26.8.10

Mesyuarat kat BAngsar

06.08.10 ari tu aku ada mesyuarat kat bangsar. maka nya 05.08.10 lepas hubby kerja kita org gerak gi kl. aku lepak kat boulevard hotel mid valley sbb tu yg plg dkt ngan bangsar. hubby x dpt antar sbb ada baby furqan. nanti balik saper yg nak pegang baby. jadi aku ckp hubby x per aku naik teksi.

dlm kul 9 mlm we all samapi. hotel best tp sayangnyer parking kongsi ngan midvalley jadi jenuh nak cari parking. pastu x ada signboard mengatakan parking tu blh pegi hotel ker dsbginya. masa salah masuk parking utk cititel htl pun ada signboard tp boulevard hotelx adsa lah pulak.

leaps check in kita org pegi dinnner kat mid valley jer. mkn kenny rogers jer. mls nak gi food court lagipun lecehlah ngan ada baby. order mcm biasalah. hubby n abg fauzan ayam, abg ayyad macroni cheese n aku ingat nak diet aku order sandwich. tp biler aku mkn order tu tekak x leh nak terima. aku rasa cheese dia mcm dah rossak. aku pun bgtau lah bdk kerja dia. niat tu hanya nak dia taulah sbb kenny salah satu fav. food aku n family naklah dia berkekalan. budak tupun panggil manager dia. biler manager dia dtg aku ckp tp manager dia kata rasa dia memang mcm tu. dia nak gamti tp aku x nak sbb nanti rasa dia ttp sama. tp ari tu aku mkn rasa dia x mcm tu pun. dia tanya bila aku mkn dah lama ker sbb ini resepi baru. aku baru mkn ari ahad lepas masa ngan family sabah tp x taulah kot2 isnin tu dah tukar menu. pas tu dia tanya aku pn nak mcm mana. mcn mana? aku pun x tau sbb aku bgtu tu spy dia berhati2 jer. x ada lah nak ganti rugi ker apa ker, nak marah2 ker. pastu dia kata oklah puan kita org keluarkan dari bil puan, puan x yah bayar. aku pun ok jerlah. manager dia pun ok, ckp elok jer x adalah nak marah2 ker apa ker. bdkmelayu, muda lagi. emmmm.. kalau tau mcm tu aku order ayam jer lagi bagus. dah lah tmpt makan sesak. org ramai giler. pastu palagi aku powlah macaroni cheese abg ayyad. he..he....

lps mkn kitaorg balik bilik n rehat2 dan babam. soknyer sebelum gi meeting aku b/fast ngan hubby n anak2. besttt..... banyak pilihan n dah tentu menu melayu. jadi puas hati. tp makan pagi banyak manalah blh masuk dlm perut. dah mamam abg2 ajak tgk pool. posing2 sikit n aku pun gerak gi meeting.

my heroes

ibu di apit mamat hensem + comel. he..he...

pakcik hensom kata abg ayyad.





masa nak gi meeting aku x beranilah amik teksi hotel sbb executive, surelah mahalkan jadi aku amiklah teksi yg beratur. aku pun ckplah aku nak gi IPK bangsar. adakah patut dia minta rm25. terperanjatlah aku sbb tempat tu dkt. x ikut meter ker aky tanya, dia kata x sbb nak balik jam kat dataran merdeka. aik....aik... itu ngelat namanyer. kata kuasa di tangan penggunaa aku pun apalagi, belahlah. x naklah aku ikut sbb mahal nak mampus. awek cina yg nak amik teksi belakang aku pun x jadi sbb x ikut meter. they all ni amik kesempatan lah pulak. lagipun dari aku bagi kaum ni baik aku amik teksi hotel yg memang mahal tp org sendiri.

hubby aku tanyalah knp, aku ckplah mahal. dia x nak ikut meter. benggang gak aku. pastu kita org decide amik teksi hotel jer. masa dlm hotel aku berbual ngan adik teksi tu n aku ckplah pasal teksi tadi, dia kata memang diaorang sll tekan penumpang sbb they all tau kat situ org ramai, nak x nak sesetengah org mesti amik gak. apalahhhh.. cekik darah. biler dah samapi IPK ikut meter teksi tu rm17.8 tp adik tu bg diakaun rm15. wahhhh... baik gitu siap dpt diskaun lagi. tp jln memang jamlah sbb lalu bangsar.

