby.

14.11.07

mee rebus mak kulai

semalam aku ngan hubby cuti sbb nak bawa fayyad gi klinik, atuk pun nak gi klinik ngan abah nak service mcqueen. semalam dari tghri sampai ke petang asyik hujan jer. ingatkan dah x jadi nak gi klinik sbb hjn yg teramatlah lebat, tp bila dah ptg sikit renyai2 jer. kul 3 lbh baru abah siap bawa mcqueen pegi services ngan btlkan skit2 benda lain. kena gak dlm RM260. adusss...

dah kul 4 baru kita org gi klinik. aku suka pegi ptg sbb org dah x ramai sgt. kalau pegi pagi alamat dah tghri baru siap. tp kalau ptg within 1 hour insya allah siap. semalam berat adik dah 14.5 kg. kalau ikut carta yg ada kat kad baby adik dah kira obes sbb dah terkeluar ke ruang merah. tp bila aku tanya pakar kat spital dia kata sbb fayyad masa lahir dah besar 4.6kg jadi pertambahan berat dia x kan sama mcm baby yg lahir dgn brt bdn >< 3 kg. sbb tu berat bdn dia akan lbh. asalkan fayyad aktif dan sihat, x akan jadi masalah. cuma dr. kata kena control jgn terlebih banyak sgt. lagi sekali appoinment adik pd 04/02/08. kali ni kena jarum. wa.....

masa nak gi klinik mak risau gak sbb ni lepas raya. masa raya makan macam2. tapi alhamdulillah semalam mak pegi check darah mak atas 130 dan bawah 80. alhamdulillah.
lega rasanya.

balik dari klinik singgah tempat cik antar puding mak buat, pastu sinagh beli tauhu pas tu terus balik umah. buat pertama kalinya mak masak mee rebus sendiri sbb sll kalau nak makan mee rebus kita org pegi gerai cik jer sbb menu ni sentiasa ada. tapi mak kata saje nak cuba buat sendiri. keputusannya. erkhhhh... kenyang dan sedap. kiranya utk dinner kita org mkn mee rebus. kat bawah ni aku bagi resepi mee rebus yg mak buat. sajer jer tulis kat blog takut terlupa. sukatan jgn tanya sbb aku tgk2 mcm tu jer. kiranya ini ikut anggaran aku

MEE REBUS MAK KULAI
1/2 kg mee kuning - celur
1/2 kg keledek
dg - pilihan. nak letak ker tak ikut selera
minyak utk tumis
2 s/b bwg kisar
1 s/k udg kering kisar
2 s/b serbuk kari

bhn2 selingan
taugeh - celur
tauhu - goreng dan potong2
bawang goreng
cili hijau - hiris
telur rebus
limau kasturi - belah 2

keledek ngan dg di rebus hgga empuk. lenyek / kisar keledek hgg hancur. ketepikan. tumiskan bwg, udg kisar dan rempah kari hgga pecah minyak. masukkan dg, keledek kisar dan tambah 1 cwn air. perasakan dan biarkan mendidih hgga pekat (kepekatan ikut suka). bila nak makan tuangkan kuah keatas mee yg hdk dimkn dan letaklah bhn2 selingan. selamat mencuba. kalau x jadi sorrylah yer sbb aku x pdi nak terangkan cara nak masak.


GAMBAR SEKADAR HIASAN

13.11.07

Happy Birthday Atuk Kulai ke-64 thn

hari ni akok ina genap berusia 64 thn. alhamdulillah. atuk masih sihat dan masih sanggup nak menjaga 2 org hero ku. terima kasih akok. semalam kita org pegi Jusco Tmn U carikan hadiah utk atuk. cari punyer cari, akhirnya hand bag CR menjadi idaman ku utk dihadiahkan. tp cari yg biasa2 jer. kalau yg baru keluar, x dapatlah rasanya dengan keadaan ekonomi selepas raya ni. he..he... al-maklumlahhh. lupalah pula nak amik gambar, sbb semalam dah bagi kat atuk. harap2 atuk suka.
apa yg aku suka kalau belikan mak barang ialah mak akan menghargai setiap pemberian kita. walaupun harga benda tersebut taklah semahal mana. happyyy rasa bila orang menghargai pemberian kita.



hari kita aku teringin nak cite pasal mak mertua aku. orangnya kecil molek,lemah lembut, soft spoken, chinese look dan kemas orangnyer. walaupun dah berusia 64 thn tp MIL aku ni seorang yg mementingkan penampilan. bukanlah over tapi kemas dan sedap mata memandang. kalau orang tgk, ramai yg kata MIL aku ni muda, x seperti usianya.


