PUDING ROTI SOS KASTAD
Sumber : MyResepi
Sumber : Azita Zain
Sumber : MyResepi
Sumber : Azita Zain
Bahan-bahan Puding Roti :
- 6 keping roti slice
- 2 sudu besar marjerin / mentega - dicairkan
- 4 biji telur Gred B
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 475ml susu segar
- Segenggam kismis
Cara-cara :
- Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
- Curahkan marjerin / mentega cair ke atas roti tersebut.
- Taburkan pula kismis di atasnya.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen dan susu segar. Kacau rata.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
- Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam petiais.
Bahan-bahan Sos Kastad :
- 2 sudu besar tepung kastad
- 1 tin / 400ml susu cair
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu besar gula
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau supaya semuanya sebati.
- Masak di atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
- Angkat dan sejukkan.
Cara menghidang :
- Potong puding roti dan letakkan ke dalam piring hidangan.
- Curahkan sos kastad secukupnya.
- Hiaslah mengikut citarasa sendiri.
-
Puding Susu BerjagungResepi dari Kak Ummi
Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (CT ganti dengan jagung cream)
Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
No comments:
Post a Comment