balik meeting lagi berbulu aku. aku tahanlah teksi ni n tgk pakcik janggut putih pakai kopiah. aku ckplah nak balik hotel. sepatutnya dari tempat aku naik tu 50 m kedepana da u turn yg blh ke mid valley. tp blh pakcik tu dah terlepas u-turn tu baru tanya aku jalan mana sbb dia x tau jln area bangsar ni. dia x biasa sgt. aku punyer bengang sbb dari cara dia tu nmpk sgt nak tipu sbb biler dah terlepas u turn baru tanya. dah tu dia nak lalu dpn dtrn merdeka yg masa tu ari jumaat jln memang tgh jam giler. aku pun ckplah mcm mana ni sbb saya nak cepat anak tgh nangis kat hotel. anak tinggal ngan adik. dia tanya bape thn aku ckp 8 bln. dah bagi susu pun nangis lagi sbb memang bdk x berapa sihat aku kata. biler dgr mcm tu terus dia ajak aku ikut jln lain n dia turn left. kalau tak dia nak terus dan jalan memang jam x gerak. sekali dia pusing kiri belok kanan belok kiri sampai kat hotel ngan byrn RM7.30 n x samapi 15 mnt. aduhhhhh... x ker engkau benngag. dah tu masa dlm teksi biasalah aku ramah berbual- bual rupanya dia dah lama duk kl dari anak dia kecik2 sampai dia dah pencen n koperasi tawarkan dia teksi utk dia bawa. bawa teksi pun dah lama dia kata. dia dah taulah jln2 kat kl n (tgkk...tgk... tadi dia kata x tau jln kl smpi terlepas u-turn, kali ni ckp dah mahir jln kl. nmpk sgt nak tekan aku) tensionnnnnnnnnnnn. agaknya duduk kl ni banyak tekanan n kos hidup tinggi sampai pakcik yg dah tua mcm tu pun nak kelentong utk dpt duit lebih. 10sennnnnnnnn tul.

mulanya mlm tu nak balik jb sbb sok hubby ada function kat sg Nibong batu pahat tp kerana bdk2 lepak n mak bapak pun x larat maka kita org check out dlm kul 5.00 pagi. sib baik bdk2 x meragam. dlm kete thay all tido termasuklah ibu yer... abah drive sorang2. sian abah yer. kita org x berhenti mana2 pun. 8.15 pagi alhamdulillah sampai kulai.

oleh kerana x jadi balik mlm,maka mlm tu kita org ronder mid valley plus posing. he..he... jgn x posing. nanti nak masuk blog. he..he... layan..





yg kesiannya hubby. samapi2 jer turunkan brg, kemas2 kete, srpn + rehat sekejap hubby mandi n kul 10 pagi gerak gi batu pahat. aduhhhhhhhh... siannya penat. kul 7 mlm baru hubby samapi umah semula. kul 10.30 mlm we all dah tido sbb semua kelepakan.
fuh.... mingggu yg betul2 melepakkan.

family sabah kat johor.

ini entri lama yer cumer baru kesempatan nak citer kat blog. seperti yg aku citer kat entri lepas kali ni rombongan yg sepatutnya 10 org tinggal bertiga jer yg dtg iaitu angah, mak n ayah jer. x perlah insya allah ada rezeki nanti yg lain pulak dtg.

they all dtg dari sabah 31.7.09 ari tu. sampai ari sabtu dlm kul 10 pg. aku n furqan x ikut pun, hubby n abg2 jer yg pergi. ari sabtu tu kita org x pergi mana pun cumer rehat kat umah jer. esoknyer ahad baru aku bawa famili pergi jusco bkt indah. kononnya pegi situ sbb org x rmi berbanding tebrau, sekali engkauu... rupernya ramai gak. maybe sbb dah nak puasa jadi org soping awal2. hubby x ikut sbb kena duty kaunter. ian yer...

lepas jalan2 n mak ngan angah soping ( wahh soping gitu) kita org lunch kat kenny rogers. tp apatah masalahnyer org yg order kemudian dapat dulu dari kita org. marah pun x guna tunggu jelah. sib baik kebetulan sebelah meja tu supervisor dia agaknya perasan, siap sound bdk2 dia. he.he.... layan gambar kat bawah yer
cak.. inilah ibunda tercinta. sama tak muker we all?

