1.12.07

Hari Keluarga PPAJ



27-28/12/07 merupakan Hari Keluarga PPAJ. setelah lama x buat thn ni PPAJ buat. kali ni destinasi yg dipilih ialah A Famosa Resort, Melaka. semuanya ditanggung oleh PPAJ. bas disediakan utk ke sana tp hubby nak bawa kt sdr, jwbnyer tgg sdr kos perjalanan. sbnrnya bw kereta sdr lbh selesa sbb aku ada 2 hero yg msh kecik kalau naik bas takut jadi leceh pula. lg pun kita blh rancang masa perjalanan sdr.
kita org berpuashati ngan percutian ni. dari segi penginapan PPaj menyewa villa yg mempunyai 4 bilik dan 1 villa utk 2/3 keluarga. famili yg besar skit mean rmi angkatan tenteranya mendapat 2 bilik. jadi memang selesa. setiap villa pula ada pool sdr tp x sempat sgt nak mandi sbb banyak aktiviti nak dibuat.
27/12/07 kita org sampai kat a famosa dlm kul 2.ptg terus pegi mandi kat water world. bestttt mandi kat wave pool. mula2 fayyad tkt. dah lama skit adik dah x takut. fauzan pun suka. siap mandi sdr x nak abah pegangkan. kita org mandi kat wave pool ngan lazy river jer. gelongsor yg tggi2 tu x cuba pun sbb susah ada bdk2 kecik. insya allah lain kali cuba. masuk sini pun ditanggung. dlm kul 5.30 kita org keluar dari water world check in kat villa. kita org stay ngan famili din dan famili ima. alhamdulillah famili yg ok.




lps maghrib kita org bersiap dan bertolak utk dinner kat cowboy town. yg ini pun tiket dah siap dibayar oleh PPAJ. makan buffet n hidang utk 2 meja termasuk meja bos. mkn ok, biasa2 jer. lps mkn kita org pegi tgk show kat cowboy town. kiranya itu kemuncak persembahan kat cow boy town. dlm jadual 8.45 tp mula lambat. kul 9.30 lbh krg baru mula. show ni lbh mcm perarakan. ada mcm2 show tp yg aku suka masa last sekali pertunjukan bunga api. memang cantik. tapi fayyad takut bila bunyi bunga api tu meletup.lagi satu aku suka lagu2 yyg dimainkan semasa show best2 belaka. rasa mcm nak joget sama. lps show kita org ronda sktr cowboy town utk posing. tp bila mlm gambar x brp jelas jadi gambar semua x brp best. 11 lbh kita org gerak blk sbb esokpg ada sukaneka pula.

27/12/07 - sukaneka bermula kul 9 pg selepas sarapan dan sdkt ucapan dari Pengarah PPAJ. terdapat 4 kump. iaitu hijau, biru, merah dan kuning. aku x ikut pun game sbb jaga hero2 ku. lagpun kita org samapi lewat tggu bdk2 bangun. yg kelakar bila boss tanya fauzan knp lambat dia ckp fauzan lambat bangun. pastu boss tanya fauzan yglambat atau abah yg lambat? dgn jujur fauzan jwb 'eii...fauzan, abah x..' gelak abah ngan boss abah. bagus kata boss pdi jaga line abah. Kahx3. bdk2 sememangnya jujur.

semasa sukaneka kump. biru telah muncul juara. tahniah di ucapkan. yg pasti itu bkn kump. aku atau kump abg. tp yg hebatnyer walaupun x ikut sukaneka, abg tetap membawa balik hammper yg besar sbb dpt cabutan bertuah. YAhoo!!!!!! lepas sukaneka kita org dibenarkan rehat kat villa masing2 sementara menunggu pkl 2 utk check out. sementara nak check out kita org sempat mandi kat pool villa. bestttt....

lepas check out ingatkan nak blk jhr tp memangdangkan dah sampai ke melaka, kita org tukar arah menuju ke bandar hilir. sempat posing2 kat bangunan merah dan a famosa. dulu aku dah pergi ngan adlin masa part2, kali ni ngan famili aku. masa nak naik a famosa rupanya kita org terikut jln jauh. aduhhhhh!!!! lenguh dan penatnyer memanjat bkt st.paul. tp fauzan terror x penat pun. lps posing kita org pegi beli belacan melaka ngan beli sehelai 2 t-shirt utk fauzan ngan fayyad dan utk alin dan ayil. utk sdr kita org beli magnetic sbgi koleksi. dlm kul 7 lbh kita org bertolak blk ke jhr.

kesimpulannya :- antara percutian yg best. TQ tu PPAJ kerana membuat hari keluarga ini dan mengizinkan famili turut serta. percutian di A famosa best cuma memerlukan penggunaan duit yg lbh sdkt. kalau pergi sdr, penginapan dah tentu kena bayar, makan lagi pastu nak masuk semua tempat pun memerlukan duit. masuk water world kena bayar lain, masuk cowboy town kena bayar lain, masuk safari kena bayar lain. dah tu dari segi makanan pun agak mahal. x leh bawa mknn luar kena beli kat dalam. pokoknyer... sediakan jelah duit...duitttt.

SaiFuL's family