26.4.13

Puding Roti Sos kastad

PUDING ROTI SOS KASTAD

Sumber :  MyResepi
Sumber : Azita Zain 

Bahan-bahan Puding Roti :
  • 6 keping roti slice
  • 2 sudu besar marjerin / mentega - dicairkan
  • 4 biji telur Gred B
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 475ml susu segar
  • Segenggam kismis 

Cara-cara :
  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  2. Curahkan marjerin / mentega cair ke atas roti tersebut.
  3. Taburkan pula kismis di atasnya.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen dan susu segar. Kacau rata.
  5. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
  6. Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam petiais.
Bahan-bahan Sos Kastad :
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin / 400ml susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau supaya semuanya sebati.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
  3. Angkat dan sejukkan.
Cara menghidang :
  1. Potong puding roti dan letakkan ke dalam piring hidangan.
  2. Curahkan sos kastad secukupnya.
  3. Hiaslah mengikut citarasa sendiri.


  1. Puding Susu Berjagung
    Resepi dari Kak Ummi

    Bahan-bahan:
    1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
    2 biji telor
    4 cawan air
    1/2 tin susu cair
    1 cawan gula pasir
    2 - 3 sudu besar tepung kastad
    1 tin fruit cocktail (CT ganti dengan jagung cream)

    Cara-cara:
    Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.


25.4.13

happy birthday Ayah

Hari ini Birthday ayahanda tercinta. genap usia ayah 64 tahun. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan kepada ayahanda tercinta ku. seawal 12 tgh malam aku dah sms n wish kat ayah dr abg apoi, along, fauzan, furqan n fayyad.

 x der sebarang sambutan yg di buat hanya belanja makan jer. aku kongsi ngan angah utk belanja ayah n family lain makan. he..he.... x taulah makan kat laur atau pun angah tapau jer. apapun luv u so much ayah - Mohd Fauzi Bin Che Daud.


ayah ngan ayayd masa kat jusco. sila abaikan pemandangan belakang tu yer.

24.4.13

Al-Fatihah

semalam semasa dah nak habis makan lbh kurang kul 9 lbh Ucu sms bagitau Mak leha dah meninggal. Innalillahwainailahirojiun...... iaitu Isteri kpd Pak Isa. arwah dah lama juga sakit. mereka ini adalah kenalan mak n abah mertua ku. anak2 mereka juga memang kenal antara satu sama lain. oleh kerana  hari dah malam maka kita org akan menziarah pada esok pagi selepas antar bdk2 ke sekolah.

Semoga arwah tergolong dalam golongan hamba2-Nya yg beriman.

perkhabaran di hari rabu

semalam ajak hubby gi belanja memandangkan brgn yg ada kat umah sdh berkurangan. hee..he... kebetulan dah nak kuar belanja hubby kata kita mam kat tesco jelah. he..he... ibu ok jer. gantung kuali utk mlm ni. lepas isyak kita org terus gerak gi tesco kulai. x sempat panas seat dah pun sampai. sampai2 jer terus mamam dulu. almaklum kanak2 riang ibu semua dah lapar n food court tu pun tutup awal. so... kita mam dulu baru masuk tesco belanja. sebelum tu bayar P1 dan lepas mamam bayar Celcom my hero2.

Menu utk dinner mlm ni :-

Hubby  - Grilled Chicken chop.
pada aku ini adalah grilled chicken chop yg terbaik yg pernah aku makan. hubby pun kata sedap. kalau nak cuba kena cari kat tesco kulai. cari kat bahagian food court jack western. sebijik macam gambar kat atas ni dia ada coselow, ayam grilled dan fries. yg sedap tu kuah dia sbb x terasa sangat black pepper. yg pasti memang sodapppp ahhh... (furqan kata nak makan mee tapi bila nampak CC abah terus melalak nak CC. sampaikan abah nak sejukkan dulu pun dah x sabar... nak juga. saborrr jelah ibu n abah. :D)


Abg Ojan - Beef burger
Ini yg abg ojan order. simple jer.just burger w/out fries. ibu tanya cukup ker? cukup kata abg Ojan. Penghabisnyer dah abis burger dia nak cuba pula CC abah. dan CC abah telah di habiskan oleh abg Ojan. he..he... x delah banyak sangat pun. tinggal 7/8 ketul yg abah dah potong kecik2 dan fries. 


 Abang Ayyad & Furqan - Ayam Goreng Jack
Ini ada lah antara menu wajib order ayyad kat jack western tu. tapi biasanya ibu orderkan yg 3 ketul jadi ayyad amik 2, baby Qan amik 1 ketul. tp ayam goreng ni besar x mcm ayam ori KFC yg coet tu. lagi satu aku blh request nak punggung n paha jer. sure dia layan. he..he..... ayam goreng dia pun sedap cuma kekadang besar sangat jadi kat dlm msh ada merah sdkt. ayam goreng dia set ngan fries sekali.

 Ibu n Furqan
ibu order k/teow bakso. lebih kurang macam soto cuma ianya ada bebola daging. aku suker dan furqan pun suker. wlaupun kononya kongsi ngan furqan sebenarnya mcm x kongsi pun sbb furqan makan sikit sangat. main je lebih.