hah ini pula abg fauzan, abg ayyad n ayahnda tersayang. masa ni kita org tgh tunggu order kat kenny rogers. angah x ad sbb dia pegi antar barang kat kete. he...

abg fauzan possing ngan ayah.

abg pozan yg suker melayan furqan


esoknya pula aku bawa family pegi angsana. biasalah angah dia berkenan tul ngan angsana tu. sebagai peneman aku tgk jelah. he..he... kali ni kita org lunch kat sedap corner. abg ayyyad mamam banyak. he..he..... kat angsana x sempat pun amik2 gambar. biasalah sibuk melayan furqan. he..he...

dan jeng..jeng... esoknya kul 6 pg kita org dah gerak pegi airport sbb flight they all pkl 7 pg. kan betul aku ckp betapa sekejapnyer family sabah kat jhr. tp insya allah sept. ni dtg lagi sbb usu konvo. kalau ikut perancangan awal they all sepatutnya sampai 10 hb baru blk sabah tp atas sbb2 yg x leh nak elak terpaksa balik awal. itu pun selasa balik kelantan kat kg ayah n khamis dah balik ke sabah semula n jumaat angah dah kerja. fuhhh terrorr....

ini gambar masa kita org gi antar mak ayah kat airport. airport senai yg baru dah siap n dah buka cumer kedai2 dia lagi lum buka. dengar2 dlm bln 10 nanti. cantikk.....


lepas turunkan mak ayah n bdk2 aku n hubby pegi parking kat bawah airport. tu kat depan tu my beloved hubbylah. i follow yer nak gi parking. he....


lepas mak ayah check in kita org posing sikit kat airport yag baru. cantikk.... tu blm ada kedai lagi. sok2 dah ada kedai mesti lagi lawa.

puasa ke15

alhamdulillah ari ni masuk puasa ke-15. banyak sanga citer yg aku nal tulis tp seperti biasa asyik tersempat. biler dah sempat banyak sgt nak tulis smpi dah x tertulis.

nak citer pasal fauzan yg dah puasa. alhamdulillah w/pun tak penuh 15 hari tp setakat ni dia baru buang 4 hari. itu pun semalam sebab dia dah tak thn dia bagtu cikgu dia n cikgu dia suruh dia berbuka. pagi tu pun dia dah muntah sikit tp tanya dia kata dia nak puasa.

kalau masa sekolah x ada masalah sangat may be sbb ramai kwn tp kalau kat umah ada juga 2/3 kali dia merengek nak buka lebih2 lagi kalau tgk abg ayyad ayik buka tutup buka tutup peti ais. mulalah member buat muker, tp nak kene pujuk + marah sikitlah. insya allah dia akan tahan. tp fauzan puasa x bersahur pun. biler kejut masa sahur mulelah merengek sbb ngantuk. mcm mana x ngantuk, tido kul 12 tgh mlm ke atas, jadi biler kejut sahur mulalah mata x leh nak buka. ada sekali tu aku kejut dia bangun gak tp mata pejam. aku suapkan juga susu, minumlah satu atau dua teguk pastu tidur balik. jadi sekarang x kejut pun.

kalau berbuka pun fauzan makan x banyak. kekadang nakan nasi pun x abis. makan kuih tgk jenis kuihlah pulak. tp kalau fayyad, memang kelakar. mengalahkan dia pula yg puasa. tp yelah abg ayyad kan kecik lagi. ahad ni baru nak 4 thn. he...he... kalau sianggah bazar abg ayyad siap requast nak donutlah nak karipap lah. tp kalau abg fauzan x kisah. abg fauzan suker murtabak tp aku jarang beli sbb kekadang tu lambat nak tunggu dia masak sbb aku punya murtabak khas x ada bawang he..he... jadi kena order khas. tgklah kalau ada masa aku beli gak.

kat bawah ni gamabr fauzan yg telah siap utk pergike majlis berbuka kat tadika dia. Tadika fauzan alhamdulillah aktif gak. siap ada bua qiamulail utkparentslah dan segala neka kursus, ceramah dll. hensemnyer anak ibu (jgn marah hah... saper lagi nak puji kalau bkn mak sendiri. he.he..) dah bujang rupernyer. rasanya mcm baru jer ibu bersalinkan fauzan ari tu.





