22.12.07

Salam Aidiladha



Hari ni dah masuk raya aidiladha yg ke-2. x seperti rakan2 yg lain aku x bercuti. sbb2nya:-

1) cuti dibekukan - persiapan banjir
2) raya haji x yah amik cuti
3) staff aku bercuti
4) cuaca hujan x leh nak pegi bercuti

maka aku pun x bercuti.

rasa mcm susah jer nak dgr takbir raya kali ni. maybe sbb fauzan dah pandai control tv, aku yg x ada masa nak tgk tv, siaran radio kat off susah nak dpt ataupun memang takbir jarang berkumandang. kat surau pun hanya lepas solat they all takbir. selain tu x ada. aduhhh!!!! x bestnyer sbb raya haji jer aku dpt dgr takbir lama sikit yelah 3 hari, kalau raya puasa sehari jer. memanglah boleh pasang cd tp x reallah. aku setiap kali dgr takbir rasa sebakkkk... sangat. bagi aku takbir adalah muzik, bunyi ataupun sound yg paling best, tenang dan damai bagi aku.

seperti biasa bila raya aku tolong mak masak rendang. bukanlah sedap sangat pun tapi bolehlah makan. mak masak kari ayam, sambal kacang dan lodeh. pehhh!!! fauzan makan memang selera termasuklah mak dia. he..he...he... dan seperti biasa bila tiba raya diet aku hancusss...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

P/s :- utk famili k'gau yg tercinta - walaupun kita dipisahkan oleh laut yg hanya boleh dilepasi bila menaiki flight Air Asia ataupun Malaysia Airlines, tapi bau nasi dagang ayah tetap terbau2 di hidung along. nanti balik kgau akan along request. he..he...he...

14.12.07

Anniversary yg ke-4 thn

hari ini cukup 4 thn ulang thn perkahwinan aku ngan en. Saiful Bin Abdullah. alhamdulillah. aku bersyukur atas nikmat yg Engkau kurniakan Ya Allah. 13.12.03 adalah tarikh keramat aku mendapat gelaran Mrs. Saiful Abdullah. Alhamdulillahhh...
tidak ada sebarang occasion dibuat, hanya doa dan ucapan syukur yg tidak terhingga.



gambar ni ehsan dari web puan norazlina. TQ. sebenarnya aku copy jer dari album mek na.

5.12.07

December

ari baru masuk seminggu kita berada di bln terakhir 2007. insya allah panjang umur merasalah kita tahun 2008 nanti. walau pun baru seminggu tapi bbrp perkara tlh berlaku.

01.12.07 - ari ni ada 2 org kenalan aku yg menyambut hari lahir. happy birthday to Zarif nadzim yg ke sethn. dia adalah anak kpd best prend hubby en. faizal saman dan ipah. walaupun baru 1 thn baby ni dah menghadapi pelbagai dugaan. masuk hospital dah beberapa kali krn jangkitan kuman. plg sekejap 1 minggu plg lama 1 bln lbh skit. first time masa masuk umur x sampai sbln. insya allah zarif cepat sembuh.

yg kedua Adlin Yusnita yg ke 31 thn. dah tua lahh lin. Lin ni room mate aku dari sem 1- 7. dari kolej anggerik sampailah ke rumah sewa seksyen 7 dan salah sorang best prend aku. aku tahu lagu febret dia Darjat A to Z dan dia tahu lagu Celion dion yg aku 'MINATTT...' giler. kah3x Lin bdk Tun Aminah tp sekarang dah bekerja dan menetap di kuching ikut hubby. dah ada seorang puteri.
masa mula2 masuk hostel dlu aku takut giler kat lin sbb muka dia yg garang, kena pula org jhr lagi gabrah aku. Lin pun kata aku berlagak masa mula2 jumpa. mula2 msk aku x berbual, spp aku jer yg berbual. KAH...20x. itu kenangan dulu. masa tu aku fobia ngan org jhr. tp sekarang... taraaaa anak2 ku telah menjadi warga jhr. aku mencari rezeki di tanah jhr. dan di tnh jhrlah aku menetap kini. tapi walau apapun keningau ttp menjadi tanah tumpah darahku.
x kenal maka x cinta. bila dah berkenalan dan berbual rupanya berbeza sekali dgn apa yg aku sangkakan. jgn menilai seseorang itu dari luarannyer shj. Lin seorang yg amat menyenangkan, seorang yg mewah dgn makanan ( salah satu penyumbang kpd peningkatan kg aku kat UiTM) dan mempunyai hbgn keluarga yg rapat dan menyenangkan. aku ingat lagi sambal sardin Lin, mkn ngan roti atau nasi himpit. stp kali blk dari kg (sbnrnya bdr) adlin akan menjijit beg yg berat dan sarat dengan makanan. kahhh.... lagi satu kalau kita org meronda kl masa belajar dulu dari 8 pg - 8 mlm. ok jerr..... x terasa penat.

