13.11.07

Happy Birthday Atuk Kulai ke-64 thn

hari ni akok ina genap berusia 64 thn. alhamdulillah. atuk masih sihat dan masih sanggup nak menjaga 2 org hero ku. terima kasih akok. semalam kita org pegi Jusco Tmn U carikan hadiah utk atuk. cari punyer cari, akhirnya hand bag CR menjadi idaman ku utk dihadiahkan. tp cari yg biasa2 jer. kalau yg baru keluar, x dapatlah rasanya dengan keadaan ekonomi selepas raya ni. he..he... al-maklumlahhh. lupalah pula nak amik gambar, sbb semalam dah bagi kat atuk. harap2 atuk suka.
apa yg aku suka kalau belikan mak barang ialah mak akan menghargai setiap pemberian kita. walaupun harga benda tersebut taklah semahal mana. happyyy rasa bila orang menghargai pemberian kita.



hari kita aku teringin nak cite pasal mak mertua aku. orangnya kecil molek,lemah lembut, soft spoken, chinese look dan kemas orangnyer. walaupun dah berusia 64 thn tp MIL aku ni seorang yg mementingkan penampilan. bukanlah over tapi kemas dan sedap mata memandang. kalau orang tgk, ramai yg kata MIL aku ni muda, x seperti usianya.


lagi satu yg aku suka tentang MIL dari segi penjagaan barang. aku dptlah gak amik sikit tips2 penjagaan barang2 umah, penjagaan fabrik2 dan mcm2 lagi tipslah. barang2 yg digunakan nyer juga biasanya tahan lama. contohnyer washing machine. washing machine hari tu dah 12 thn MIL gunakan. itupun dia tukar sbb machine tu dah x kuat nak basuh kain bila banyak bukannyer sbb rosak. kiranya kita org tolak kat kdi, machine tu msh laku lagi. kalau dia nak beri barang pun dia akan pastikan yg brg tu ada gunanyer, bukan setakat cantik atau sbb sukakan barang tersebut. aku tabik bab ni ngan MIL aku, sbb aku kalau suka aku x sbr nak dptkan benda tu wlupun kekadang benda tu dah ada. Tp MIL aku sabar. MIL juga seorang yg berjimat tapi tak kedekut.


kesimpulannya MIL memang best dan seorang yg sporting. sbb itu ada member aku yg hairan bila cite aku tinggal ngan MIL. memanglah kekadang tu berdesing gak telinga bila kena sound tp bila fikir2 balik memang aku yg salah. masa aku bersalin pun aku stay ngan MIL, bukan mak aku x ajak balik sabah tp perjalanan yg jauh ngan perpisahan yg lama ngan hubby aku x sanggup.

walau apa pun, sebenarnya aku ngan MIL adalah manusia biasa. masing2 ada buat kesilapan. cuma jika itu berlaku, aku andaikan yg ianya adalah pengajaran utk ku.

sblh mlm pula hubby ajak kita org gi dinner kat luar sempena birthday atuk. lepas isyak kita org gerak pegi menjamu selera kat Azlan's seafood kat Saleng. seperti biasa akulah yg membuat order. he...he.... minta mak pilih mak x kisah, suruh ucu pilih, ucu ikut jer, suruh hubby pilih lagilah kena jeling. penyudahnyer Ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung, chap chai, telur bungkus, ayam goreng biasa dan tomyam campur. nasi putih 4, orange jus 1, apple jus 1, teh o panas 1 dan 1 swear ( air suam) 2 = RM75. Alhamdulillah, puas hati sbb lauk sedap, harga ok dan perut kenyang. TQ sayang belanja mamam.

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.

terima kasih daun keladi,
lain kali abah belanja lagi.
(he...he....)

SaiFuL's family