fauzan senang nak bergambar. siap blh posing2 lagi. tp kalau ayyad alamak... susahnya. asyik lari eksana sini jer.
utk azam thn ni alhadulillah nampak setakat ni berjaya aku mengawal pembelian aku. he..he.... nampaknya x ada sangat kuih atau lauk yg dibazirkan. alhamdulillah... x mcm thn lepas setiap hari ada saja kuih/lauk yg berlebihan dan tong sampahlah jawabnya. sian makanan tu.

ari tu aku adalah mencuba puding karamel. bagi org yg dah sll masak maybe pd mereka benda tu senang tp mcm aku yg rajin baca tp x pernah cuber wahhh... kalau berjaya buat tu dah kira bonuslah tu. he..he.. tp ari tu aku cuber masak puding karamel. caranyer senang tp percubaan yg pertama x menjadi maybe sbb aku buat guna periuk corelle bukannya loyang kuih. he..he... rasa tu adalah gak tp dia jadi lembik n mcm makan bubur som som lak. he... kali kedua aku masak kat loyang. ada peningkatan tp pun blm baper jadi sbb msh lembik n x cukup lama masak rasanya. tp ari tu mak mnete aku kata letak tpg castard sikit kalau lembik sgt. insya allah nanti aku cuber lagi utk kali ke-3. he..he....
inilah rupernya kalau jadi tp ni bkn yg aku buat. ni aku amik dari uncle google.

13.8.10

Fauzan puasa




kat jhr 1 st ramadhan kita org cuti sbb kita org x amik new year. maka rabu ari tu kita org cutilah. dah ckp ngan fauzan yg ari rabu dah mula bulan puasa dan kena puasa dari pagi sampai azan maghrib. maka pagi rabu tu pada mulanya dia kata dia puasa tp biler tgk abg ayyad asyik buka peti ais amik coklatlah, vitagenlah akhirnya fauzan x jadi puasa. kul 10 pagi dah mamam. aku yakin fauzan tahan puasa sbb last year biler pegi sekolah dia x makan n minum dari pagi sampai petang kita org amik. teacher dia kata dia puasa sdgkan dia x bgn sahur. kalau tanya fauzan pun dia puasa tp biler masuk kereta dia terus minum air. kah..kah... kelakar fauzan, rupernyer dia puasa sbb ada kawan dia dah puasa jadi dia malu kalau x puasa.

So ingat tahun ni nak latih dia berpuasa. ahamdulillah semalam dah dapat 1 hari puasa. itu pun pada mulanya masa masuk kereta dah minta air tp abah yer pujuk sbb sayang dah kul 6.30 petang. sekejap lagi dah nak berbuka. sampai umah pun dia dah nak minum tp pujuk dia suru dia mandi dulu. pada mulanya dia tak nak tp pujuk punyer pujuk dia nak. lepas dia mandi n siap2 paki baju x lama azan. alhamdulillah dah dapat sehari.

yg kelakar abg ayyad, ari pertama tu sibuk dia kata dia nak puasa tp kul 9 lebih pagi dah buka peti ais. biler tanya dia puasa tp nak makan sikit jer ucet (coklat). semalam masa balik dari amik bdk2 aku singgah bazzar beli kuih. nasi + lauk dah siap dah masak kat umah. he..he....Alhamdulillah, utk ari kedua nampaknya masih bertahan agar x membeli. menu semalam :- ikan kaci masak tomato, sambal tumis telur, lemak labu (bal semalam) n paru goreng. bsttt!!!!! tp nafsu makan harus di kawal.( baju kebaya dah x muat ...uwahhhhh...... sedih giler)jadi kena tahan selera makan, w/pun selalu terbabas. he..he....

ari ni insya Allah fauzan puasa lagi. pagi tadi dah bangun sahur, ingatkan dia nak makan nasi. sekali masa kejut tanya dia nak makan apa dia nak roti telur jer. aku pun gorengkan telur jer. utk hubby seperti biasa kurma 2 bj + susu low fat jer. he..he...

sebenarnya utk minggu ni kelepakan masih terasa. sbb last week aku n hubby out station dlm keadaan masa yg singkat. jadi kelepakan tu masih terasa, nak buat aktiviti2 berkemas pun mcm slow jer. pagi tadi sahur pun sib baik hubby tersedar n kejutkan, dahlah puasa pertama x bersahur sbb aku x terbangun. sorrryyyy sayangg.. he..he... uk sesi mengemas, insya allah x ada aral malam ni rendam sarung kusyen n sok basuh n sidai. harap cuaca panas sbb skrg cuaca kat kulai ni asyik hujan jer. kat jb terang benderang sekali balik kulai tgk rumput basah sbb pagi hujan. emmm...emmm....