banyak kenangan terindah masa belajar kat Uitm, Shah Alam dulu. semuanya x akan berulang lagi. kenanganx2 ngan adlin, cik mer, niza , kakas, p-nut, raz, cik ahhh, makcik fida, nani terk*****, ngan diBRAdini, mahaz ainun, marlina ayu, jalut, norma, kak yah, kie, hae, kak suriati, fida kecik, akiza dan farah . yg ini geng kat kolej anggerik. lagi separuh kat kolej seroja lindut, mek na, tini, era faezah,nani (an), ija, yating, kak yati, ina kedah, sam, mimi, suraya dan fiza daud kayin. ada sesape yg aku tertinggal sorry yer.

kenangan masa kat bentong, pahang ( ada yg terkentut, ada yg terkucil, ada yg CB, dpt istilah KANTA dll). kenangan anak angkat kat s'gor ( aku x ikut tp hubby ikut), kenangan kat btg berjuntai. kenangan kena april fool ngan gadafie, kenangan menonton layar lara, kenangan blk jln kaki dr JJ bkt raja ke uitm, kenangan abg kassim, kenangan festival anggerik, kenangan tmn negara phg ngan bdk enginne, kenangan jln kaki sbb x ada bas, kenangan tapak konvo, kenangan naik bas yg langgar bdk archi. kenangan dinner kat klb selangor dan banyak lagiiiiiiii.... semuanya besttttttttttt dan x tertulis dlm blog aku. banyak sgt kenangan. kadangkala aku ngan hubby akan bercerita semula psl kenangan2 kat uitm dan kita org akan gelak giler. itu untungnya kahwin satu course. kah3x.

kebanyakan dari nama2 yg aku sbt di atas masih berhubungan tp ada juga yg dah x dgr khabar berita. sihat ker? dah kahwin ker? tggl kat mane? ntahlah. dan majoriti dah bergelar puan. alhamdulillah. semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yg murah, jodoh yg berpanjangan dan dipanjangkan umur agar blh berjumpa dan berkumpul bersama. wahhhh panjang tul aku berjiwang kali ni. hanya nak wish birhday tapi terimbau cite lama2.

itu cite yg membawa kenangan terindah tapi kali ni ada 2 berita sedih yang aju nak kongsi ngan u all. ptg 02/12/07 ari tu anak ke-2 kpd pasangan isnani ngan an (fairuz) iaitu warga info96 telah meninggal dunia. Al-fatihah. baby yg ke-2 ni lahir x ckp bln. hanya 5 bln ngan brt 500++ gm shj. semoga an dan nani tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

pada subuh 04/12/07 pula bapa sedara aku SAIF BIN ABDUL LATIFF iaitu abg sulung mak telah dijemput ilahi setelah berperang dgn penyakit cancer paru2, Al-Fatihah. aku terasa sedihh... sgt. dia antara bapa sedara kesayangan aku. seorang yg soft spoken dan baikkkkk sangat...Semoga beliau tergolongan dlm golongan hambaMu yg beriman YA ALLAH, terdiri dari umat nabi Muhammad S.A.W yg soleh dan terdiri dari hambaMu yg menjadi ahli syurga. AMIN...