23.4.13

menu semalam

Semalam balik kerja singgah jap kat Tj Mart beli lauk. he..he.. lauk kat umah dah abis dah. ingat nak gi beli masa ahad tu tp oleh kerana hujan yg amat lebat maka terbatallah niat hendak kuar dr rumah. sejuk2 mcm tu malas pulak nak kuar. baik lepak kat umah jer. he..he.....

semalam aku beli ayam seekor ngan nilai rm6.20/kg. seekor lbh kurang rm15. tp x besar pun ayam tu. ntahlah. beli sotong sederhana besar 8 ekor, udang sikit. ikan bawal seekor dan cencaru kecik 3 ekor. bakar pun sodap cicah sambal kicap.fuhhh total rm29. mmmmm skrg punyer barang apa benda yg murah. lepas tu aku beli sayur bayam. fauzan suker makan bayam. ayad makan juga tapi kalau terpaksa. kiranya makan sayur hanya kat transit sajalah kalau kat umah memang x makan sbb x terpaksa. sabarrrrr jelah.

balik kerja terus bersilat kat dapur. sib baik pinggan mangkuk kat sink hubby dah basuh x delah berlambak . he..he.... aku masak yg simple jer.

udang masak x pedas kata ayad. sebenarnya udang sweet sour. akau kalau masak mesti buang kulit sbb kalau x susah siei rumah nak makan.

ayam goreng kunyit. bila isi dada ayam dah banyak maka hanya inilah jawabnya. insya  Allah habiss


hah inilah dia bayam masak air




Semangat Baru untuk berblog

Insya Allah mulai saat ini blog aku hanya utk aku. may be sbb itu dah lama aku x update blog. bukan apa aku semacam mls nak kongsi kisah keluarga atau kisah peribadi aku ngan org. takut2 ianya menjadi riak dan menjadi fitnah. tp sbb nak sangat berblog maka aku privasikan blog aku hanya utk aku. sesaper nak baca kena log in dan kena minta permission dari aku dulu. he..he.... maka dengan ini insya allah bebaslah aku berblog.
gambar raya tahun lepas. selim tu masa ni. lepas puasa sebulan katakan. insya Allah tahun ni harap2 dapat puasa penuh :D 

hero besar kesayangan hamba. posing masa kat Morib Gold Coast last year sempena birthday hubby. 

kisah perkembangan anak2:-

fauzan - Abang yg semakin besar dan semangat. semenjak 2 menjak ni asyik nak mamam jer abg. baru darjah 3 tapi tinggi dah lepas paras dada ibu. mak aiiii.... tapi manja abag Ojan mengalahkan baby furqan.
fayyad - Abang ayyad yg semakin comel. tapi susah sangat nak mengalah ngan adik walaupun dia dah darjah 1. kadang2 penin kepala ibu n abah bila yg tengah dan yg ke-3 bertembung. aduhhh...



furqan - hero kecik ibu yg semakin aktif, lincah dan mak aiii kreatif. nak jadi abg kot, tu yg berubah sikit sikapnyer. habis abg2 di kerjakannya dan didengkinya. terutama kalau abg2 tengah tengok kartun. terjerit2 abg2 tu suruh dia ketepi sbb duduk tengah2 tv blok org lain nak tgk. tak pun di tukarnya channel tv tu. aduuhhhlah si kecik ni. badan jer kecik tp ligat nyer bukan main


Insya Allah- masa entry ni di tulis baru berusia 7 minggu. Insya Allah ada rezeki dlm bulan dec akan bertambahlah cahaya mata sinar bahagia aku n hubby. Insya Allah. Aku mohon hanya yg terbaik dari Mu Ya Allah. Semoga semuanya selamat dan sentiasa berada dalam perlindungan Mu  Ya Allah.

7.4.13

Alfatihah untu Arwah Mashitah Binti Abdul Manan

hari ni seawal 9.30 pagi kita org dikhabarkan yg mak utih dah nazak oleh adik ipar aku. mak utih adalah kakak kpd ibu mertuaku. adik bearadik satu bapa dan satu mak. mereka hanya bertiga dan yg sulung dah meninggal pada tahun 2004. ingatkan selepas bersarapan barulah hendak pergi menziarah tp kerana tersalam makan aku, hubby dan furqan diserang CB yg amat teruk. maka bertangguhlah dulu aga reda sakt perut tu baru nak pergi.

kemudian di maklumkan yg Mak Utih telah di bawa ke hospital oleh anak2 nyer. maka legalah sikit dan selepas zohor baru nak jengah ke hospital. selepas jer lunch dan solat tengah bersiap2. dimaklumkan lagi oleh adik ipar yg Mak utih telah meninggal di Hospital Kulai.

Bergeraklah kami ke hospital kulai intuk melawat jenazah. arwah meninggal dlm pukul 2 lebih dan selepas asar telah selamat di kebumikan di tanah Perkuburan Felda TAib Andak Kulai. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Mashitah Binti Abdul Manan yg pergi di usia 73 tahun. kami akan merindui senyum dan tawa mu. semasa hayatnya masih ada merupakan seorang yg amat lembut, pemalu, murah dengan senyuman dan amat baik dengan sanak saudaranya. cakaplah apapun usiklah apapun pasti akan ketawa d
an tersenyum.


SaiFuL's family