12.8.10

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan al Mubarak 1413H


Alhamdulillah, ari ni insya allah msuk ari ke-2 umat Islam menyambut puasa. kepada my family, sahabat handai, rakan2, saudara mara n jiran2 ku, aku ucapkan selamat berpuasa. seperti biasa azam tahun ni nak mengurangkan pembelian di bazar ramadhan. he..he.. rasanya setiap tahun azam aku sama. citer family sabah datang nanti entri lain yer sbb gambar belum upload.

sebagai wanita bekerjaya (cewahhh... mcm hebat..he..he..) tp yelah biler kita bekerja bukankah itu dikira berkerjaya, berulang alik ke tempat kerja setiap hari ngan hubby tersayang sejauh 32km pegi dan 32km balik maka amatlah bertuah sekiranya aku mempunyai masa yg cukup utk menyediakan juadah berbuka setelah balik dari kerja. biasanya sampai kat umah selepas amik anak2 kat taska lbh kurang kul 6.40 ptg sdgkan masa berbuka kul 7.17 ptg, itu ari biasa, sbb masa puasa biasanya jalan balik sedikit jam sbb semua nak berbuka dan pengalaman sebelum2 ni kalau bulan puasa sampai umah ngam2 kul 7 atau lebih sedikit. maka aku x cukup masa utk memasak, maka sudahnya memang beli sahaja. last year aku main calling2 mak long jer, iaitu mak sedara hubbby. apa menu dia berniasa itulah menu yg kita org berbuka. hujung minggu sahajalah masa utk aku masak.

tapi insya allah tahun ni aku berazam nak berjimat n nak lebihkan masak sendiri. alhamdulillah semalam kita org berbuka kat umah jer. aku masak daging sambal, ayam goreng, lemak labu n telur dadar jer. simple jer.... tp alhamdulillah anak2 mamam bertambah2.

menu ayam goreng

daging sambal


lemak labu

telur dadar


ikan bawal hitam

ikan bawal masak tomato / sweet sour

tp gambar2 ni semuanya aku amik kat pakcik google yer... TQ uncle...

semalam ada gak singgah bazzar sbb aku nak beli lauk kat Tj mart, jadi lepas beli lauk kita org singgah bazar yg ada dekat kat situ. kat umah lauk dah tinggal sikit. ahad ari tu dah pegi belanja kat tesco ingat nak beli lauk sekali. tapi makkkk aiiiiii.... ramainya manusia kat tesco kulai. sayur n lauk semua habis. hebat tak hebatnya kedatangan ramadhan. ishh.ish... tu yg semalam ajak hubby pegi TJ mart cari lauk. sian abg ayyad nak ikan bawal sbb tgh suker makan ikan swwet sour, x ada pulak ikan bawal. ari tu masak ikan siakap tp abg ayyad x nak. may be siakap hanyir sedikit. lepas beli lauk singgah bazar ingatkan nak beli kuih sekali, tp biasalah ari pertama, masa kita org singgah tu kuih muih semua dah sold out. itu pun nampak beberapa gerai yg dah tutup n kemas sbb jualan dah licin. sedangkan masa belum pun pukul 7 ptg. hebatt..hebat.... aku beli otak2 jer, sbb fauzan nak. itu pun tunggu lama, bukan sbb org ramai tp yg tukang bakar x reti rasanya, n yg minah yg jual teramat kepoh.

tapi nampaknya utk ari ni nampknya mcm kena beli sbb aku x sempat masak. semalam dah bersihkan ikan, ayam, udang, sotong, daging, n dah rebus siap2 paru dan segala neka, siap pun dah pukul 12.15 malam. kalau nak masak lagi pukul bape nak tido n nak bangun. insya allah utk esok aku cuba utk siap2kan awal menu berbuka. he..he... bukan apa, ari tu hubby dah belikan microwave, jadi kalau dah siap masak simpan peti ais, jadi sampai umah jer biler nak berbuka panaskan jer lauk2 tu. he..he.... insya allah. Apa2 pun TQ sayang belikan kita microwave... ngan Oven. he..he.... Azam oven nanti kiter citer lain yer.... tunggu entri akan datang..

SELAMAT BERPUASA!!!!

SaiFuL's family