1.12.07

Hari Keluarga PPAJ



27-28/12/07 merupakan Hari Keluarga PPAJ. setelah lama x buat thn ni PPAJ buat. kali ni destinasi yg dipilih ialah A Famosa Resort, Melaka. semuanya ditanggung oleh PPAJ. bas disediakan utk ke sana tp hubby nak bawa kt sdr, jwbnyer tgg sdr kos perjalanan. sbnrnya bw kereta sdr lbh selesa sbb aku ada 2 hero yg msh kecik kalau naik bas takut jadi leceh pula. lg pun kita blh rancang masa perjalanan sdr.
kita org berpuashati ngan percutian ni. dari segi penginapan PPaj menyewa villa yg mempunyai 4 bilik dan 1 villa utk 2/3 keluarga. famili yg besar skit mean rmi angkatan tenteranya mendapat 2 bilik. jadi memang selesa. setiap villa pula ada pool sdr tp x sempat sgt nak mandi sbb banyak aktiviti nak dibuat.
27/12/07 kita org sampai kat a famosa dlm kul 2.ptg terus pegi mandi kat water world. bestttt mandi kat wave pool. mula2 fayyad tkt. dah lama skit adik dah x takut. fauzan pun suka. siap mandi sdr x nak abah pegangkan. kita org mandi kat wave pool ngan lazy river jer. gelongsor yg tggi2 tu x cuba pun sbb susah ada bdk2 kecik. insya allah lain kali cuba. masuk sini pun ditanggung. dlm kul 5.30 kita org keluar dari water world check in kat villa. kita org stay ngan famili din dan famili ima. alhamdulillah famili yg ok.




lps maghrib kita org bersiap dan bertolak utk dinner kat cowboy town. yg ini pun tiket dah siap dibayar oleh PPAJ. makan buffet n hidang utk 2 meja termasuk meja bos. mkn ok, biasa2 jer. lps mkn kita org pegi tgk show kat cowboy town. kiranya itu kemuncak persembahan kat cow boy town. dlm jadual 8.45 tp mula lambat. kul 9.30 lbh krg baru mula. show ni lbh mcm perarakan. ada mcm2 show tp yg aku suka masa last sekali pertunjukan bunga api. memang cantik. tapi fayyad takut bila bunyi bunga api tu meletup.lagi satu aku suka lagu2 yyg dimainkan semasa show best2 belaka. rasa mcm nak joget sama. lps show kita org ronda sktr cowboy town utk posing. tp bila mlm gambar x brp jelas jadi gambar semua x brp best. 11 lbh kita org gerak blk sbb esokpg ada sukaneka pula.

27/12/07 - sukaneka bermula kul 9 pg selepas sarapan dan sdkt ucapan dari Pengarah PPAJ. terdapat 4 kump. iaitu hijau, biru, merah dan kuning. aku x ikut pun game sbb jaga hero2 ku. lagpun kita org samapi lewat tggu bdk2 bangun. yg kelakar bila boss tanya fauzan knp lambat dia ckp fauzan lambat bangun. pastu boss tanya fauzan yglambat atau abah yg lambat? dgn jujur fauzan jwb 'eii...fauzan, abah x..' gelak abah ngan boss abah. bagus kata boss pdi jaga line abah. Kahx3. bdk2 sememangnya jujur.

semasa sukaneka kump. biru telah muncul juara. tahniah di ucapkan. yg pasti itu bkn kump. aku atau kump abg. tp yg hebatnyer walaupun x ikut sukaneka, abg tetap membawa balik hammper yg besar sbb dpt cabutan bertuah. YAhoo!!!!!! lepas sukaneka kita org dibenarkan rehat kat villa masing2 sementara menunggu pkl 2 utk check out. sementara nak check out kita org sempat mandi kat pool villa. bestttt....

lepas check out ingatkan nak blk jhr tp memangdangkan dah sampai ke melaka, kita org tukar arah menuju ke bandar hilir. sempat posing2 kat bangunan merah dan a famosa. dulu aku dah pergi ngan adlin masa part2, kali ni ngan famili aku. masa nak naik a famosa rupanya kita org terikut jln jauh. aduhhhhh!!!! lenguh dan penatnyer memanjat bkt st.paul. tp fauzan terror x penat pun. lps posing kita org pegi beli belacan melaka ngan beli sehelai 2 t-shirt utk fauzan ngan fayyad dan utk alin dan ayil. utk sdr kita org beli magnetic sbgi koleksi. dlm kul 7 lbh kita org bertolak blk ke jhr.

kesimpulannya :- antara percutian yg best. TQ tu PPAJ kerana membuat hari keluarga ini dan mengizinkan famili turut serta. percutian di A famosa best cuma memerlukan penggunaan duit yg lbh sdkt. kalau pergi sdr, penginapan dah tentu kena bayar, makan lagi pastu nak masuk semua tempat pun memerlukan duit. masuk water world kena bayar lain, masuk cowboy town kena bayar lain, masuk safari kena bayar lain. dah tu dari segi makanan pun agak mahal. x leh bawa mknn luar kena beli kat dalam. pokoknyer... sediakan jelah duit...duitttt.

SaiFuL's family