lagi satu yg aku suka tentang MIL dari segi penjagaan barang. aku dptlah gak amik sikit tips2 penjagaan barang2 umah, penjagaan fabrik2 dan mcm2 lagi tipslah. barang2 yg digunakan nyer juga biasanya tahan lama. contohnyer washing machine. washing machine hari tu dah 12 thn MIL gunakan. itupun dia tukar sbb machine tu dah x kuat nak basuh kain bila banyak bukannyer sbb rosak. kiranya kita org tolak kat kdi, machine tu msh laku lagi. kalau dia nak beri barang pun dia akan pastikan yg brg tu ada gunanyer, bukan setakat cantik atau sbb sukakan barang tersebut. aku tabik bab ni ngan MIL aku, sbb aku kalau suka aku x sbr nak dptkan benda tu wlupun kekadang benda tu dah ada. Tp MIL aku sabar. MIL juga seorang yg berjimat tapi tak kedekut.


kesimpulannya MIL memang best dan seorang yg sporting. sbb itu ada member aku yg hairan bila cite aku tinggal ngan MIL. memanglah kekadang tu berdesing gak telinga bila kena sound tp bila fikir2 balik memang aku yg salah. masa aku bersalin pun aku stay ngan MIL, bukan mak aku x ajak balik sabah tp perjalanan yg jauh ngan perpisahan yg lama ngan hubby aku x sanggup.

walau apa pun, sebenarnya aku ngan MIL adalah manusia biasa. masing2 ada buat kesilapan. cuma jika itu berlaku, aku andaikan yg ianya adalah pengajaran utk ku.

sblh mlm pula hubby ajak kita org gi dinner kat luar sempena birthday atuk. lepas isyak kita org gerak pegi menjamu selera kat Azlan's seafood kat Saleng. seperti biasa akulah yg membuat order. he...he.... minta mak pilih mak x kisah, suruh ucu pilih, ucu ikut jer, suruh hubby pilih lagilah kena jeling. penyudahnyer Ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung, chap chai, telur bungkus, ayam goreng biasa dan tomyam campur. nasi putih 4, orange jus 1, apple jus 1, teh o panas 1 dan 1 swear ( air suam) 2 = RM75. Alhamdulillah, puas hati sbb lauk sedap, harga ok dan perut kenyang. TQ sayang belanja mamam.

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.

terima kasih daun keladi,
lain kali abah belanja lagi.
(he...he....)

10.11.07

bual2 kosong.



busynyerr... x sempat nak siapkan projek warga info96 ari tu. baru sebilangan kecil famili yg dpt aku masukkan. sorry yer... x sempat.
x tau nak citer apa ari ni sbb byk sgt keje nak siapkan. x ada idea. tapi sajer jer masuk sbb dah lama x update.
cite pasal famili my hero yg kecik, fayyad dah pandai panggil ABAH. jelas dan terang. tapi siap dgn ibu pun dia panggil abah. aku iyekan jer tp nanti abg yg akan betulkan.." itu ibu dik, bukan abah" pandai abg fauzan. gigi bawah adik nak bertambah lagi sebatang. dah ada 6 1/2 btg gigi adik sekarang. walaupun bil gigi tu skit tp adik berlagak, x nak makan benda yg lembut2, dia mcm geli. tapi kalau kerepek atau keropok semua ok.


cite abg fauzan pulak, sekarang semakin petah bercakap. tp yg kelakar setiap sebutan majoriti abg tambah lah kat belakang. bila aku tanya, abg nak tidur sayang? nanti dia akan jawab 'taklah'. kalau dia nak benda pun nanti dia ckp, "pujan naklah". kekadang dengar mcm kasar, tp kekadang kelakar sbb ayat yg x sepatutnyer letak pun dia letak "LAH".


my hubby pula tgh busy sbb salah satu drpd cawangan dia org nak dirasmikan kat Bandar Tenggara jadi agak busylah. kebetulan pula esok 29 syawal dan last raya jadi diaorg buat perasmian ngan jamuan raya sekali. besttttnyer.... mesti ramai yg pki baju kurung/baju melayu. hensemmmm.... termasuklah my hubbbyy ( dah memang hensemmm, semakin hensemlah esok). hajat di hati nak ikut (tkt kena ngorat, kahh...kah... - sure bebulu jer p-nut kalau baca kenyataan aku ni) tpa sian kat baby sbb kena keluar awal pagi n lambat pula habis. jadi, kita org ber-3 bersenang lenang jelah kat umah cat.

SaiFuL's family